Pages

Wednesday, March 9, 2016

Rabu, March 9 , 2016

'Assalamualaikum,

Kami diberitahu cuaca buruk dengan hujan, ribut petir dan angin kuat akan melanda kawasan kami di Texas Hill Country.  Macam sudah musim bunga pula.... Hmmm tidak berapa lama lagi musim bungalah...  Kemarin dulu hujan tidak lebat, dapat juga Mak Long membuat riadah berjalan kaki setengah jam, jadilah....  Sebelah petangnya matahari ada tetapi suhu dingin amat sempurna.  Pak Long ajak ke Lowes gedung menyediakan pembekalan segala peralatan pembinaan yang juga ada nurseri.  Macam-macam benda dan barang ada, bawakkan sahaja duitnya atau kad plastik.  Boleh jadi gelap mata dan pitam Mak Long di situ.  Itu hendak dan yang ini pun berkenan, di situ pun mengamit suruh datang tengok dan bawalah balik.  Rambang mata betul dengan semua jenis pokok yang memikat hati.  Adalah beberapa bahan yang dibeli, beli dua beg tanah hitam yang sudah siap berbaja... 40 lb satu beg berat terkial-kial hendak angkat masuk dalam bakol beroda.  Pembantu jualan tidak nampak kelibat!  Pak Long sudah lesap dalam gedung entah cari apa agaknya.  

Mak Long pernah mengikuti kursus dan ceramah tentang penanaman jenis-jenis pokok hiasan laman yang sesuai ditanam di daerah kami.  Jadi bila memilih dan membeli walau apa jenis pokok mesti pilih yang bersesuaian dengan jenis tanah. Kebanyakan nurseri menjual berbagai jenis pokok hiasan laman yang mungkin tidak boleh hidup subur.  Tidak faham mengapa jual pokok-pokok yang tidak sesuai dengan tanah tempatan.

Lihatlah di bawah ini sedikit dari antara bunga-bunga cantik, sampai rasa naik juling mata Mak Long nengok...




Yang ini tidak sesuai ditanam, untuk buat bunga gantung bolehlah tetapi tidak tahan lama dia akan mati di musim panas.




Yang ini pun cepat mati di musim panas!




Yang ini (gambar atas) pun sama, tetapi boleh hidup di tempat yang redup dan mesti disiram selalu dalam musim panas.    

Semalam hujan lagi tetapi sebelah petangnya sama seperti kemarin.  Sempat juga dapat cabut rumput yang mula menjonggol di muka bumi.  Mak Long hendak tanam pokok bunga sedikit di depan rumah di kiri kanan tangga biar nampak berseri sedikit...hahaha... Rupanya Pak Long diam-diam bila Mak Long sibuk bersih rumah dia sudah bersihkan, kaut semua "mulch" di sekeliling pokok bunga gambar di bawa ini.  "Mulch" ialah cebisan kayu, ranting, daun yang dimesen halus dijadikan penutup keliling pokok atau batas pokok bunga).  Hasrat hati hendak tambah tanam bunga petunia.  Di tanahair ada pokok bunga petunia ini rasanya..rajin berbunga dari musim bunga hingga musim luruh.  Mak Long kena pagar supaya rusa tidak jahanamkan.  


Bunga kuning!?

Hari ini suasana cuaca buruk, gelap macam waktu subuh lagi.  Angin bertiup kuat entah dari utara atau selatankah?  Sesekali ada kilat...  Rasa pula macam keadaan di tanahair.

Malam tadi ribut, kilat sabung meyabung disambut pula dengan guruh bersabong berdentum.  Terfikir pula apa hal terjadi dengan binatang-binatang liar dan ungas di ketika cuaca buruk begini.  Tidak boleh hendak lelapkan mata.  Teringatkan anaknda Icah pula, di Dallas cuacanya selalu tidak begitu baik.  Teringat keluarga di tanah air..ok ke tidak.. kabarnya ada gerhana matahari yang berlaku empat tahun sekali..masya Allah....

Tengahari ini juga Mak Long ada janji temu berkala dengan Dr Singer iaitu doktor mata.  Tidak suka betul bila bab bertemu dengan doktor.  Sejak dulu lagi memang berat hendak melangkah jumpa doktor.  Tetapi sekarang "rasa" terpaksa jumpa doktor kiranya mahukan kesihatan terjaga agar tidak menyusahkan orang-orang tersayang.

Hari ini memang tidak berapa ceria.  Matahari tidak nampak hingga ke petang.  Suram ditambah suhu udara sejuk menyelubungi suasana buat hati pun turut sama tidak seronok.  Tidak best rasa begini kan!

