Pages

Tuesday, November 6, 2012

NOTA QUILT ISTIMEWA

Assalamualaikum, 

Mak Long membuat dua helai quilt yang istimewa untuk arwah Mak Ngah adik Mak Long.  Ketika hayatnya kami sangat rapat dan kembalinya ke rahmatullah sungguh terasa kehilangannya terutama hari-hari istimewanya.   Arwah suka warna cerah dan sangat serasi dengan kulitnya yang putih.  Al Fatihah untuk adik yang sangat dikasih....





Suatu hari kami berkunjung ke rumahnya di Johor Bahru, arwah telah memberikan sebuah bungkusan kain ela yang masih belum dipotong kepada Mak Long.  "Naah, ambik ni...aku tak nak simpan!"  Heran dan membuat Mak Long bertanya kenapa tidak hendak kain batik kuning itu.  

Kain batik ela itu adalah pemberian arwah suaminya yang ketika itu mempunyai isteri muda yang Mak Long difahamkan cuba memisahkan arwah dengan suaminya...naauzubillah .. semuga kezalimannya diampunkan Allah yang maha pengampun dan maha mengetahui segala.  

Hendak buat apa dengan kain itu Mak Long pun hilang punca kerana Mak Long tidak ada hak menyimpannya walaupun sudah diberikan kepada Mak Long.  Mak Long simpan sahaja beberapa tahun lamanya.  Ketika Mak Long bertemu dengan arwah sekali lagi bila balik Malaysia, arwah sering menyebut-yebut tentang suaminya.  Teringat tentang kain batiknya dahulu lalu bila Mak Long sudah balik ke Amerika semula Mak Long hasilkan sehelai quilt besar berdasarkan rekaan "the flying geese".  Mak Long kembali semula ke Malaysia dan menyerahkan quilt tersebut kepadanya di pembaringan di hospital.  Dipeluk dan diciumnya quilt itu...... dibuat selimut hingga ke saat akhir.... innalillah hiwainna ilaihirajioon..









NOTA:

Bertaubatlah segera apabila kita sedar telah berbuat dosa.  
Jangan sekali-kali cuba memutuskan hubungan silturrahim sesama insan.



2 comments:

  1. Assalam.. sedih membaca entri ni.. quilt hasil kain pemberian arwah suami sebelum dipeluk cium Mak Ngah .. pemberian dan kenangan orang yang dah kembali ke rahmatullah sangat membawa makna.. yg pergi sudah sampai masanya... kita yang tinggal juga bakal pergi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.. benarlah kata-kata suka suka.. yang pergi tetap pergi dan tidak akan kembali. Kita yang masih hidup perlulah terus berusaha membina kehidupan yang lebih bermakna, penuhkan dada dengan ilmu dan iman yang kuat untuk menghadapi hari-hari yang bakal menanti.

      Delete