Assalamualaikum,
Tempeh adalah satu dari permakanan tradisi kegemaran orang Melayu dan orang Jawa yang telah berzaman ujutnya. Mak Long pasti tempeh berasal dari ciptaan orang Jawa dahulu. Kedatangan orang Jawa dari Indonesia ke Tanah Melayu dahulu kala membawa ilmu membuat tempeh kepada penduduk tempatan. Malah kini bukan dari kalangan orang Melayu dan Jawa sahaja yang suka makan tempeh. Orang China dan India sudah menerima tempeh sebagai sebahagian dari permakanan mereka. Akhir-akhir ini tempeh sudah mendapat tempat istimewa di kalangan penduduk Amerika Syarikat terutama mereka-mereka yang tinggal di bandar-bandar dan mengetahui khasiat tempeh. Mereka mengutamakan permakanan sihat. Sebenarnya sudah banyak pengenalan bahan makanan dari Asia seperti kelapa, kuetiaw, popia/spring roll antaranya yang mula mendapat sambutan baik di negara luar.
Kandungan utama dalam tempeh adalah seratus peratus kacang soya. Kacang soya mengandungi zat protein, vitamin B dan serat. Zat-zat itu penting untuk tubuh badan manusia juga haiwan. Penanaman dan pengeluaran kacang soya adalah satu daripada bidang pertanian utama di Amerika Syarikat. Kacang soya diproses untuk bahan makanan seperti minyak soya, mayonais, butter, makanan haiwan ternakan dan lain-lain jenis pengeluaran.
Tempeh adalah satu dari makanan kegemaran Mak Long. Makan nasi berlaukkan tempeh masak bening (masak air, perkataan sering digunakan oleh orang Johor) atau goreng cecah kicap pun sudah mencukupi. Macam-macam cara dan resepi memasak tempeh. Masak lemak lodeh kalau tidak ada tempeh, memang tidak sempurna rasanya. Di kampung apabila hendak menyambut hari raya puasa tempehlah antara bahan masakan yang paling laris di pasar Muar. Bungkusan tempeh yang belum menjadi pun berebut orang membeli untuk disimpan dan guna apabila tempeh sudah jadi.
Isteri arwah bapa saudara Mak Long bernama Mak Yam berketurunan Jawa pandai membuat tempeh untuk jualan. Keluarganya dulu memang tokey tempeh di pasar Bukit Gambir, Muar. Tempeh yang paling sedap ialah tempeh yang dibungkus dengan daun pisang atau dengan sejenis daun yang Mak Long tidak pasti namanya. Pernah Mak Yam beritahu bagaimana hendak buat tempeh.
Menurutnya, pertama sekali kacang soya dibersihkan dari barang asing seperti pasir kemudian dicuci dengan air bersih beberapa kali. Setelah bersih hendaklah direndam sehari atau dua hari dengan menukar air rendaman itu dua kali sehari sehingga kacang soya itu kembang. Setelah kacang soya kembang bolehlah dibuang kulit arinya dengan meramas kacang soya hingga tanggal semua kulit ari. Rebus kacang soya yang sudah bersih itu tanpa garam selama 30 minit. Toskan dan keringkan biar sejuk suhu bilik di dalam dulang besar. Setelah itu bolehlah meragi kacang soya dengan menggunakan ragi tempeh. Ragi tempeh jarang dijual di pasaran, tidak seperti ragi tapai yang mudah dapat dibeli di pasar orang Melayu atau Jawa. Kata Mak Yam sekiranya tidak ada ragi tempeh, gunakan tempeh yang sudah jadi itu sahaja dengan mengeringkan tempeh itu dahulu kemudian dihancurkan jadi raginya. Cara meragi ialah dengan menaburkan ragi kepada kacang soya, digaul hingga rata barulah dibungkus dengan daun, biasanya Mak Yam bungkus bahagian luar bungkusan tempeh dengan kertas surat kabar. Apabila siap membukus, simpan tempeh di tempat kering selama lebih kurang 36 hingga 48 jam. Tempeh menjadi bila kulat putih meliputi dan memampatkan rupa tempeh. Nah sudah boleh dimasak!

Mak Long pandai beli, buat tidak pernah. Mungkin sudah sampai masa untuk cuba membuat tempeh sendiri. Di Texas pasaran tempeh terdapat di kedai-kedai menjual barang makanan oganik untuk diet sihat juga dijual di pasaraya Kroger sahaja. Tempeh yang ada di Texas diusahakan oleh orang Indonesia. Tempeh dibungkus dengan plastik kemudian dikedap udara agar tahan lama (gambar atas sekali). Ada terdapat beberapa kelainan pembuatan tempeh di sini. Tempeh ditambah perisa seperti dicampur dengan beberapa jenis bijiran seperti biji flax, biji gandum dan lain-lain. Biasanya Mak Long beli lebih kemudian simpan dalam peti beku. Pak Long tidak suka makan tempeh dan tahu katanya. Itu dulu! Mak Long masak tempeh goreng bercili bersama-sama ikan bilis, kacang tanah dah kentang yang dipotong kecil-kecil. Goreng semuanya dengan minyak kemudian disira dengan sambal manis-manis sedikit. Elehh mula-mula dia jual mahal... Mak Long saja biarkan dalam mangkok atas meja dan makan sebagai kudapan depan dia. Hahaha tidak tahan Pak Long akhirnya tergoda juga dengan tempeh.
Tengok gambar mangkok di bawah sudah tinggal kekoret hingga nampak warna mangkok....
sedap...
ReplyDeleteSedap ya ...
DeleteKakcik 'peminat' tempe. Tengok gambar sambal yang Maklong buat tu, tertelan-telan airliur sendiri... :)
ReplyDeleteMak Long juga peminat tempe. Hari-hari lauk tempe pun tak apa.
DeleteYan x pandai buat tempe..tapi atuk nenek yan pengusaha tempe...
ReplyDeleteYan suka tempe masak lemak n sambal goreng tempe...
Tempe boleh dimasak macam-macam cara..sedap pulak tu.
DeleteHehehehe
ReplyDeleteLucu kisah paklong yg awalnya tak kenal tempe. Benar kata pepatah
'Tak Kenal Maka Tak Cinta'....
Rugi org tak makan sambal tempe macam mak long buat... Kan?
Hihihihi memang rugi sapa-sapa tak makan tempe
DeleteMak Long, masa saya mengandung dulu, setiap hari saya beli 4,5 keping tempe goreng berempah di kafe sebagai kudapan. Mmg syok.sungguh.
ReplyDeleteOoooo ye ke? Tempe memang ada banyak khasiatnya.
Deletesaya suka makan tempe masak lemak pekat pekat. campur sahun dan sayur hijau...
ReplyDeleteItu macam masak lodeh je IM
DeleteAs Salam Mak Long,
ReplyDeleteIt's versatility is endless. However way cooked or fried tempeh will always be yummy!
Hank
Waalaikumsalam Hank,
DeleteTempe adalah makanan kelasik kepada orang kita.