Pages

Monday, December 31, 2018

Selamat Tahun Baru 2019

Assalamualaikum,


SELAMAT TAHUN BARU
2019

Semuga tahun baru
Allah kurniakan kita :
Kerahmatan dunia akhirat
Kesihatan yang baik
Dimurahkan rezeki yang halal
Kebahagian yang berkekalan
Panjang umur yang berkat
Keimanan yang kukuh
Serta keredhaan dari Allah SWT

Aamiin ya rabbal ‘alamin




May this New Year brings us a peace filled life, 
Warmth and togetherness in our family 
and 
Much prosperity! 
Happy New Year 2019










Saturday, December 22, 2018

Buatkah Atau Beli?

Assalamualaikum,

Dua minggu lepas jiran kami Brenda datang berkunjung ke rumah.  Tahu dah memang dia kalau ketuk pintu macam hendak roboh pintu itu!  Kami tidak kesah kerana memang begitu perangainya, mulut becok, bercakap bersuara kuat.  Dari jauh belum nampak orangnya suara sudah dengar dulu!  Perangai seperti lelaki tidak pernah nampak dia berpakaian wanita.  Biarlah apa-apa pun hatinya baik dan lembut, dunia sekarang adalah dunia dia.....  Pak Long buka pintu “Hello!  What’s going on....?”

“Hey guys!  I have these for you and Miss K..”, sambil meletakkan barang yang dibawanya di atas meja.  Sepohon pokok "poinsettia" (sebut : poin seta) and seuncang cantik berisi beberapa peket bertih jagong bersira dengan beberapa perisa.  Begitulah tiap-tiap tahun Brenda pasti menghadiahkan kami pohon "poinsettia" untuk kami apabila menjelang sambutan hari Natal sebagai pengirat siraturrahim berjiran, itu pendapat kami.  


Pohon poinsettia

Setelah Brenda pulang, kami sepakat untuk membalas pemberiannya berupa barangan juga.  Mak Long cadangkan “apron” untuk Brenda dan Marla pasangannya.  Ada beberapa helai apron yang telah siap Mak Long buat apabila ada masa lapang.  Jadi sorang satulah dapat apron.  Semalam Mak Long luangkan masa untuk membuat dua uncang sebagai pembukus apron pula.  Inilah rupanya:



Apron untuk Brenda

Apron untuk Marla

Pagi tadi sebelum ke pasar kami singgah sebentar di rumahnya dengan dua helai apron dalam dua uncang merah menyala.  Kebetulan ketika kami sampai Brenda sedang sibuk dengan pokok tanaman yang senget ditiup angin kuat kemarin di laman rumah.  Dua tiga hari ini angin dari utara memang kuat seperti ribut.  Suhu yang sedia sejuk ditambah dengan tiupan angin menjadikan lagilah sejuk.



Mak Long serahkan bag apron kepada Brenda.  

Brenda     :     For me!   Can I open and look?    

Mak Long  :    Sure...go ahead open it!  
Lapang rasa hati dan gemar melihat gelagat dia yang penuh keikhlasan menerima.

Brenda     :     Which one is mine?

Mak Long :    The plain red bag

Brenda     :     Wow!  Beautiful!  It is so sweet of you.  Did you make it or did you buy?

Mak Long  :    Made it for you lah!















Monday, December 17, 2018

Jerok


Assalamualaikum,


Jerok ialah bahan makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, ikan dan daging yang diperam di dalam campuran air dengan garam atau campuran cuka dengan garam dan gula atau minyak makan dengan garam.  Boleh dikatakan semua jenis bahan makanan boleh dijerok. Jerok boleh dibuat masam, masin, manis, pedas atau berbagai rasa yang dikehendaki.  Masakan acar juga adalah satu dari cara jeruk samaada acar dimasak atau acar balik hari (bahan sayur yg dipotong-potong bersama dengan beberapa bahan lain seperti bawang dan cili dicampur dengan cuka, garam dan gula) . 

Kaedah jerok dan acar telah lama diamalkan sejak beribu tahun dahulu sebagai langkah mengawet atau menyimpan makanan untuk tahan beberapa waktu lamanya supaya tidak busuk atau rosak.  Kini ramai yang sudah memiliki peti sejuk untuk menyimpan makanan supaya tahan lama, segar dan tidak rosak.  Namun jerok masih diamalkan sebagai satu bahan makanan kudapan atau lauk pauk dan lain-lain. 

