Assalamualaikum,
Cuaca sekarang selalu berubah. Oktober hingga November adalah musim luruh di mana kebanyakan pokok dedaunnya berubah warna kemerahan dan keemasan indah kemudian luruh ke bumi meninggalkan ranting-ranting togel di dahan. Ada juga pokok dedaunnya yang tidak bertukar warna sentiasa hijau di sepanjang tahun, antaranya ialah pokok ork dan ceder. Suhu pun biasanya dalam lengkongan 70 degrees sahaja. Mak Long mengemari cuaca begitu tidak panas dan tidak pula sejuk. Hanya masaalah alahan hidung berair, tekak dan mata berasa gatal sering menguasa kesihatan... Waktu ini juga beberapa jenis tumbuhan akan berbunga meriah seperti musim bunga.
Minggu-minggu lepas cuaca buruk, hujan dan ribut di kawasan Texas Hill Country di mana banyak berlaku banjir kilat. Kawasan kami alhamdulillah tiada banjir kilat dan suhu pun dalam lingkongan 70an-80an sahaja. Tetapi pada hari Isnin minggu lalu suhu berubah mendadak turun hingga ke 40an degrees Fahrenheit. Tiupan angin utara sudah sampai!! Hati berasa bimbang dan kesihan pada binatang dan ungas di luar kesejukan. Terutama pada seekor burung "hummingbird" yang sekecil ibu jari Mak Long tidak pergi pindah mengikut kumpulannya yang lain.
Hummingbird |
Pak Long: Im ready for winter!
(Mak Long toleh ke arahnya. Ya Allah... geli hati tidak dapat menahan ketawa besar! Dia pakai baju tebal, seluar tidur tebal, setokin tebal dan selipar rumah... hahaha sudah macam eskimo. Buat muka tidak semengah! Berlalu ke tingkap dan nampak hummingbird kesejukan. Mesti kelaparan tu!
Mak Long: Where are you going?
Pak Long; Waiting for my breakfast!
Mak Long: Ok. Turn on the heater already?
Pak Long: Yappp...
Mak Long: Hummingbird tried to feed on the syrup juice. She Couldn’t .. its too cold.
Pak Long: Your fault! You didn’t let me trim those flowers. They stayed for that.
Mak Long: Hahh what do you mean?
Pak Long: Hummingbirds migrate to Mexico or some warmer places during winter.
Mak Long: Silly bird! She should have gone with the rest... (rasa kesal...)
‘
No comments:
Post a Comment