Assalamualaikum,
Dua hari lepas Brenda jiran kami datang hendak pinjam mesen ketam rumput. Katanya mesen dia rosak sudah puas dia cuba menghidupkan tidak berhasil. Katanya lagi dia terpaksa beli sahaja mesen baru. Hendak tolong potong rumput depan rumah Leo. "I help you.....", kata Pak Long sukarela lalu mengambil mesen " grass trimmer" (mesen perapi rumput) sementara Brenda tolak mesen rumput. Sama-sama mereka berjalan menuju ke rumah Leo di seberang jalan sahaja. Mak Long berat tulang kali ini, cuma duduk di buaian di sisi rumah melihat mereka berkerja dari jauh. Hendak rehat sebentar lepas cabut rumput. Musim hujan rumput berebut-rebut tumbuh di batas tanaman. Ketika itu Leo tiada di rumah. Hendak buat kejutanlah kononnya agar bila Leo balik kerja memotong rumput sudah siap. Tidak payahlah bagi tahu Leo siapa yang potongkan rumput depan rumahnya.
Kerja kuat |
Leo seorang yang sudah berumur juga. Melalui raut muka dan pergerakan kakinya mengatur langkah seperti anak baru pandai berjalan itu mungkin umurnya sudah melewati lapan puluh tahun lebih. Mengidap kencing manis, penyakit biasa idapan omputeh di Amerika. Pengelihatan matanya tidak berapa jelas terutama mata kirinya boleh dikatakan buta terus. Tidak tahulah macam mana dia boleh nampak ketika memandu truck besarnya itu. Isterinya meninggal dunia sudah hampir tiga tahun lebih kerana mengidap barah. Keluarga terdekatnya pula tidak pernah menjengok sejak kematian isterinya. Hidupnya hanya bertemankan dengan seekor anjing jenis "the winnie dog" bernama Heldi sejenis anjin kecil berbadan panjang berbentuk seperti "hot dog" dan berkaki pendek. Gemoknya anjing itu apabila berjalan perutnya menyeret ke tanah. Terlalu banyak diberi makanlah agaknya. Setiap pagi dan petang kalau tidak hujan Leo membawa si Heldi keluar depan rumah dan di tepi jalan. Rantai panjang diikat di leher Heldi agar ia tidak lepas merayau ke arah lain. Bukannya jauh pun perginya hanya dalam lima, enam ela dari simpang rumahnya kemudian pusing balik. Kadang-kadang Leo berhenti di hadapan rumah Brenda agaknya harap-harap Brenda duduk di luar rumah atau berkerja di laman rumah. Dia suka pada Brenda hahahaha.... Pasti Brenda perasaan juga yang Leo sukakan dia.. Janganlah mengorat sangat pada Brenda ya Leo nanti Marla marah kalau dia tahu ....
Hari ini pula Pak Long tengok-tengokkan mesen rumput Brenda pula. Satu jam kemudian brooomm bunyi mesen itu. Bukan main gembira Brenda .... "Yeay, I don''t have to buy a new lawn mow.... Thank you. I know you won't let me pay.... I buy y'all lunch!...."
Kebetulan ketika Pak Long sedang memperbaiki mesen rumput, sebuah truck putih perlahan-lahan berhenti di hadapan garage kami. Leo rupanya! Ada oleh-oleh di tangannya. Berhati-hati dia mengatur langkah supaya tidak tersilap langkah. "For you good neighbours!...." sambil mengunjukkan beg kecil kepada Mak Long.
"You don't have to do that Leo.... We are happy to be of help ..... just let us know any time you need us..." Kata Pak Long.
"Ya Leo....." kata Brenda pula.
Leo senyum lebar, "I need a woman...." Kacau weii...
Kebetulan ketika Pak Long sedang memperbaiki mesen rumput, sebuah truck putih perlahan-lahan berhenti di hadapan garage kami. Leo rupanya! Ada oleh-oleh di tangannya. Berhati-hati dia mengatur langkah supaya tidak tersilap langkah. "For you good neighbours!...." sambil mengunjukkan beg kecil kepada Mak Long.
"You don't have to do that Leo.... We are happy to be of help ..... just let us know any time you need us..." Kata Pak Long.
"Ya Leo....." kata Brenda pula.
Leo senyum lebar, "I need a woman...." Kacau weii...
Hah Pak Long pulak sudah jadi tukang baiki mesen potong rumput! Teringat pulak satu movie berjodol "The Sling Blade" dibintangi oleh Billy Bob Thornton. Hidup dan berkesan lakunannya. Best movie ini. Sudah empat kali Mak Long nonton movie ini.
Cabut rumput |