Assalamualaikum,
Dalam video di atas ialah seekor musang liar yang setiap hari datang di kawasan perumahan kami. Kami namakan musang itu Pete. Anihnya Pete seolah-olah tahu itu adalah namanya. Bila kami panggil , “Pete, Pete....”. Dia berhenti berjalan dan pandang kami. Umumnya Pete nampak jinak tetapi tidak begitu. Setiap petang selepas Asar tidak kira hujan atau panas Pete datang ke patio belakang rumah. Kami beri dia makanan samaada seketul daging ayam mentah atau makanan anjing yang dibeli dari supermarket. Senang beri Pete makan, apa sahaja makanan yang kami beri padanya tidak pernah ditolak. Mujur lalu melintang patah.....
Kekadang saja-saja dia duduk berhampiran mangkoknya memerhatikan aktiviti kawasan. Kekadang dia baring atas rumput dengan sabar dan taat menunggu makanan sampai walau terpaksa tunggu lama. Sekiranya tiada makanan dalam mangkok setelah lama menunggu, Pete berlalu tetapi dia akan datang kembali selepas beberapa jam kemudian. Kami sediakan dua biji mangkok di hujung patio, satu untuk makanan dan satu lagi untuk air minum. Musim-musim panas lit lit begitu tentu kering tekaknya. Mak Long ada sediakan air minum di kawasan hadapan dapur untuk burung-burung dalam "bird bath.." Kesihan kan....

Apabila ketulan ayam atau tulang yang diberi itu besar Pete akan makan separoh kemudian gonggong bakinya bawak balik ke sarangnya. Kami agak Pete ada keluarga kerana melihat dari tabiat yang dilakukan itu. Daging ayam dalam video ini agak besar dan berat. Dia angkat-angkat letak daging itu beberapa kali. Pengabisnya dia makan separoh kemudian gonggong daging ayam itu balik ke sarang. Nampak tu bijak sungguh musang ... tahu bertanggung jawab jaga keluarga...!
Bagi kami Pete adalah satu hiburan yang tidak perlu berbelanja besar.
Bagi kami Pete adalah satu hiburan yang tidak perlu berbelanja besar.
Musang pun pandai sayangkan keluarga... :)
ReplyDelete