Assalamualaikum,
Buttermilk
Buttermilk ialah susu masam diguna sebagai minuman juga biasa diguna dalam masakan seperti roti, pancake dan lain2. Ramai yang tidak mengetahui apa itu buttermilk. Buttermilk tidak mengandungi butter. Dua benda yang berlain dari satu jenis bahan iaitu susu. Mak Long guna buttermilk sebagai ganti santan kelapa dalam masakan kari bila tiada santan. Apabila guna buttermilk dalam kari tidak perlu guna air asam jawa atau asam keping.
Cara membuat buttermilk asli mengikut kaedah tradisi adalah susu lembu segar digodak (churn) dalam bekas sehingga kerim dan cecair dalam susu berasingan. Kerim/lemak yang diasingkan itulah butter dan cecair itu pula adalah buttermilk. Buttermilk ini rasanya sedikit manis dan lebih cair dari “cultured” buttermilk. Cultured buttermilk rasanya masam dengan ketulan kecil sebagai dadih diguna untuk dalam masakan, boleh juga diminum.
Cultured Buttermilk itu lebih pekat dari buttermilk asli juga dari susu segar tetapi tidak sepekat kerim. Buttermilk mengandungi lemak yang rendah dari susu segar. Buttermilk yang dijual di supermarket adalah cultured buttermilk. Cara membuat cultured buttermilk menggunakan kaedah pasturized dan pemeramam.
Tahukah anda bahawa buttermilk boleh membantu menguruskan berat badan? Minum buttermilk.
Bagaimana kalau tidak ada buttermilk apabila resepi itu perlu menggunakan buttermilk? Ya buttermilk boleh digantikan dengan:
1. Dadih (yogurt) = campur dan kacau 3/4 cawan dadih + 1/4 cawan air kosong.
2. Sour cream = campur dan kacau 3/4 cawan sour cream + 1/4 cawan air kosong
3. Cream of tartar = campur dan kacau 1 3/4 cawan susu segar + 1 3/4 sudu camca cream of tartar. Biarkan 5-10 minit bila bancuhan itu jadi pekat.
4. Susu segar atau susu tepong yang sudah dicampur air = Campur 1 cawan susu segar + 1 sudu besar cuka atau air lemon/limau nipis
5. Kefir = cairkan kefir dengan susu segar atau air kosong sehingga sama kepekatan buttermilk.
Ini resepi mudah membuat roti guna buttermilk. Roti ini sedap dan lembut. Bancuhan ini boleh buat 2 buku roti untuk buat sandwich.
Roti Buttermilk |
Roti Buttermilk
Bahan
1 ½ cawan buttermilk
1/2 cawan air suam (110 degrees F/45 degrees C)
1/2 cawan margarine/butter
¼ cawan gula pasir /gula melaka / madu
1/2 sudu teh baking soda
2 (.25 ounce) paket ragi roti
2 sudu teh garam
5 ½ cawan tepong roti atau tepong gandum biasa
Cara:
1. Bancuh ragi roti denga air suam sampai ragi berbueh dan kembang.
2. Masukkan butter atau margarine bersama buttermilk dalam periok kecil. Panaskan dengan api sederhana hingga butter atau magarine cair. Sejukkan hingga suam kuku.
3. Masukkan gula, garam, baking soda, buttermilk yang sudah dicampur dengan butter atau margarine tadi dalam mangkok mesin bancuh kek. Gunakan pengacau “dough hook” untuk proses ini. Masukkan 3 cawan tepung iaitu 1 cawan dalam satu masa dan bancuh hingga rata. Perlahan-lahan tambah lagi tepong yang masih ada itu, kacau hingga bancuhan tepong itu tidak melekat bila dipegang. Keluarkan dough dari mangkok ke atas tempat menguli (papan tempat uli atau meja) yang ditabur sedikit tepung. Uli dough beberapa ketika hingga dough lembut. Letakkan dalam mangkok yang telah diletak sedikit minyak. Pusing-pusingkan dough itu dengan minyak kemudian tutup mangkok dengan tuala dapur yang bersih. Biarkan dough naik dua kali ganda besar.
4. Tekan-tekan dough yang sudah kembang itu dan uli dengan balik-balikkna sekejap. Bahagi dua dan bentukkan roti itu. Masukkan dalam 2 bekas pembakar roti ukuran 8“X4” yang sudah disapu minyak terlebih dahulu. Biarkan dough itu naik sekali lagi kira-kira naik 1” tinggi dari aras bekas.
5. Bakar dalam ketuhar yang sudah dipanaskan terlebih awal 375 degrees F (190 degrees C) selama 30 - 35 minit. Roti sudah masak bila diketuk dengan jari berbunyi lompang.
Roti Buttermilk |
No comments:
Post a Comment