Hari ini adalah hari ketiga kami di Kentucky. Kami bermalam di Best Western Hotel, Paducah semata-mata untuk kemudahan dan keselesaan juga agar tidak menyusahkan mereka. Pak Long puaskan kerinduan pada kampung halamannya dengan lalu mengukur setiap lorong kawasan Wickliffe serta menggunjungi sahabat akrab sedarjah di zaman persekolahan mereka iaitu Tommy. Tiada perubahan dalam kemajuan pada kawasan Wickliffe malahan terdapat beberapa kedai dan rumah ditinggal kosong. Kemanakah perginya penduduk kampung itu? Mungkinkah suatu hari kampung Wickliffe akan jadi kosong .. jadi “ghost town”, di Amerika terdapat tempat-tempat lama yang tinggal kosong yang dinamakan ghost town... seperti Jerome, Arizona, Tomb Stone, Arizona dan lain-lain tempat lagi.
Pagi-pagi lagi Pak Long tanya pulak di mana, ke mana Mak Long ingin pergi di Kentucky.... ish ish tanya buat tidak tahu pulak.. lupakah? Semalam kan cakap hendak tengok tempat ternakan kuda lumba di Lexington. Apabila ditanya begitu Mak Long risau juga kerana ada kalanya seolah-olah Pak Long seperti tidak ingat....
Perjalanan dengan kereta ke Lexington mengambil masa selama lebih kurang empat jam. Selepas sarapan dan bersiap-siap kami pun mulakan perjalanan ke Lexington. Kami sampai di Bandaraya Lexington tengahari. Waktu di Lexington lebih awal satu jam dari waktu di Wickliffe. Berasa lapar pula, hendak makan apa agaknya?
Lexington ialah sebuah bandaraya besar letaknya di bahagian tengah Kentucky. Bandaraya ini tersohor dengan beratus buah tempat ternakan kuda lumba, iaitu kuda lumba yang berbaka/ berketurunan baik, The Kentucky Horse Park trek lumba kuda seperti Keeneland. Sekiranya tidak berminat dengan kuda ada beberapa tempat lain boleh pergi seperti "downtown" atau pusat bandar yang pasti banyak menyediakan pelbagai jenis aktiviti. Antaranya membeli belah di beberapa mall iaitu pusat beli belah.
Kami terus sahaja ke hotel dan check-in, sebuah bilik yang telah ditempah untuk dua malam terlebih awal semalam. Sebuah hotel lama dan sedikit jauh dari pusat bandar. Bilik yang disediakan itu biasa-biasa sahaja. Kami berihat sebentar sambil membelek-belek beberapa risalah berkenaan dengan kuda dan agen-agen pelancung melawat tempat-tempat lain. Agenda utama kami ialah kuda..... antara risalah-risalah itu terdapat satu agen pelancungan yang menarik perhatian kami iaitu 'Blue Grass Tours". Pak Long menghubungi agen tersebut dan membuat tempahan pagi esoknya.
Hampir jam tiga petang kami keluar ke pusat bandar dan ke pusat beli belah Fayette Mall cari rezeki mengisi perut kosong. Hahahah pasal makan tidak pernah dilupakan. Ada tiga buah pusat beli belah di Lexington. Hampir empat puluh minit kami menyusur melihat jualan yang dipamirkan. Macam-macam ada... Sudah berumor begini keinginan membeli-belah amat berkurangan malah naik malas hendak singgah ke dalam kedai berbelanja, tidak seperti zaman muda-muda dahulu semua hendak (syaitan bergayut di mata!).
Sedang kami berjalan-jalan tiba-tiba seorang wanita jurujual muda menyapa mengajak Mak Long berhenti di kedainya. Kami berhenti dan beliau menggunjukkan Mak Long sebuah peket kecil seperti dalam gambar di bawah ini.
Mak Long pasti setengah dari anda pernah tengok atau menggunakan keluaran jenama Tresor Rare iaitu keluaran kecantikan wanita. Mak Long tidak berapa menggunakan alat kecantikan selain dari sabun pencuci muka dan krem pelembab muka. Wanita itu bertanya dari negara mana Mak Long datang dan minta kebenaran kalau boleh dia sapu sejenis krem untuk mata berkedut. Hahahah kulit mata Mak Long ada banyak kedut tua! Mak Long biarkan dia menyapu kulit mata perlahan-lahan. Katanya biarkan beberapa minit akan tampak perubahannya. Kemudian datang semula ke kedainya kotlah Mak Long hendak cuba membeli barangan itu. Mana tahu krem itu boleh tegangkan kulit.. I wished! Katanya dia berasal dari Israel apabila Mak Long tanya kerana lorat bahasa Inggerisnya lain sekali .. berderau hati Mak Long! Tetapi apalah pulak hendak diherankan, Amerikan dan Israel, mereka berhubung rapat.
Kami tinggalkan kedai itu terus mencari restauran yang bersesuaian. Kami lapar dah.. Tempat-tempat begini agak susah mencari makanan yang halal. Kita perlu bijak memilih. Islam itu amat mudah. Sekarang telah banyak restauran yang menyediakan makanan untuk vegetarian diet iaitu orang-orang yang makan hanya bahan sayuran sahaja. Kiranya berada di restauran biasa, paling mudah memilih makanan ialah salad atau makanan laut. Perlu juga berhati-hati tentang makanan laut kerana cara mereka memasaknya kebanyakan menggunakan bahan yang tidak halal. Kami singgah di restauran P.F. Chang's. Kami minta menu vegetarian diet. Makanan mereka biasa-biasa sahaja seperti sushi dan tempora makanan Jepun. Perut sudah kenyang malaslah hendak merayau lagi. Balik hotel sahajalah kata Pak Long..
Di bilik hotel, Mak Long google keluaran Tresor Rare... wahhhhh jenama termahal rupanya hingga ada yang berharga beratus malah beribu dolar bagi satu-satu barang. Kemudian tengok pula bahan kandungan dalam paket kecil yang diberi tadi. Amboiii patutlah mahal! Rupa-rupa bahan kandungan itu memang tidak pernah Mak Long terpikir dan dengar atau tahu seperti menggunakan serbuk intan, serbuk mutiara entah apa-apa lagi. Ini anak raja dan orang kaya sahaja mampu guna... Mak Long tidak perlulah benda-benda gitu! Oh ya, Pak Long kata kulit mata di mana wanita itu sapu krem mata pada Mak Long tadi berubah tiada kedut! Menjadi betul krem tu kan....

Tresor Rare |

No comments:
Post a Comment