Cuka lazimnya digunakan dalam membuat jerok kerana ia mengandungi asid masam yang mampu membunuh bacteria yang tidak diingini dalam makanan dan proses pengawetan berlaku.  Sementara garam juga berperanan penting dalam jerok.  Garam boleh menjerok kering tanpa campuran dengan cuka atau air umpamanya jerok ikan (ikan masin) dan daging juga sayur-sayuran.  Bahan makanan yang digaram menjalani kaedah pemeraman semula jadi di mana ia akan mengeluarkan bahan lactic acid sebagai mengawet makanan itu.

Berbagai cara membuat jerok. Antaranya bahan makanan dijerok mengandungi air dicampur dengan garam sahaja seperti membuat telor asin, cuka dicampur dengan garam seperti jerok limau nipis, atau cuka dicampur dengan air, garam dan gula atau hanya menggunakan garam sahaja terpulang mengikut cintarasa masing-masing. Ada juga terdapat jerok ikan atau daging yang dijerok dengan minyak makan dicampur dengan garam.

Beberapa kajian telah ditemui di mana, ahli-ahli sukan disarankan minum air jerok (pickle juice sport) yang mengandungi cuka dan garam sebagai sumber membantu mengubat atau menggurangkan kejak otot (muscle cramps) dalam masa yang singkat. Minuman air jerok banyak terdapat di pasaran di USA antara nama jenama tersebut ialah seperti "The Pickle Juice Company".



Jerok Limau Nipis












Wednesday, December 12, 2018

Makanan Berkhasiat

Assalamualaikum,

Sumber bacaan keratan artikal ini Mak Long baca dari "Sumba Pengguna" ketika melayari di laman sesawang dan ingin berkongsi bersama-sama untuk kebaikan dan pengetahuan kita.

"Makanan

"Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat.  Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik.  Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang berkhasiat. Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi.  Pepatah ada mengatakan, "Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan" dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan.  Corak pemakanan menentukan keadaan kesihatan kita kerana diet yang tidak teratur memburukkan kesihatan

Seorang Pakar Pemakanan dari Amerika Syarikat, Frances M Lappe berkata rakyat di negaranya mempunyai diet yang tidak menyihatkan.  Dalam bukunya Diet for a Small Planet beliau berkata penduduk negara itu memakan terlalu banyak daging, lemak, gula, alkohol, bahan penambah tetapi kurang memakan makanan berserat.  Tabiat ini juga mulai merebak di kalangan rakyat Malaysia yang pada umumnya memakan kian banyak makanan berproses.  Adakah anda salah seorang daripada mereka?  Adakah diet anda mempunyai ciri-ciri seperti berikut?

Terlalu banyak lemak dan kolesterol

Makanan Seperti daging, telur dan hasil tenusu seperti mentega dan keju merupakan sumber protein, vitamin dan galian yang baik tetapi ia juga mengandungi banyak lemak dan kolesterol.  Lemak boleh menyebabkan kegemukan, mendorong serangan jantung dan meningkatkan risiko serangan kanser sementara kolesterol menjadi punca utama sakit jantung.  Makanan berproses dan snek seperti kentang gpreng dan kerepek juga mengandungi banyak lemak dan kolesterol begitu juga dengan makanan jualan penjaja.

Terlalu banyak gula

Makanan yang diproses dan makanan manis seperti kek coklat dan aiskrim mengandungi banyak gula yang memberi sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan atau serat.  Kehadiran gula juga menggantikan makanan yang berkhasiat dan menyingkirkan beberapa vitamin dan galian dari tubuh.  Memakan gula yang berlebihan bermakna anda menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan dan masaalah-masaalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis, seragan jantung dan sebagainya.

Terlalu banyak garam

Makanan segera, makanan dalam tin, daging yang diawet dan makanan ringan bergaram seperti kentang goreng, mengandungi terlalu banyak garam.  Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi ytang akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung atau strok.  Sesetengah orang mungkin menghadapi masaalah terrlalu banyak air di bawah kulit (edema).

