Pages

Sunday, September 27, 2015

Nota Salam Apa Khabar?

Assalamualaikum,

Apa khabar semua?  Sekian lama Mak Long tidak membuat sebarang coretan di sini.  Lantaran kudrat dan kesihatan tidak mengizinkan berbuat demikian.  Kudrat untuk berfikir menjadi tumpul dan letih.  Namun mampu juga melawat ke beberapa blog kegemaran walau pun melalui beberapa masaalah untuk membaca.  Pengelihatan mata Mak Long tidak berapa baik buat beberapa minggu ini.  Mata terasa amat kering serta perit seperti ada habuk disebabkan penyakit kering mata.  Sudah lama mengidap penyakit ini sejak muda-muda lagi cuma tidak diindahkan kerana menganggap ianya perkara biasa-biasa sahaja.  Segera kami bertemu dengan doktor pakar mata yang merawat kami.  Rupanya Mak Long sudah ketinggalan satu temu-janji dengan Dr Singer ketika berada di Malaysia dahulu dan  kami lupa pula hendak membuat tarikh yang baharu walau sudah diberi peringatan oleh jururawat klinik.  Bising jugalah jururawat itu.. 

Alhamdulillah kini sudah beransur baik dan sangat bersyukur mendapat khidmat seorang pakar doktor mata yang berpengelaman luas dalam bidang yang diceburinya.  Dr Singer sentiasa memahami masaalah pesakitnya.  




Pohon Apple



Sunday, September 6, 2015

Nota Terapi (Therapy) Minda

Assalamualaikum,

Duduk rehat-rehat di luar rumah.  Angin pula bertiup sepui-sepui.. Alhamdulillah inilah hasilnya (lukisan No. 1).  Terapi minda yang sering Mak Long lakukan.  Segala serabut di kepala jatuh pada warna-warna lukisan Mak Long..

Lukisan No. 2 itu telah lama Mak Long lukis.  Guna color pensil kemudian disapu dengan sedikit air.  Mak Long simpan, entah kenapa suka sangat dengan lukisan buruk itu.  Sudah masuk tong sampah, Mak Long kutip semula dan simpan baik-baik dalam buku lukisan. 


No. 1





No. 2


















Saturday, September 5, 2015

Nota Garage Sale Lagi!

Assalamualaikum,

Dari catatan:

Ingat hari ini hendak lepak-lepak sahaja di rumah.  Buat kerja sendiri, diam-diam duduk di loteng.  Ada beberapa benda hobi lama yang hendak disudahkan dan sambung kerja semula... Macam-macam kerja yang sudah lama tinggal terbengkalai.  Niat hati hendak sudahkan salah satu dari jahitan quilt ker, atau sudahkan "painting" pada seketul batu yang dipunggut dari tepi sungai ker atau hendak muat turunkan gambar-gambar yang diambil beberapa lama lalu dari kamera ...  Jahitan quilt (ada empat helai bersusun dalam gerobok) itu.  Semua sudah terbengkalai sekian lama tidak berusik.. sampai jadi lupa corak apa hendak guna sebagai jahitan "quilting" iaitu jahit-hias melekatkan quilt dengan lapisan bawahnya..... issshhh!    



Quilt 

Gambar di atas adalah antara quilt yang terbengkalai jahitannya.  Sudah masuk dua tahun lebih tidak siap-siap.  Mulanya disebabkan kesihatan kedua-dua belah mata tidak sihat selepas menjalani pembedahan mata.  Setiap kali bila hendak sambung kerjanya ada-ada sahaja yang menghalang.....  Bilalah boleh siap? 


"Remember estate sale sign we saw yesterday, Dear? "  tanya Pak Long.

Hmmm.... Terbengkalai lagi kerja ku....

