Assalamualaikum,
Jerok ialah bahan makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, ikan dan daging yang diperam di dalam campuran air dengan garam atau campuran cuka dengan garam dan gula atau minyak makan dengan garam. Boleh dikatakan semua jenis bahan makanan boleh dijerok. Jerok boleh dibuat masam, masin, manis, pedas atau berbagai rasa yang dikehendaki. Masakan acar juga adalah satu dari cara jeruk samaada acar dimasak atau acar balik hari (bahan sayur yg dipotong-potong bersama dengan beberapa bahan lain seperti bawang dan cili dicampur dengan cuka, garam dan gula) .
Kaedah jerok dan acar telah lama diamalkan sejak beribu tahun dahulu sebagai langkah mengawet atau menyimpan makanan untuk tahan beberapa waktu lamanya supaya tidak busuk atau rosak. Kini ramai yang sudah memiliki peti sejuk untuk menyimpan makanan supaya tahan lama, segar dan tidak rosak. Namun jerok masih diamalkan sebagai satu bahan makanan kudapan atau lauk pauk dan lain-lain.
Cuka lazimnya digunakan dalam membuat jerok kerana ia mengandungi asid masam yang mampu membunuh bacteria yang tidak diingini dalam makanan dan proses pengawetan berlaku. Sementara garam juga berperanan penting dalam jerok. Garam boleh menjerok kering tanpa campuran dengan cuka atau air umpamanya jerok ikan (ikan masin) dan daging juga sayur-sayuran. Bahan makanan yang digaram menjalani kaedah pemeraman semula jadi di mana ia akan mengeluarkan bahan lactic acid sebagai mengawet makanan itu.
Berbagai cara membuat jerok. Antaranya bahan makanan dijerok mengandungi air dicampur dengan garam sahaja seperti membuat telor asin, cuka dicampur dengan garam seperti jerok limau nipis, atau cuka dicampur dengan air, garam dan gula atau hanya menggunakan garam sahaja terpulang mengikut cintarasa masing-masing. Ada juga terdapat jerok ikan atau daging yang dijerok dengan minyak makan dicampur dengan garam.
Beberapa kajian telah ditemui di mana, ahli-ahli sukan disarankan minum air jerok (pickle juice sport) yang mengandungi cuka dan garam sebagai sumber membantu mengubat atau menggurangkan kejak otot (muscle cramps) dalam masa yang singkat. Minuman air jerok banyak terdapat di pasaran di USA antara nama jenama tersebut ialah seperti "The Pickle Juice Company".
Jerok Limau Nipis |
maklong.....gherkin sedap.....buleh campoq dengan burger....slice panjang ataupun chopped pon best....taboq ataih salad pon jalaaannn......
ReplyDelete