Assalamualaikum,
Selepas sarapan pagi kami sudah bersedia untuk meneruskan perjalanan balik Kampung Wickliffe, Kentucky. Pagi ini badan berasa lebih segar selepas berihat dan makan ubat kerana perut memulas dan sakit kepala. Alhamdulillah. Lalulintas sibuk seperti semalam juga. Maka Pak Long ambil keputusan menggunakan jalan dalam sahaja. Perjalanan pun sudah tidak berapa jauh cumalah lebih kurang empat jam sahaja kalau tidak berhenti di mana-mana.
Bagus juga lalu ikut jalan belakang keadaan lebih baik, lalulintas pun sangat berkurangan. Pemandangan cantik segar mata memandang di mana petani-petani sibuk mengerjakan kerja ladang mereka. Cuaca panas terik tetapi tidak melenturkan semangat dan tanggungjawab mereka bertani. Tanaman tahun ini nampaknya ialah kacang soya dan jagong. Sayup luas menghijau hingga di kaki langit luasnya ladang mereka. Beberapa kali kami nampak beberapa buah kapal terbang kecil terbang rendah menurunkan ubat serangga atau menabur baja pada tanaman di ladang. Kapal terbang yang melakukan kerja begini dipanggil “crop duster”. Kongsep pertanian di sini menggunakan segala kenderaan khas dan mesen untuk pertanian adalah cara yang sangat canggih menyenangkan dan memudahkan tugas ahli petani bertani. Sudah pasti dari hasil alat-alat yang sebegitu canggih akan mengeluarkan keluaran pendapatan yang lebih baik dan kualiti yang baik juga. Tetapi ingat manusia hanya berusaha, Allah yang menentukan semua....
Crop Duster |
Kami sampai Wickliffe tengahari dan terus ke rumah Judy. Nasib baik Judy ada di rumah. Sejak dulu-dulu lagi Pak Long memang tidak pernah hendak memberitahu atau mengumumkan kepada Judy bila kami hendak balik. Kelam kabut Judy dibuatnya. Pak Long macam suka tengok Judy kelam kabut tetapi kesihan Judy! Heran juga pulak kali ini awal-awal lagi Pak Long beritahu Judy kami tidak bermalam di rumahnya. Sedih juga nampaknya Judy.....
Judy |
Duduk di meja makan dalam ruang bilik makan dan dapur, kami bersembang. Judy hidangkan teh berperisa peach yang dirumusnya sendiri sambil kami bertiga mengunyah keropok jagong. Seronok sembang-sembang begitu rasa bertambah mesera dan rapat hubungan keluarga. Junior suami Judy sudah keluar sejak awal pagi lagi kata Judy. Petang baru balik rumah. Junior seorang yang kuat kerja walau pun sudah bersara, dia tetap buat kerja, macam-macam kerja...
Dari rumah Judy, kami singgah ke rumah sahabat baik Pak Long sehaj dari zaman sekolah dahulu iaitu Tommy. Tidak pernah tidak singgah ke rumah Tommy setiap kali kami balik kampung. Persahabatan mereka berdua rapat macam adik beradik. Tommy pula seorang yang suka berjenaka. Setiap perkataan yang keluar dari mulutnya sentiasa buat orang tidak kering gusi. Memang kelakar dia ni. Isterinya Kay mengidap sakit “lupus” sejak dia muda lagi. Bagus Tommy sentiasa memjaga dan mengasihi Kay sepenuh hati. Tommy kerjanya ialah kerja kampung sahaja, berkebun dan meraih barang-barang besi lama kemudian dijual seperti dalam gambar di bawah. Pak Long ada juga pesan untuk beberapa tayar besi lama.
Tommy |
Rangka lereng besi |
Tommy kata dia baharu sahaja beli sebuah trektor jenama John Deer, suatu jenama yang terbaik di negara ini. John Deer adalah sebuah syarikat besar yang mengeluarkan bermacam jenis trektor dan mesen berat di Amerika. Kebanyakan keluaran syarikat ini adalah untuk pertanian. Di bawah adalah gambar trektor baru Tommy.
Lama juga kami di rumah Tommy. Bersembang macam-macam hal, kebanyakannya buat kami semua tidak kering gusi. Dari rumah Tommy, kami ke Paducah iaitu sebuah bandar terdekat dengan Wickliffe. Di bandar inilah kami bermalam.
Assalamualaikum Mak Long
ReplyDeleteWaalaikumsalam...terima kasih jengok ke sini.
Delete