Istilah "Estate sale" juga dipanggil "Tag Sale" terdapat di beberapa daerah di Amerika.  Waktu yang biasa diadakan ialah di hujung minggu.  Estate sale adalah jualan barang-barang berupa harta benda atau harta pusaka keluarga seperti perabut, barang kemas dan barang-barang lain disebabkan kematian, bankrup, berpindah atau penceraian dan berbagai sebab lain.  Estate sale lazimnya lebih besar dari "garage sale".  Ia menggunakan khidmat agen di mana antara tugas agen ialah menandakan harga barangan dan menjualnya.  Orang luar dibenarkan dan dijemput masuk ke dalam rumah dan di sekeliling kawasan untuk melihat barang jualan dan seterusnya mereka boleh membeli kiranya berkenan.  

Hari ini kami pergi ke sebuah rumah yang mengadakan estate sale itu.  Ia hanya beberapa batu sahaja jauhnya dari rumah kami.  Ketika kami sampai di sana sudah ramai orang berkerumun baik di bahagian luar mahu pun di dalam rumah tersebut..  Besar juga rumahnya dan di sana kami dijemput masuk ke dalam rumah apabila selesai kami tinjau-tinjau jualan di luar rumah.    Bermacam-macam benda ada di dalam garage.  Melihat dari barang-barang yang terdapat di situ, mungkin tuan punya rumah tersebut adalah seorang tukang kayu.  Ada banyak alat-alat pertukangan kayu di situ.  Orang lelaki sukalah benda-benda macam itu.

Pak Long berkenan dengan sebuah bangku (bench) lama, kotor dan buruk rupanya.  Fram bangku itu diperbuat dari besi keluli dan lantainya dari kayu teguh tidak mudah rosak atau patah.  Mak Long tidak tahu jenis kayu apa agaknya.  Murah harganya.  Cepat-cepat Pak Long chup (perkataan orang kampung di Muar maknanya "book" atau tanda sudah ada orang hendak) terus agar orang lain tidak ambil hihihi...  Di dalam rumah semua barang sudah diatur dan bertanda dengan harga sekali di atas meja, di atas lantai dan di merata tempat...  Ada katil dan tilam, pakaian, alat dapur semua ada hinggalah barang makanan yang masih tersimpan dalam almari simpan barang makanan pun hendak dijual.  Banyak barang-barang berharga.  Mak Long hanya berkenan pada sebuah acuan untuk bakar kek.  Baru lagi belum digunakan dan harganya hanya USD2.00 sahaja.


Acuan kek

Itu sahajalah dua barang yang kami teringin dan setelah membayarnya kami ronda-ronda di tempat lain.  "Garage Sale" bagi masyarakat orang putih di sini memang tidak asing bagi mereka.  Barang yang tidak diperlukan lagi mereka jual atau dermakan kepada sesiapa yang perlu. 

Ada dua buah pusat popular di mana menerima semua jenis barang dermaan dari orang ramai.  Pusat-pusat itu dinamakan "Salvation Army" dan "Goodwill".  Pusat itu dianjurkan dan dikendalikan oleh badan agama kristian.  Barang-barang yang diterima akan dijual semula kepada orang ramai.  Keuntungan dari jualan akan diagihkan kepada masyarakat miskin dan memberi bantuan kepada anak-anak miskit ke sekolah.





Hobi Pak Long pula suka memperbaiki barang-barang lama seperti bangku yang dibeli itu.  Bangku itu dibuka satu persatu, kemudian dicuci menggunakan mesen "power washer" hingga bersih.  Apabila bersih dan kering, Pak Long gosok dan licinkan dengan "sand paper".  Kemudian baharulah dicat minyak dengan warna cekelat tua.   




Bangku sudah siap

Pak Long mengambil masa hampir empat hari mengerjakan baik pulih bangku itu.  Gambar di bawah ialah hasil usaha Pak Long.  Berjaya menukar wajah bangku dari bangku buruk, kotor dan berkarat kepada wajah baru!  Bangku ini adalah bangku yang kedua Pak Long perbaiki.















Sunday, August 30, 2015

Nota Sempena Hari Merdeka

Assalamualaikum,

31hb Ogos setiap tahun adalah hari bersejarah bagi Malaysia melengkongi sultannya, rajanya, orang besarnya,  rakyatnya dan tanahnya...  Ia itulah hari kemerdekaannya yang sudah mencapai 58 tahun lamanya.

