Pages

Tuesday, August 11, 2020

Cactus Punya Pasal

Assalamualaikum,


Cactus

Cactus punya pasal.. Kemarin terasa rajin sedikit tolong siram taman cactus Pak Long.  Tengah-tengah menyiram kaki tersepak batu kecil,  Nasib tidak terjongkang rebah atas cactus boss!  Kang naya pulak kena duri cactus tajam ... Pasal cactus itu...  Mak Long teringat kesah pada hari ibu tahun ini.  Jadi katanya cutilah dari berkebun keliling rumah sebab menghormati hari ibu.  Berkebun?  Yaa betul berkebun tanam pokok-pokok keliling kawasan, terutama pokok cactus.  Berkebun juga namanya kan?!  “Nak buat taman cactus...”, katanya, sudah buat dah di belakang rumah di nun.  Boleh nampak dari dalam rumah melalui cermin pintu besar.  Kesiannya pulak taman kecil ini madang ajer banyak gangguan dari binatang liar.. si rusa.  Cactus yang tersayang baginya, dipasang pagar.  Yang lain disembur dengan semburan busok baunya tidak tahan hidung dibuatnya.  Kesian dia puas berusaha jadi pekebun cactus.  Satu taman cactus tidak cukup.  Maka diusahakan satu lagi tidak jauh dari sisi rumah.  Banyak dah berbagai jenis cactus ada termasuk cactus yang baru hendak naik itu.

Jadi hari itu kami jalan-jalanlah konon hendak relek-relek.  Habis-habis singgah di pusat nursery tengok-tengok saja konon.   Memang cari nahas.... Separoh kereta penoh dengan sepokok cactus besar gedabak.  Nasib pulak pokok yang ini tidak ada duri!  Itu dah oklah, kami baliklah ke rumah.  Ingatkan lepas-lepas zohor bolehlah nak lelap-lelapkan mata sekejap.... hmmmm tak ada channnn...

“Jom kita ke tasik... tengok ramai tak orang di situ ..”.  Di Texas semua taman riadah ditutup disebabkan gejala penyakit Covid-19 sedang bermaharajalela sejak awal tahun lagi.  Dua minggu lepas pihak gomen bagi buka semula.  Umak aaii macam kambing lepas kandang mereka berpusu-pusu keluar.  Yang bagusnya mereka masih mengekalkan jarak berjauhan dan setengahnya pakai “mask” / pelitup muka.  tapi soalnya sampai bila mereka patuh ....!  Sampai di tasik kami dan ramai lagi penggunjung tidak  dibenarkan masuk kawasan itu.  “Tak boleh masuk, dah penoh”, kata pengawal yang duduk sedap-sedap dengan aircon dalam truck besarnya.  Oklah... kami cabut ke tempat lain... tengok tu perangai macam orang-orang muda, menjengkit.  Duduk rumah bukankah lebih baik!

Jauh jugalah merempit ikut jalan-jalan kecil.  Amboiii cantik sungguh dunia Allah nih... rumput dan pokok semua meriah berbunga dengan berbagai rupa dan warna.  Rasa sungguh bersyukur diberi Nya peluang menikmati ciptaan Nya yang indah, segar dan nyaman damai jiwa.  Maka sampailah kami di bandar kecil nama Wimberley.  Bandar penempatan orang bangsa German di zaman-zaman penghijrahan orang Eropah di Amerika.  Bandar kecil ini telah menjadi salah satu dari bandar “tourist attraction” di Texas bahagian tengah.  

Panas lit lit pulak ketika itu... kering dan cair otak .. bangku-bangku tempat duduk diikat dengan reben merah tanda pengunjong tak boleh duduk sebab Covid-19.  Tidak munasabah!  Ada ker?  Bukan orang hendak duduk rapat-rapat sebelah menyebelah.  Suruh pakai “mask” degil tidak mahu pakai mask.  Terok mereka nih!  Aduiii... tiba-tiba mata kami nampak pulak sepokok cactus cantik di pinggir jalan.  Katanya dia belum ada cactus jenis itu.  “Bolehlah patahkan sekeping daun tu....”, kata Mak Long .... acah-acah sebenarnya.  Rupa-rupanya bebenar dia patahkan satu pelepah daun cactus tepi jalan lalu lalang tu. Aduiiii.....  disuruhnya masukkan dalam kocek jaket saya.  Mana boleh...habis nanti  kena getah ke baju Mak Long, lagi pun mana muat masuk kocek....  nasib cactus itu tiada duri tajam!  Pegang sahajalah.  Cactus punya pasal, “cactus thift!.....” katanya pulak!   Aiikkk!




Cactus









1 comment:

  1. Cactus ... cantik tapi berduri !!! Senang hidup tapi susah nak grooming .... sebab banyak duri !!!!

    ReplyDelete