Assalamualaikum,
Dua minggu lepas jiran kami Brenda datang berkunjung ke rumah. Tahu dah memang dia kalau ketuk pintu macam hendak roboh pintu itu! Kami tidak kesah kerana memang begitu perangainya, mulut becok, bercakap bersuara kuat. Dari jauh belum nampak orangnya suara sudah dengar dulu! Perangai seperti lelaki tidak pernah nampak dia berpakaian wanita. Biarlah apa-apa pun hatinya baik dan lembut, dunia sekarang adalah dunia dia..... Pak Long buka pintu “Hello! What’s going on....?”
“Hey guys! I have these for you and Miss K..”, sambil meletakkan barang yang dibawanya di atas meja. Sepohon pokok "poinsettia" (sebut : poin seta) and seuncang cantik berisi beberapa peket bertih jagong bersira dengan beberapa perisa. Begitulah tiap-tiap tahun Brenda pasti menghadiahkan kami pohon "poinsettia" untuk kami apabila menjelang sambutan hari Natal sebagai pengirat siraturrahim berjiran, itu pendapat kami.
Setelah Brenda pulang, kami sepakat untuk membalas pemberiannya berupa barangan juga. Mak Long cadangkan “apron” untuk Brenda dan Marla pasangannya. Ada beberapa helai apron yang telah siap Mak Long buat apabila ada masa lapang. Jadi sorang satulah dapat apron. Semalam Mak Long luangkan masa untuk membuat dua uncang sebagai pembukus apron pula. Inilah rupanya:
Apron untuk Marla |
Pagi tadi sebelum ke pasar kami singgah sebentar di rumahnya dengan dua helai apron dalam dua uncang merah menyala. Kebetulan ketika kami sampai Brenda sedang sibuk dengan pokok tanaman yang senget ditiup angin kuat kemarin di laman rumah. Dua tiga hari ini angin dari utara memang kuat seperti ribut. Suhu yang sedia sejuk ditambah dengan tiupan angin menjadikan lagilah sejuk.
Mak Long serahkan bag apron kepada Brenda.
Brenda : For me! Can I open and look?
Mak Long : Sure...go ahead open it!
Lapang rasa hati dan gemar melihat gelagat dia yang penuh keikhlasan menerima.
Brenda : Which one is mine?
Mak Long : The plain red bag
Brenda : Wow! Beautiful! It is so sweet of you. Did you make it or did you buy?
Mak Long : Made it for you lah!
No comments:
Post a Comment