Tertarik dengan nukilan ini yang dikatakan dari A. Samad Said dan ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat semua khasnya rakyat Malaysia, negara tercinta.  


Bunga Raya Bunga Negara Malaysia





HAI MELAYU..

Hai Melayu!

rumahmu semua dibina indonesia,
ekonomi pula dikuasai cina,

golongan profesional semuanya india,
warung makan pun, mamak dan siam yang berkuasa,
warga bangla pula menjadi Jaga,
orang Nepal yang menabur baja,
orang pakistan usung karpet jaja merata,
lalu melayu ada apa?
harapkan ustaz, saling menyesat,
harapkan hiburan, lagi best filem barat,
harapkan bahasa, banyak telah bertukar kesat
harapkan tulisan, jawi pun mereka hambat,
harapkan tanah, banyak digadai kepada korporat!
Hai melayu!
masih mendabik menjadi tuan?
sibuk mahu menjadi tuan,
rupanya kerja kelas bawahan,
ditipu mentah orang atasan,
konon perjuangan ini untuk kalian!
kerja sikit, sembang kencang,
banyak rungut, sikit rancang,
siapa tegur, dituduh lancang
duduk warung, gigit kacang!
Hai melayu!
konon kau pantang dicabar,
konon kau tangkas menyambar,
tapi cuma indah khabar,
rentakmu makin lama makin hambar
kau melayu aku pun melayu,
aku menulis bukan cemburu,
aku mahu engkau tahu,
kenapa melayu tak macam dulu.....
Hai melayu!
jari mu hebat bertutur di facebook alam maya,
bila berdepan ekonomi semasa kau tidak ber daya,
kau cuma tahu ber gaya,
Hai melayu!
kau melaung-laung di jalan raya,
bagi tahu kepada dunia ini bumi aku yang punya,
pada hakikat ia digadai kepada sepet yang kaya!
Hai melayu!
kerana hendak bergaya kau gadai pusaka,
bila dah kaya kau jadi puaka,
ini tandanya kau sudah derhaka!
Hai melayu!
sedarlah bangsa ku,
buka lah minda mu,
bersatulah bangsa ku,
kerana malaya bukan lagi milik mu !
aku pun melayu,
engkau pun melayu,
bodoh sombong harus di tepis,
riak,bongkak dan hasad dengki sesama bangsa harus guris,
bersatulah melayu kerana agama, bangsa, moyang-moyang yang telah berjasa,
kerana ini mungkin peluang akhir bangsaku untuk negara, berjasa dan berkuasa....


Oleh:
A.Samad Said.








Nota:    

Mak Long telah diberitahu oleh seorang pembaca bahawa nukilan puisi ini bukanlah nukilan dari A. Samad Said.  Lantas Mak Long mengikuti siaran Utube untuk kepastian.  Setelah menatap satu temuramah itu nukilan di atas jelas bukanlah milik beliau.  Siapakah penulisnya?  Yang menghairankan mengapa menggunakan nama penulis agong?  Mengapa pula mahu mengelirukan masyarakat?





Saturday, August 29, 2015

Nota Jengok Icah


Assalamualaikum, 

Sudah masuk sebulan Mak Long pulang dari tanah air, tetapi hati ini pula sudah mula berasa lain macam.  Sakit terkenang dan merindui Emak dan keluarga di sana sudah mula menular mengusik jiwa.  Walaupun setiap hari berhubung dengan mereka tetapi ahh... hati ini tidak bisa dipujuk.  Biasanya Mak Long tidak kesah sangat..  Agaknya bila umur sudah memanjat tinggi memang mudah sangat tercuit kot?  Tidak tenteram dibuatnya...  Entahlah! Setiap hari selepas subuh dan sebelum matahari membakar panas, Mak Long lebih suka beriadah berjalan kaki atau pun kayuh basikal dan bersenam lentur-lenturkan urat tegang!  Rasa lebih selesa begitu, tercicir rasa gundah di tepi jalan bila berjalan dan berkayuh ... bukan sakit murung!  Sakit rindu...!  Pak Long rupanya perasan perubahan Mak Long, sudah lama rupanya beliau perhatikan.  

