30hb September, 2017 adalah hari bersejarah dalam keluarga kami. Tarikh ini pada tahun ini genap setahun Arwah Emak pulang ke pangkuan Allah SWT. Masih segar ingatan Mak Long saat-saat akhir Arwah. Hari itu adalah hujung minggu, dua anak muda Mak Long, Busu, Pak Teh suami isteri pulang berkumpul membantu menjaga Arwah. Maka dapatlah Mak Long meluangkan masa sedikit untuk diri sendiri.
Keadaan Arwah ketika itu semakin tenat. Hampir seluruh anggota bengkak terutama kedua tangan dan kaki disebabkan hampir seluruh anggota dalaman tidak berfunsi baik. Ketika Busu memberi susu dan ubat melalui saluran sudah tidak ada tindak balas lagi. Susu keluar semula. Degupan jantung Mak Long berasa lain mungkin sudah sampai masa agaknya. Lantas kami segera bersihkan Arwah dan mengajarnya mengucap syahadah.... Emak anggok lemah..... Innalillahiwainnaillahijioon...
Al-Fatihah khusus untuk Arwah Emak tersayang.
Ya Allah, ya Rabbi, ya Al-Ghaffur ampunkanlah segala dosa Emak kami. Belas dan kasihanilah padanya. Sesungguhnya hanya Engkaulah Tuhanku sahaja yang dapat membalas segala kasih sayang, jasa dan pengurbanan Emak kepada kami adik beradik ketika kami dalam penjagaannya. Haramkanlah Emak kami dari api neraka. Tempatkanlah Emak kami di kalangan mereka orang-orang yang beriman dan solehin. Muga Emak kami tenang di sana...... Aamiin ya rabbal’alamin.

Alfatihan untuk emak
ReplyDelete