Assalamualaikum,
Meatloaf |
Dua hari lalu Brenda jiran kami memberi kami sepotong besar "meatloaf" untuk musang yang setiap petang datang di patio belakang rumah. Kata Brenda mereka tidak boleh habis makan "meatloaf" itu. Rupanya Pak Long terlior tengok "meatloaf". "Untungnya Pete dapat makan sedap petang ni...", kata Pak Long.
"Meatloaf" adalah sejenis masakan yang berasaskan daging cincang sebagai “American comfort food” atau cakap mudahnya makanan yang menjadi kegemaran memberi nekmat dan keselesaan pada permakan. Kalau hendak diterjemahkan dalam bahasa Melayu lebih tepat kalau disebut roti daging. “Comfort food” di Malaysia antaranya adalah roti canai, nasi lemak dengan sambal tumis ikan bilis, telor rebus dan timun. Bila-bila boleh makan buat perut puas hati.
Menyediakan meatloaf memang tidak susah. Pak Long cakap orang puteh di Amerika dulu-dulu kebanyakan mereka dibesarkan dan diasoh dengan makanan "meatloaf" untuk makan tengahari dan makan malam. Ia boleh juga dibuat sandwiches. Menurut Pak Long lagi zaman membesarnya memang itulah makanan yang sering disediakan oleh nenek tuanya. Mengapa meatloaf? Kerana ketika itu daging lembu kisar harganya lebih murah dan mudah diperolehi di semua pasar dan tempat persembelihan.
Ramuan asas dalam masakan ini mengandungi daging kisar yang digaul dengan perisa seperti rempah ratus, bawang, tomato sos, telur dan serbuk roti. Semua bahan itu digaul hingga mesera. Selepas itu dibentuk seperti sebuku roti kemudian dibakar dalam ketuhar. Selain dari daging kisar dari lembu, ayam belanda atau kambing pun boleh digunakan. Pendeknya daripada apa jua jenis daging kisar.
Diam-diam Mak Long tanya encik google resepi meatloaf. Pernah buat beberapa tahun dulu sampai lupa caranya.
Meatloaf |
Nama resepinya ialah Glazed Chipotle Meatloaf
Bahan:
1 bawang besar dipotong dadu
1 sudu besar butter atau minyak masak
2-3 ulas bawang putih dicincang halus
3/4 cawan roti yang dihancurkan/dikisar
1/4 cawan susu segar
2 lb (lebih kurang 1kg) daging lembu kisar
2/3 cawan keju parut
2 sudu besar daun ketumbar dicincang halus
2-3 biji jerok chipotle dicincang halus *
2 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil garam halus
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 biji telor
Bahan sos chipotle*
1/2 cawan tomato sos
2-3 sudu besar chipotle cincang
2-3 sudu besar gula merah/gula melaka
Cara:
1. Panaskan ketuhar 350 F degrees (180 C). Panaskan kuali kecil, masukkan butter. Masukkan bawang dan masak 4-5 minit hingga naik baunya barulah masukkan bawang putih. Kacau hingga masak. Ketepikan biar sejuk.
2. Campur roti dengan susu hingga sebati dalam mangkok besar. Kemudian masukkan daging kisar, keju, daun ketumbar, chipotle cincang, serbuk cili, serbuk jintan manis, garam, lada hitam, telor dan bawang yang dimasak tadi. Gaul hingga sebati.
3. Sapu minyak pada cetak/acuan roti kemudian masukkan daging meatloaf ditepek-tepek dan bentuk seperti roti.
4. Campur bahagian sos dalam mangkok kecil. Sapu kira-kira setengah daripada sos itu di atas meatloaf, bakar selama satu jam. Gunakan sos lebih itu bila memakan meatloaf.
Pak Long suka makan meatloaf dengan kentang lenyek.
Nota (*) chipotle adalah sejenis cili pedas. Sekiranya tidak ada chipottle boleh digantikan dengan cili boh.
Meatloaf |
Meatloaf |
No comments:
Post a Comment