"Dear, why don't you go see "Icah" in Dallas? I will drive you over there if you like .... or take a flight...."  Hmmm ... Bagus juga cadangan Pak Long itu, lagi pun sudah sebulan tidak jumpa Icah (Icah balik pada minggu Mak Long balik dulu) tetapi rasa malas pun ada... Bengong betul rasanya begini.  Kena buat keputusa nih!.  

Seronok bukan main lagi Icah (nama timangan anak bungsu kami) apabila Mak Long utarakan akan datang ke sana.  Barulah datang rasa bersemangat hendak berjumpa Icah di Dallas.  Memang sudah biasa pergi sendiri berulang alik ke tempat Icah.  Dulu hampir tiga empat bulan sekali ke sana ketika ia masih belajar di UT (University of Texas), Arllington dan di Denton utara Texas.  

Hari Jumaat 21hb Ogos, siap-siap Mak Long bertolaklah dari rumah ke Dallas sendirian.  Perjalanan mengambil masa lebih kurang lima jam lebih sekiranya melalui lebuhraya I-35 Utara.  Perjalanan ini melalui Bandaraya Austin iaitu ibu negeri Texas.  Austin tidaklah sebesar Bandaraya Dallas atau Houston.  Lebuhraya I-35 Utara/Selatan ini sentiasa sibuk tidak kira waktu pagi atau petang, jalanraya sentiasa sesak.  Untuk mengelakan dari kesesakan kerajaan telah membina satu lebuhraya bertol baharu iaitu lebuhraya I-130 memintas Bandaraya Austin.  Mak Long gunakan lebuhraya itu jadi cepatlah sampai ke Dallas hanya mengambil masa empat jam sahaja.  Had laju ialah 80 mph (batu sejam).  Tidak perlu berhenti atau pandu pelahan apabila melalui tol.  Tol canggih akan mencatatkan setiap number plate kenderaan yang lalu dengan kuasa komputer.  Pembayaran dibuat kemudian apabila bil sampai kerumah melalui surat rasmi dari pengurusan tol Texas atau boleh buat pembayaran terlebih dahulu dengan menguna tag pelekat tol ditampal pada cermin depan kereta. Hujan pula di setengah tempat.  Ada kala hujan lebat dan ada kala renyai.  Laju ajelah apabila jalanraya kosong.  "Amboii lajunya...!", kata Pak Long apabila Mak Long talipon sesampainya di Dallas.  Icah berkerja setengah hari sahaja pada setiap hari Jumaat.  Ketika Mak Long sampai ia sudah pun menunggu di rumahnya.

Apartment yang Icah sewa tidak sebesar mana tetapi selesa untuk tinggal seorang.  Tuan rumah telah menambah/menyambung seunit kecil di bahagian belakang rumah induknya dan di situlah letaknya apartment Icah.  Ada tiga buah unit lain lagi yang disewakan.  Setiap unit dilengkapi dengan semua keperluan asas seperti bahagian dapur dilengkapi dengan peti sejuk, dapur letrik, mesen basuh dan mesen pengering kain, penyaman udara panas dan dingin.  Bilik mandi/airnya agak sempit sedikit bersambung dengan "walk-in-closet" atau bilik kecil untuk menyangkut/menyimpan pakaian.  Bagusnya sewa apartment itu termasuklah air dan api sekali.  Mahal juga harga sewanya!  Yerlah rumah dalam bandar mana ada yang murah!  Tambahan pula rumah itu berhampiran dengan pejabat Icah bertugas, maka tidak sampai sepuluh minit perjalanan sudah sampai tempat kerja.  Menurut Icah rumah induk rumah itu sudah mencapai lebih seratus tahun lamanya letaknya di kawasan perumahan lama dulu-dulu iaitu dalam kawasan bandaraya Dallas (down town area).  Berbagai bentuk dan jenis bangunan tersergam tinggi mengelilingi kawasan perumahan itu.  Masih lagi banyak terdapat rumah-rumah besar orang kaya dan kenamaan lama yang masih cantik terjaga kepunyaan individu.  Begitu juga rumah-rumah biasa yang dibaik pulih kemudian dijadikan apartment sebagai rumah sewa.