Bagusnya pula suasana begini rusa tidak datang menagih jagong.  Dapatlah peluang letakkan pasu-pasu ros di tepi patio supaya dapat siraman air hujan yang turun.  Pokok tumbuhan "bluebonnet" segar dapat curahan air hujan ditambah dengan cuaca sejuk.  Bluebonnet penuh memenuhi ruang di antara garage dan dapur kami.  Nampak membesar dan mula mengeluarkan kudup pada setiap dahan kecil.  Tidak lama lagi kembanglah dia membiru di halaman.  Pernah Mak Long menulis tentang "bluebonnet" dulu  Di sini    




Bluebonnet

Bluebonnet


Selain pokok bunga bluebonnet ialah pokok Texas Mountain Laurel.  Pak Long upah seseorang tanam pokok Texas Mountain Laurel di sisi rumah tahun pertama kami pindah di Canyon Lake.  Pokok ini termasuk di antara pokok-pokok istimewa yang tumbuh melata di kawasan Texas Hill Country.  Pokok hutan sebenarnya.  Ramai yang suka pada pokok itu kemudian ditanam sebagai pokok perhiasan di laman rumah dan taman.  Pokoknya rendang berdaun hijau tua, lebat dan berbunga hanya sekali setahun.  Bunganya berwarna biru biji kundang (ungu), harum semerbak baunya.


Texas Mountain Laurel


Texas Mountain Laurel


Dua pokok tin yang sedang botak pun sudah mula mengeluarkan pucuk-pucuk hijau.  Mak Long memang suka sibukkan diri dengan tanaman.  Hati terhibur bila melihat tanaman semua menjadi.  Pokok bawang besar merah dan bawang kuning sudah meninggi, agak-agak sudah boleh petik daunnya letak dalam sop.  Nanti esok-esok boleh dipatahkan batangnya supaya isi bawang membesar pula.  Itulah rahsia Pak Long tentang bawang sekiranya mahukan isinya membesar.  Tahun lepas banyak juga dapat hasil bawang hingga tidak perlu beli di pasar buat beberapa ketika.  Pokok asparagus pun sudah naik nampaknya, nanti boleh buat sayur goreng!     


Pokok Tin
Mulch di keliling pokok

Di bawah ini ialah bawang kuning tahun lepas yang dicabut terlalu awal.  Isinya belum besar lagi.  Tidak sabar hendak cabut juga!  Sedap bawang ini dibakar atas grill makan dengan ayam panggang atau steak....  Meleleh air lior dibuatnya!

Emak pernah berkata "Tidak rugi berbudi pada bumi...akan dapat hasilnya..."

















10 comments:

  1. SubhanAllah...MasyaAllah...AllahhuAkbar...

    walaupun saya tidak minat bercucuk tanam, tapi saya seronok baca catatan Maklong ini. Terasa-rasa macam ada di sana melihat segala hasilnya...

    Kuala Lumpur sangat panas sekarang. Pakaian di ampaian cepat sahaja keringnya. Nak keluar ke hadapan rumah pun rasa perit pipi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hidup dalam zaman pencen itulah antara hiburan dan aktiviti kami berdua, Kakcik. Kalau tidak bosan juga. Cuaca pun buat masa ini alhamdulillah. Musim panas belum tahu tahap mana panasnya. Muga di Kuala Lumpur dan seluruh tanah air turunlah hujan agar selesa rakyatnya.

      Delete
  2. As Salam Mak Long
    Just as Paradise's blessings fleetingly by! Beautiful pics! Colors of spring peeking out. How nice to be surrounded by greenery again. Time spent in gardening brings in lots of dividends. Thanks for sharing!

    Hank

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Hank,

      Spring is here... We keep ourselves busy every day which incoudes walking, gardening, visiting and travelling.

      Delete
  3. assalamualaikum maklong
    cantiknya segala bunga2 tu teringin nk tanam, tpi mmg tak sesuai langsung dgn cuaca disini, hanya mampu tengok aje lah

    sesekali maklong letaklah gambar maklong jugak disamping bunga2 yg cantik tu ya hehehe jgn marah maklong permintaan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Kak Noor.

      Mak Long pening kepala bila masa nak beli jenis bunga. Nak tanam keliling rumah tapi kena bergaduh dengan rusa. Bila musim panas pula terlalu panas, pokok tak boleh hidup terlalu panas.

      Hehehe insya Allah nanti tepeklah satu gambo malu-malu kucing.

      Delete
  4. mata saya pun naik juling mak long tgk gambar2 bunga yg cantik2 tu

    ReplyDelete
  5. ribut petir dan angin kuat tu yang tak sanggup nak hadapi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ribut di sini lebih merbahaya dari di tanahair kita IM. Di sini ada tornado atau angin puting beliong. Hujan air batu pun selalu juga merosakkan atap rumah, cermin kereta dan lain-lain.

      Delete