Assalamualaikum,
Sudah banyak kali Pak Long sebut hendak balik ke Wickliffe, Kentucky...berbulan sudah. Wickliffe sebuah kampung tempat beliau dibesarkan. Tidak ada siapa melainkan sepupunya Judy dan anak-beranak dia sahaja yang masih tinggal di kampung itu. Mereka punyai tanah luas pusaka dan harta benda keluarga. Pelik sungguh cara gaya orang-orang sini membahagi harta pesaka tinggalan ibu bapa. Mereka itu orang kuat berugama kristian tetapi kebanyakan mereka-mereka itu tidak ada pun yang ikut hukum hakam ugama mereka. Tidak bolehlah kita hendak cemoh atau hina kepercayaan mereka, Allah larang kita menghina agama lain. Itu pegangan agama yang mereka percaya walau Allah sudah terang-terang beri petunjuk. Sebenarnya Mak Long liat juga hendak ke sana walaupun mereka tidak sekat atau ganggu kami. Cumanya rasa tidak selesa, itu sahaja.
Maka hari ini kami mulai perjalanan ke sana. Duduk di rumah pun tidak banyak yang perlu diuruskan. Musim panas, panas yang teramat sangat lebih kurang sama panas di padang pasir di Saudi Arabia. Biasa pagi sebelum matahari membahangi udara, kami segera lakukan kerja-kerja di luar. Pukul sepuluh pagi matahari sudah mula panas membakar. Semalam kami siram semua pokok-pokok dan tanaman. Agak-agak boleh tahan beberapa hari in sha Allah.
Texas sebuah negeri yang amat besar. Satu hari suntuk perjalanan dengan kenderaan masih belum keluar-keluar daerah lagi. Kami berhenti bermalam di Bandar Arkadelphia, Arkansas. Hujan pula di situ, kuranglah sedikit panasnya. Esok kami akan sambung musafir kami hingga ke kampung. Sepanjang perjalanan tadi kenderaan banyak di lebuhraya terutama truck besar 18 tayar. Berlumba-lumba mereka pandu kenderan buat kita seriau serun! Malam ini rehat dulu.

No comments:
Post a Comment