Tidak sia-sia Mak Long berkunjung kali ini.  Rasa seronok pula! Malam itu Icah dan sahabat baiknya dari Taiwan membawa Mak Long ke sebuah restoran India.  Berminyak mulut kami makan nasi kunyit dari beras basmati dengan kari pedas mamak.  Di negeri koboi pun ada jual makanan mamak tau!  

Hari Sabtu pula Icah mengajak Mak Long cuba senaman yoga di Dallas Yoga Centre yang tidak pula berjauhan dari rumah.  Rupa-rupanya Icah sudah membuat tempahan untuk kami berdua menghadiri kelas yoga untuk beberapa hari di situ.  Seronok dan puas hati dengan layanan dari pusat tersebut.  Hari pertama kami diperkenalkan pada venyasa mix yoga.  Ramai rupanya orang suka berlatih yoga, tidak kira bangsa, umur dan keadaan seseorang (orang sihat dan langsing).  Orang lelaki juga ramai beryoga.  Penuhlah dewan yang serdahana besarnya itu.  Alat-alat keperluan seperti tikar yoga, gebar dan lain-lain semasa beryoga disediakan.  Hendak guna alat sendiri pun boleh.   Kami guna tikar yoga sendiri.

Mak Long suka mengamalkan senaman ini.  Tidak lasak macam senaman aerobik.  Umur sudah menghala penghujung ini sesuai sangat dengan yoga untuk melembut dan melentur urat belakang, tengkok dan urat tegang di seluruh badan.



Gambar dari Google

Yoga ialah suatu dari latihan bersenam gerak badan untuk kesihatan... dalam badan dan minda.  Ia mempunyai beberapa "pose" atau gaya tertentu membantu membaiki postur badan.  Sekiranya ia dilakukan dengan betul (sebaik-baiknya berguru dahulu dari guru yang bertauliah sebelum melakukan senaman itu bersendirian), yoga dapat mengurangkan ketegangan urat badan yang sering mengalami bisa-bisa badan disebabkan antaranya seperti duduk terlalu lama di kerusi ketika bertugas di tempat kerja atau pun tegang urat.  Senaman ini juga melatih cara pernafasan lebih berkesan; melembutkan urat tegang dan menguatkan otot serta penjajaran seluruh badan.  Jika biasa dan kerap melakukan senaman yoga, ia dapat membantu menurunkan berat badan.


Gambar dari Google

Malam itu pula kami termasuk Christine iaitu ibu sahabat Icah bersama-sama ke restauran makanan laut.  Kami terpaksa menunggu seketika kerana terlalu ramai pengunjung ke situ.  Tiba giliran kami pun dibawa ke meja dan kami dipakaikan "bib" plastik oleh pelayan restauran di leher untuk mengelakan dari makanan terkena pada pakaian.  Rasa macam jadi baby pula pakai "bib".  Kami membuat pesanan beberapa paun udang, siput, jagong dan kentang muda rebus.  Makanan yang sudah siap masak dilambakan di atas meja beralaskan kertas tebal.  Macam makan berkelah pulak!  Berasa juga berat perut selepas makan udang rebus cicah sambal pedas.  Di Dallas terdapat banyak restauran yang menyajikan makanan halal.  Tidak kurang nyaman rasanya...   Malam itu kami bergilir ganti keluar masuk bilik kecil hihihi..