Terlalu sedikit serat

Tanpa pengambilan serat, makanan mengambil masa antara 70-80 jam untuk melalu saluran penghadaman.  Mengurangkan masa yang diambil makanan untuk melalui saluran itu dapat melindungi daripada serangan kanser usus besar dan rektum dengan mencairkan bahan beracun yang terdapat di dalam usus besar dan mempercepatkan pengeluarannya dari tubuh.

Setiap manusia mempunyai keperluan yang berbeza, oleh itu anda harus menentukan sendiri apa yang terbaik untuk diri anda.  Untuk memastikan anda makan berlebihan, anda mungkin perlu menimbang berat badan dari semasa ke semasa atau perhatikan sama ada terdapat perubahan ketika berpakaian iaitu sama ada pakaian kian sendat atau tetap seperti biasa.

Kita perlu mengimbangi tenaga (makanan) yang kita perolehi dengan tenaga yang digunakan untuk kegiatan seharian.  Jika anda berkejar ke sana ke mari sepanjang hari, bererti anda telah menggunakan lebih banyak tenaga berbanding jika anda hanya duduk sepanjang masa.  Jika anda memakan melebihi keperluan tubuh, maka lebihan makanan itu akan tersimpan sebagai lemak.

Diet anda menentukan keadaan kesihatan anda sepertimana pepatah diri anda ialah apa yang anda makan.  Oleh itu penting bagi anda mengamalkan tabiat makan yang baik dari peringkat muda lagi…"


SUMBER BACAAN :  UTUSAN PENGGUNA

Sumber Makanan Berkhasiat yang kami amalkan

Thursday, November 8, 2018

Apa Nak Jadi....?

Assalamualaikum,





Di rimba.....
Panasnya tidak
Hujannya pun tidak
Jejaka muda..
Lenggang lenggok menggior
Bak itik pulang petang
Payong dipusing-pusing 
Menari di tangan
Beriadah dunia bergaya 
Tiada batasan....
Tiada sekatan...
Tiada teguran...
Dunia sudah berakhir zaman











Saturday, October 27, 2018

Sembang Kami .. Ready For Winter

Assalamualaikum,

Cuaca sekarang selalu berubah.  Oktober hingga November adalah musim luruh di mana kebanyakan pokok dedaunnya berubah warna kemerahan dan keemasan indah kemudian luruh ke bumi meninggalkan ranting-ranting togel di dahan.  Ada juga pokok dedaunnya yang tidak bertukar warna sentiasa hijau di sepanjang tahun, antaranya ialah pokok ork dan ceder. Suhu pun biasanya dalam lengkongan 70 degrees sahaja.  Mak Long mengemari cuaca begitu tidak panas dan tidak pula sejuk.  Hanya masaalah alahan hidung berair, tekak dan mata berasa gatal sering menguasa kesihatan...  Waktu ini juga beberapa jenis tumbuhan akan berbunga meriah seperti musim bunga.

Minggu-minggu lepas cuaca buruk, hujan dan ribut di kawasan Texas Hill Country di mana banyak berlaku banjir kilat.  Kawasan kami alhamdulillah tiada banjir kilat dan suhu pun dalam lingkongan 70an-80an sahaja.  Tetapi pada hari Isnin minggu lalu suhu berubah mendadak turun hingga ke 40an degrees Fahrenheit.  Tiupan angin utara sudah sampai!!  Hati berasa bimbang dan kesihan pada binatang dan ungas di luar kesejukan.  Terutama pada seekor burung "hummingbird"  yang sekecil ibu jari Mak Long tidak pergi pindah mengikut kumpulannya yang lain.  


Hummingbird


Seperti biasa selepas subuh Mak Long akan ke dapur jerang air dan buat apa-apa sahaja yang patut.  Tangan pula mula capai telepon kot-kot ada sesiapa hantar mesej....perasan!  Pak Long selepas subuh entah apa yang dibuatnya di bilik sana??  Biasa sabar tunggu kopi panas di hujung meja....

Pak Long:   Im ready for winter!  

