Assalamualaikum,
Apa khabar semua? Sekian lama Mak Long tidak membuat sebarang coretan di sini. Lantaran kudrat dan kesihatan tidak mengizinkan berbuat demikian. Kudrat untuk berfikir menjadi tumpul dan letih. Namun mampu juga melawat ke beberapa blog kegemaran walau pun melalui beberapa masaalah untuk membaca. Pengelihatan mata Mak Long tidak berapa baik buat beberapa minggu ini. Mata terasa amat kering serta perit seperti ada habuk disebabkan penyakit kering mata. Sudah lama mengidap penyakit ini sejak muda-muda lagi cuma tidak diindahkan kerana menganggap ianya perkara biasa-biasa sahaja. Segera kami bertemu dengan doktor pakar mata yang merawat kami. Rupanya Mak Long sudah ketinggalan satu temu-janji dengan Dr Singer ketika berada di Malaysia dahulu dan kami lupa pula hendak membuat tarikh yang baharu walau sudah diberi peringatan oleh jururawat klinik. Bising jugalah jururawat itu..
Alhamdulillah kini sudah beransur baik dan sangat bersyukur mendapat khidmat seorang pakar doktor mata yang berpengelaman luas dalam bidang yang diceburinya. Dr Singer sentiasa memahami masaalah pesakitnya.
Pohon Apple |
Muga Allah emmberi kesihatan yang baik buat dirimu.
ReplyDeleteAmin, terima kasih Ghazali.. apa khabar?
DeleteAs Salam Mak Long,
ReplyDeleteAlhamdullilah! Glad Mak Long is now ok with the eyes. We too have our fair share of painful eyes. Yes, it's the haze. It's been here again for the past 2 weeks or so. It took a turn for the worse when the readings of the API (air pollutant index) got to the 200+ levels (readings of 0 to 50 is good). Visibility is poor and the air is unhealthy.This has caused schools to be closed. It is of concern as the Form 3 exams are in the works. We just wait for announcements now!
Hank
Waalaikumsalam Hank,
DeleteThank you. And so I heard from friends and famalies back "home". Jerubu is bad for health and I pray that things will be back to normal soon...(as long as our neighbour country keep their burning down..).
Assalamualaikum Mak Long...
ReplyDeleteSemoga penglihatan Mak Long segera pulih sepenuhnya...
Waalaikumsalam Kakcik,
DeleteAmin dan terima kasih dengan doanya.
Asalamualaikum mak long..patutlah mak long senyap aje....arap mata mak long baik2 aje sekarang....
ReplyDeletePssst mak long..kenapa nama dr singer?
Waalaikumsalam Yan.
DeleteAmin... Alhamdulillah mata Mak Long dah bertambah baik berkat doa sahabat dan keluarga. Bulan hadapan ada temujanji dengan doktor lagi untuk rawatan berkala.
Saya pun asik menggosok mata... bertambah gatal di kala jerubu ni
ReplyDeleteEloklah suka suka jumpa doktor mata kalau rasa gatal-gatal tu. Mata penting sama juga pentingnya dengan jantung dan lain-lain anggota tubuh kita.
DeleteSemoga Mak Long diberikan kesihatan yang baik dan segera sembuh....
ReplyDeleteAminn, terima kasih Uncle.. Kesihatan mata sangat penting dijaga. Ikut nasihat doktor. Mak Long rasa bersyukur dapat terjumpa doktor pakar yang bagus.
DeleteAsalamulaikum maklong..arap kesihatan maklong baik2 aje...kat malaysia jerebu teruk . ..
ReplyDeleteMaklong kat texas pernah jerebu tak
Waalaikumsalam Yan,
DeleteAmin... mudah-mudahan di Malaysia cepat kembali cerah cuacanya. Di Texas, belum pernah berlaku jerubu.. tetapi kabus menebal di beberapa musim luruh dan musim sejuk. Kadang kala pemandangan tidak boleh kelihatan sejauh 4-5 ela jauh.