Makanan laut rebus bercili

Hari Selasa Mak Long bertolak balik ke Canyon Lake.  Pagi-pagi sudah bertolak bersaingan dengan Icah keluar pergi kerja.  Mak Long singgah di oriental market dan pasar daging halal di Austin.  Belanja barang dapur sedikit.  Pasar daging halal itu diusahakan oleh orang Arab dan Pakistan.  Sekiranya hendak cari bahan masakan Timur Tengah dan Asia tidaklah susah, semua ada.  Begitu juga di kedai oriental, macam-macam jenis sayur tropika ada seperti pengaga, jantung pisang, sawi dan lain-lain.  Tetapi itulah pulak pasar itu terlalu jauh dari rumah kami.  Sayur hijau tidak tahan lama kalau dibeli lebih.  Untuk membeli daging dan makanan beku kenalah bawa "cooler" (kotak) berisi ice supaya daging tidak rosak.  

Tengahari itu panas bukan main rasa hendak pitam!  Sampai rumah hampir jam 2.00 petang.  Pak Long sedang sibuk tukar minyak dan servis trucknya di hadapan garage sambil tunggu Mak Long.




    





Wednesday, August 12, 2015

Nota Riadah Pagi

Assalamualaikum,

Musim panas eloklah bangun lebih awal, masa yang amat sesuai dan baik untuk memulakan aktiviti harian.  Semalam cuaca mencecah 103 degrees (39.4 celcius).  Hari ini belum tahu mungkin sama atau lebih tinggi lagi panasnya.  

Sarapan pagi amat penting untuk memulakan hari seterunya.  Tidak perlu banyak, berpada-pada sudah mencukupi.  Secawan bancuhan  suam perahan dari sebiji jus lemon campur madu lebah adalah satu kemestian sebelum menjamah apa-apa.  Kopi 434 panas kaw-kaw dari kampung tidak pernah tinggal.  Inilah kemestian untuk Mak Long setiap hari.

Pagi ini (7.00 am) kali pertama kayoh basikal setelah hampir setahun basikal itu tidak berusik dalam garage.  Berhabok sedikit...mana tidaknya!  Tidaklah jauh kayohnya, hanya keliling-keliling dekat kawasan rumah.  Mak Long suka bersukan pergerakan yoga untuk longar-longarkan otot yang sudah tua lagi keras.  

Pak Long pula sudah mula dengan kerjanya selepas menabur jagong untuk rusa liar yang datang menagih jagong setiap pagi.  Mereka tidak akan pergi selagi tidak dapat jagong.  Mereka itu sudah jadi musuh ketat number satu sejak mereka musnahkan tanaman Mak Long.  Namun begitu, mereka itu tetap juga jadi penghibur kami setiap pagi. 


Lima ekor rusa jantan

Menunggu jagong

Gadoh berebut jagong

Rusa jantan akan menghalau semua rusa betina dari mengutip dan memakan jagong.  Sungguh tidak "gentleman"!  Ada ke gitu!

Tidak cukup-cukup jagong


Pak Long sibuk "power wash" meja dan kerusi luar serta buaian kayu tempat kami sering duduk bersembang bila ada masa terluang dan senang-senang.   

Sibuk!

Bersepah!

Yang ini tugas Mak Long mengisi tabong-tabong apabila bijian burung sudah kosong.  Seronok dan rasa terhibur melihat mereka dari pelbagai jenis rupa dan sais datang berebut makan bijian.  Tidak ketinggalan juga jus manisan untuk burung kelicap (humming bird).  Sejenis burung berbadan yang sangat kecil..mungkin tidak besar dari sais jari.  Burung yang punya tenaga yang sangat menkangumkan hanya dengan menghisab jus manisan dari bunga dan jus manisan yang disediakan manusia.  Mereka mampu terbang merentas benua meninggalkan tempat pada musim sejuk mencari tempat yang panas dan banyak bunga kemudian kembali semula pada musim bunga.  Subhanallah kuasa Allah!


Untuk ungas bersayap

Apabila cuaca mulai panas, mana lagi?  Dalam rumahlah tempatnya!