(Mak Long toleh ke arahnya.  Ya Allah... geli hati tidak dapat menahan ketawa besar!  Dia pakai baju tebal, seluar tidur tebal, setokin tebal dan selipar rumah... hahaha sudah macam eskimo.  Buat muka tidak semengah!  Berlalu ke tingkap dan nampak hummingbird kesejukan.   Mesti kelaparan tu!

Mak Long:   Where are you going?

Pak Long;    Waiting for my breakfast!

Mak Long:    Ok.  Turn on the heater already?

Pak Long:     Yappp...

Mak Long:     Hummingbird tried to feed on the syrup juice.  She Couldn’t .. its too cold.

Pak Long:     Your fault!  You didn’t let me trim those flowers.  They stayed for that. 

Mak Long:     Hahh what do you mean?

Pak Long:     Hummingbirds migrate to Mexico or some warmer places during winter.

Mak Long:     Silly bird!  She should have gone with the rest... (rasa kesal...)









Tuesday, October 2, 2018

Sembang Kami - Bayar Gaji Kerja Sendiri

Assalamualaikum,

Wanita biasa macam kita-kita semua setiap hari ada sahaja tugas tetap menunggu untuk dibereskan.  Tugas tetap ini tidak pernah habis, celik sahaja mata sudah ada tugas menunggu.  Hendak kejam mata waktu malam pun ada tugas juga.  Mak Long sudah pencen bertahun tidak payah kerja pun masih ada tugas tetap.  Itulah kerjaya Mak Long ni jadi surirumah.

Hari ini jadual bersihkan rumah.  


Pak Long:   You work too hard my dear...

Mak Long:   My job!

Pak Long:   You need to pay yourself for the hard work!

Mak Long:   Huh!  What do you mean?

Pak Long:    Get your pay and treat something nice for yourself.

Wah!! .... boleh bayar gaji kerja sendiri ekk!  Ok... bagus juga.  Berapa ekk!  Lawaknya orang rumah Mak Long nih!

Mak Long:    How much do you think I should get paid?

Pak Long:     Whatever amount you want!

Wah ini sudah baguslah.   Lebar senyuman isteri dari telinga kanan hingga ke telinga kiri.  Benarnya dalam usia lewat sebegini sebahagian besar keinginan duniawi sudah banyak mengundur diri.  Alhamdulillah syukurlah apa yang sudah dikurnia Nya...  mencukukupi bagi orang tua ini.













Arwah Emak - 30hb September

Assalamualaikum,






30hb September, 2017 adalah hari bersejarah dalam keluarga kami.  Tarikh ini pada tahun ini genap setahun Arwah Emak pulang ke pangkuan Allah SWT.  Masih segar ingatan Mak Long saat-saat akhir Arwah.  Hari itu adalah hujung minggu, dua anak muda Mak Long, Busu, Pak Teh suami isteri pulang berkumpul membantu menjaga Arwah.  Maka dapatlah Mak Long meluangkan masa sedikit untuk diri sendiri.  

Keadaan Arwah ketika itu semakin tenat.  Hampir seluruh anggota bengkak terutama kedua tangan dan kaki disebabkan hampir seluruh anggota dalaman tidak berfunsi baik.  Ketika Busu memberi susu dan ubat melalui saluran sudah tidak ada tindak balas lagi.  Susu keluar semula.  Degupan jantung Mak Long berasa lain mungkin sudah sampai masa agaknya.  Lantas kami segera bersihkan Arwah dan mengajarnya mengucap syahadah....   Emak anggok lemah..... Innalillahiwainnaillahijioon...  

Al-Fatihah khusus untuk Arwah Emak tersayang.  




Ya Allah, ya Rabbi, ya Al-Ghaffur ampunkanlah segala dosa Emak kami.  Belas dan kasihanilah padanya.  Sesungguhnya hanya Engkaulah Tuhanku sahaja yang dapat membalas segala kasih sayang, jasa dan pengurbanan Emak kepada kami adik beradik ketika kami dalam penjagaannya.  Haramkanlah Emak kami dari api neraka.  Tempatkanlah Emak kami di kalangan mereka orang-orang yang beriman dan solehin.  Muga Emak kami tenang di sana...... Aamiin ya rabbal’alamin.


















