Assalamualaikum,
Bunga bawang liar |
Hujung minggu lepas Icah anak Mak Long balik rumah. Bila balik setiap kali tanya “Mom masak apa?”. Kita-kita yang jadi emak mesti hendak masak sesuatu kegemaran anak kesayangan. Tetapi berasa sedih apabila kesihatan menghadkan pergerakan diri. Mak Long ingat hendak masak kari mudah-mudah sahaja tetapi tidak larat. Pengabisnya masak ayam bakar dalam oven sahaja mudah lagi pun ayam itu sudah diperap semalaman dengan sos tiram campur serbuk cili dan minyak zaitun. Buat salad dan buah-buahan sahaja. Jadilah......
Icah cakap, “Mom, Icah bawak Mom pergi berurut nak tak?” “Kat mana tu....?” tanya Mak Long. Kalau di kampung sana adalah orang ambil upah mengurut satu badan! Best juga kalau dapat berurut lurus-luruskan dan lembutkan urat yang tegang. Menurut Icah lagi tempat urut itu baru dibuka di Austin dan tidaklah jauh dari rumah sewanya. Teragak-agak hendak atau tidak! Seminggu berfikir hendak atau tidak sampai kata Pak Long pergilah dan volunteer hantar ke Austin di rumah Icah.
Barulah sedar dulu-dulu arwah Emak dan arwah Atok Tiner (nenek Mak Long, kami panggil begitu) sering mengadu sakit-sakit tulang, sakit sendi dan macam-macam sakit. Sekarang sendiri pulak rasakan! Orang muda-muda tidak akan faham bila kita tua-tua mengadu rasa bisa-bisa tulang nih!
Icah cakap dia sudah tempah hari Sabtu pukul tiga petang. Kami sampai di tempat urut tepat pada masanya. Baru buka pusat kecantikan itu rupanya. Memacam khidmat kecantikan ada seperti: urut muka/facial; kecantikan kaki/tangan; rambut, SPA dan lain-lain lagi Mak Long pun tidak ingat apa-apa lagi. Tempat ini dikendalikan oleh orang China dan Vietnam. Semua pekerja mereka orang Asia Vietnam. Pelanggannya pula datang dari antarabangsa.
Sebaik kami sampai ke tempat urut, kami diberi sepersalinan baju kimono dan dua buah laci untuk menyimpan sementara pakaian, beg tangan dan kasut kami. Kemudian kami dibawa ke sebuah bilik sederhana besarnya yang samar-samar gelapnya di mana beberapa buah katil bujang kecil disediakan untuk perkara itu. Kami disuruh duduk di hujung katil, di hujung kaki disediakan besen besar berisi air suam panas untuk rendam kaki beberapa minit sebelum kaki kami diurut, dipulas! Kerja urutan dimulakan dengan urutan kaki dahulu kemudian bahagian tangan, bahu, tengkok dan kepala yang mengambil masa selama satu jam. Bestlah!
Selepas berurut kami dijemput untuk menggunakan sauna bilik panas. Duduk-duduk atas bangku panjang keluarkan peloh. Tahap kepanasan boleh dikurangkan dna ditinggi ikut tahan sendiri. Panaslah, Mak Long tak berapa suka. Beriadah di luar jalan kaki lagi bagus. Bagi mereka yang tinggal di bandar mungkin sesuai. Tetapi Mak Long tinggal di kawasan perkampungan lebih sesuai beriadah di kawasan yang lebih asli dan menenangkan hati. Urut tu bolehlah untuk kesegaran perjalanan darah. Pokoknya kita jaga kesihatan diri sendiri. Allah kurniakan kita hanya satu jasad yang dilengkapi Nya dengan kesempurnaan yang gitu. Jagalah diri muga mudah kita menjalani ibadah bekal bila kita kembali kepangkuan Allah yang pasti akan datang.

Assalamualaikum Mak Long,
ReplyDeleteTerbaca tentang keadaan cuaca di sana. Didoakan Maklong dan keluarga sentiasa dilindungi Allah. Diberi ketabahan dalam mengharungi situasi ini. Stay safe always.
Waalaikumsalam,
DeleteAamiin. Alhamdulillah, kami dapat melalui keadaan dengan baik dan mudah. Terima kasih doakan kami.
Ada Facebook tak mak long? Boleh follow atau add friend. Seronok tau tempat² atau ilmu yg bermanfaat
ReplyDeleteAda facebook di bawah nama Kamisah Mohd Shah
ReplyDelete