Sunday, August 9, 2015

Nota Aktiviti Musim Panas Di Canyon Lake, Texas

Assalamualaikum,

Hampir lebih daripada dua minggu Mak Long mengalami "jetlag" .... mabok perjalanan menyeberang benua.  Kuderat Mak Long sudah tidak kuat lagi untuk berjalan jauh-jauh seperti dulu-dulu.  Hidup sudah hampir ke penghujungan jalan...  Mata mengantuk terasa berat hendak kejam waktu siang, manakala waktu malam pula mata celik segar bugar terkebil-kebil dalam gelap.  Tambahan pula alonan dengkor orang tersayang di belah rancak mendendangkan lagu malam...hmm.  Demam dan batuk pula... ah! tidak perlu ikutkan hati memanjakan diri.  Heret dan paksa kuderat badan ini memulakan jadual harian.  Yoga, berjalan kaki dan jaga permakanan.  Ketika berada kampung bukan main raya lagi Mak Long!  Semua makan terutama buah rambutan yang meloyot-loyot di pokok.. dan buah cempedak!


Cempedak

Musim panas tahun ini pun amat panas sekali hingga apabila berjalan di atas rumput yang selalunya menghijau kini terasa dan kedengaran kerangupan rumput kering di bawah tapak kaki.  Papan tanda larangan "Burn ban" (Dilarang membakar) dikuat-kuasa terpacak di setiap persimpangan jalan kawasan kami.  Namun begitu, rasa amat bersyukur dengan hikmah datang ketika musim hujan teruk di akhir musim bunga baru-baru ini yang mana ia memberi bekalan air mencukupi di kawasan kediaman kami dan tidak terjejas seperti di tempat-tempat lain.  Aras air di Tasik Canyon masih tinggi...  


Canyon Lake, Texas

Musim panas-panas begini penduduk tempatan di kawasan kami "Texas Hill Country" tidak banyak aktiviti untuk berkebun atau bercucuk tanam.  Ini kerana cuaca yang terlalu panas, temperature tinggi hingga mencecah melebihi 100 degree fahrenheit biasanya mulai jam sepuluh pagi seterusnya sepanjang hari hingga ke malam.  Kami siram pokok-pokok saban hari agar tidak mati kekeringan.  Lebihlah sedikit bil air gamaknya....  Di hujung minggu pula ramai penggunjung dari luar datang ke kawasan kami di Canyon Lake khas untuk bersukan air berhanyut "tubing", berkayak atau berendam macam badak sumbu di Sungai Guadalupe.  Di sepanjang tepian Sungai Guadalupe sentiasa penuh sesak dengan pekhemah-pekhemah berlonggok menikmati alam sekitar; masak bbq makanan dan makan di sekeling unggun api.  Air sungai ini mengalir melalui empangan Canyon Lake.  Omputih sanggup bersusah payah dan memang pantang jumpa air dalam kolam ke, dalam sungai ke, dalam tasik ke atau di laut ke.. maka di situlah mereka dengan air!  Kalau di negara sendiri di Malaysia, penduduk cari air terjun dan sungai yang cantik dan jernih airnya untuk berkelah dan mandi manda.  Klik di sini




Sungai Guadalupe

Selain dari aktiviti bersukan air, omputih di sini suka mengadakan "garage sale" di kawasan kediaman masing-masing. Klik di sini  Mak Long tidak pernah buat "garage sale".  Pergi ke "garage sale" selalulah.  Pak Long pun suka pergi ke "garage sale".  Sahaja seronok melihat dan memerhatikan mereka.  Inilah antara kerja orang sudah pencen mengisi masa lapang!  Akhir minggu ini kami bergarage sale...  Bukan membeli apa-apa pun..  Tetapi kan, mata Mak Long suka mencari-cari  barang-barang kerja-tangan yang boleh digunakan untuk Mak Long sendiri.  Kali ini tengoklah apa Mak Long dapat dari salah satu daripada "garage sale" yang kami kunjungi itu.  Cuma USD0.75 sahaja.  Masih baru dan cantik pula.  Tengoklah gambar di bawah ini... rasa macam dapat percuma aje haeii...  Sebelum pukul dua belas tengahari kami sudah balik ke rumah....panas!!


Gebar bayi