Sunday, August 26, 2018

Meatloaf

Assalamualaikum,


Meatloaf

Dua hari lalu Brenda jiran kami memberi kami sepotong besar "meatloaf" untuk musang yang setiap petang datang di patio belakang rumah.  Kata Brenda mereka tidak boleh habis makan "meatloaf" itu.  Rupanya Pak Long terlior tengok "meatloaf".  "Untungnya Pete dapat makan sedap petang ni...", kata Pak Long.

"Meatloaf" adalah sejenis masakan yang berasaskan daging cincang sebagai “American comfort food” atau cakap mudahnya makanan yang menjadi kegemaran memberi nekmat dan keselesaan pada permakan.  Kalau hendak diterjemahkan dalam bahasa Melayu lebih tepat kalau disebut roti daging.  “Comfort food” di Malaysia antaranya adalah roti canai, nasi lemak dengan sambal tumis ikan bilis, telor rebus dan timun.  Bila-bila boleh makan buat perut puas hati.

Menyediakan meatloaf memang tidak susah.  Pak Long cakap orang puteh di Amerika dulu-dulu kebanyakan mereka dibesarkan dan diasoh dengan makanan "meatloaf" untuk makan tengahari dan makan malam.  Ia boleh juga dibuat sandwiches.  Menurut Pak Long lagi zaman membesarnya memang itulah makanan yang sering disediakan oleh nenek tuanya.  Mengapa meatloaf?  Kerana ketika itu daging lembu kisar harganya lebih murah dan mudah diperolehi di semua pasar dan tempat persembelihan.  

Ramuan asas dalam masakan ini mengandungi daging kisar yang digaul dengan perisa seperti rempah ratus, bawang, tomato sos, telur dan serbuk roti.  Semua bahan itu digaul hingga mesera.  Selepas itu dibentuk seperti sebuku roti kemudian dibakar dalam ketuhar.  Selain dari daging kisar dari lembu, ayam belanda atau kambing pun boleh digunakan.  Pendeknya daripada apa jua jenis daging kisar.

Diam-diam Mak Long tanya encik google resepi meatloaf.  Pernah buat beberapa tahun dulu sampai lupa caranya.    


Meatloaf


Nama resepinya ialah Glazed Chipotle Meatloaf 

Bahan:

1 bawang besar dipotong dadu
1 sudu besar butter atau minyak masak
2-3 ulas bawang putih dicincang halus
3/4 cawan roti yang dihancurkan/dikisar
1/4 cawan susu segar
2 lb (lebih kurang 1kg) daging lembu kisar
2/3 cawan keju parut
2 sudu besar daun ketumbar dicincang halus
2-3 biji jerok chipotle dicincang halus *
2 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil garam halus
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 biji telor

Bahan sos chipotle*

1/2 cawan tomato sos
2-3 sudu besar chipotle cincang
2-3 sudu besar gula merah/gula melaka

Cara:

1.   Panaskan ketuhar 350 F degrees (180 C).  Panaskan kuali kecil, masukkan butter.  Masukkan bawang dan masak 4-5 minit hingga naik baunya barulah masukkan bawang putih.  Kacau hingga masak.  Ketepikan biar sejuk.

2.  Campur roti dengan susu hingga sebati dalam mangkok besar.  Kemudian masukkan daging kisar, keju, daun ketumbar, chipotle cincang, serbuk cili, serbuk jintan manis, garam, lada hitam, telor dan bawang yang dimasak tadi.  Gaul hingga sebati.

3.   Sapu minyak pada cetak/acuan roti kemudian masukkan daging meatloaf ditepek-tepek dan bentuk seperti roti.

4.   Campur bahagian sos dalam mangkok kecil.  Sapu kira-kira setengah daripada sos itu di atas meatloaf, bakar selama satu jam.  Gunakan sos lebih itu bila memakan meatloaf.

Pak Long suka makan meatloaf dengan kentang lenyek.


Nota (*)  chipotle adalah sejenis cili pedas.  Sekiranya tidak ada chipottle boleh digantikan dengan cili boh.



Meatloaf

Meatloaf







Saturday, August 18, 2018

Sembang Kami - Sarap Pagi

Assalamualaikum,




Pak Long:    Good morning, sayang ku
Mak Long:   Good morning.  Kopi? (Nuju ke dapur niat hendak buat kopi)
Pak Long:   Yes maam...
Mak Long:   Want anything to eat? (Benarnya angin malas sudah menular!)
Pak Long:    Anything you are going to have.... 

