Pages

Friday, March 18, 2016

Cuaca Mendung

Assalamualaikum,



Bluebonnet 

Cuaca suram sahaja hari ini.  Matahari segan hendak menjongol.  Pak Long kata petang ini ribut akan turun bersama hujan air batu.  Maka eloklah dikemaskan barang-barang yang boleh jadi mangsa terbang.  Hujan air batu yang turun bukannya kecil...nah sebesar bola golf.  Kalau jatuh pada cermin kereta nasiblah.... Kalau jatuh di badan kereta ..lencut-lencutlah....

Betulah kata ramalan kaji cuaca kali ini.  Sebelum senja, awan sudah gelap berarak pelahan menakong air.  Angin kuat mula menghembus mencari mangsa.  Pokok bergoyang macam hendak tercabut.  Habislah pokok bluebonnet depan dapur digoyang, ditiup menyembah bumi.  Bukan setakat itu sahaja, kilat dan petir pun sama memainkan peranan.  

Kini hujan bersama angin.  Internet sekali ada sekali hilang...kuatnya kuasa alam ciptaan Illahi.  Baiklah masuk tidur dahulu, mungkin esok keadaan bertambah baik, insya-Allah..










4 comments:

  1. Kuasa Allah tiada tandingnya maklong, semoga keadaan dh kembali reda ya subhanallah

    ReplyDelete
  2. Malaysia sekarang mengalami musim panas dengan suhu di sesetengah tempat menghampiri 40 darjah Celcius. Kolam ikan kekeringan dan banyak ikan yang mati begitu sahaja...

    ReplyDelete
  3. As Salam Mak Long,
    The weather is not that kind over here. We are in the throes of El Nino averaging 35 cels during the day. Tomorrow Mar 20 will be the Equinox, the hottest. This warmth will sustain for a few weeks apparently.

    Hank

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum...mak long
    ...rindunya tengok awan mendung...dah lama tak tengok awan mendung..hujan
    ..

    ReplyDelete