(Hmmm.. nak masak ek?!!)
Buat scramble egg bolehlah..sambil bukak peti sejuk.  Banyak telor ayam kampung jiran bagi dua dozen tiap-tiap minggu.  Naik malu pulak asik-asik terima saja pemberian mereka.  Rezeki datang berbagai bentuk dan rupa.. jangan tolak rezeki!   Pak Long sudah pun buatkan suatu papan yang menunjukan suhu cuaca ciptaan sendiri.  Boleh tahan juga orang rumah Mak Long....   

Bila semua siap, Mak Long letaklah atas meja.. siap bahagi seorang sepiring telor goreng scramble, cili sos dan kopi panas.  Dia punya kopi hitam tanpa gula, sendiri punya campur susu segar dan sedikit madu.  Macam itulah tiap-tiap pagi.  “Hendak ke mana pulak tu?”, dalam hati bertanya apabila nampak Pak Long bawak pinggan dan kopinya hala ke pintu.  Ooo dia hendak makan di luar rupanya...  sekejap dia masuk semula mencari sesuatu dalam laci sudu...kelam kabut nampak!

Mak Long:   What are you looking for?
Pak Long :   A fork..
Mak Long:   I have one on your plate.....
Pak Long :   I dropped it...!  (Dia buat muka tempe, gerpu di tanganya sambil berjalan tempang ke pintu).

Mak Long ikut dari belakang dengan piring telor sendiri.  Yaa Rabiiii, lantai patio lecah air kopi tumpah, dalam pinggannya pun ada air kopi ... nasib telor goreng tidak berenang!  Mak Long minta tukar sarapanya dengan Mak Long punya, tidak mahu dia.  

Mak Long:  You spilled coffee on you shirt too! Hahaha (Tidak tahan menahan tawa..  tengok bajunya basah dan buat muka mat tempe).

Pak Long :  The coffee is hot!! (Buat muka tempe lagi!)

Kadang-kadang rasa macam perangai budak-budak tua kami ini.  Allah hu rahmat dunia yang Allah kurnia... alhamdulillah.



















Thursday, August 2, 2018

Sembang Kami - Pedicure/manicure

Assalamualaikum,

Hari ini panas sungguh, panas kering 102 degrees Fahrenheit.  Petang baharu turun ke 99 degrees Fahrenheit.  Bila keluar rumah kejip-kejip mata dan bibir seringai .. panasss.  Malam pun antara 90-80 degrees.  

Petang ini panas 99 degrees F.  Setiap hari di musim panas selepas subuh kami sibukkan diri buat kerja-kerja yang perlu perhatian di luar rumah seperti siram pokok, isi bijiran dalam sangkar makanan burung, sementara cuaca belum panas terik.  Seawal pukul 9.30 pagi suhu bahang panas terik sudah bermula.  Mak Long tidak malu mengaku manja tidak tahan panas...  "permaisuri lilin" hahaha.  Pada hal di tanah air pun kan cuaca panas!

Lewat petang bahang panas berkurang sedikit bolehlah gagahkan duduk di luar sambil menikmati angin yang mula bertiup malas.....



Pete

Kami tunggu Pete, musang datang.  Memang setiap petang dia datang menagih rezekinya.  Pak Long bagi Pete makan makanan anjing yang dibelinya hari itu.  Suka tengok musang itu makan dari dalam mangkok yang disediakan.  Jinak tetapi liar seperti jinak-jinak merpati gitu.  Dia tidak takut pada orang, tetapi masih tidak mahu diusik.

Sambil itu Mak Long tengah sibuk potong kuku ... hari Khamis.

He:       How come you don't go to pedicure or manicure and have your nails done?

She:      I don't need one..

He:       Try it, you will like it...

She:      Neh neh neh... My nails are ugly..... shy lah!

He:       There is nothing wrong with your nails.  You don't have to color your nails....

She:     Please, no lah...! Waste money only.  More over I have crooked fingers...see! (tunjuk jari telunjuk yang bengkok..)

He:     My Dear, since when you care about wasting money?  Your nails!  You do what you want.