Assalamualaikum,
Mak Long perasan berasa ada seseorang atau sesuatu memerhatikan kami di waktu pagi. Ada juga rasa seriau sesekali tetapi Mak Long tidak hiraukan. Berfikir itu hanyalah bayangan permainan perasaan pepagi sejuk hendak bangun keluar dari selimut gebar yang hangat menyelubungi tubuh. Di 'bilik kecil' semacam ada sahaja mata memerhati dari luar... Apakah agaknya? Sementara itu kebiasaan Mak Long pusing kepala paip di singki besar-besar tunggu air suam keluar dari batang paip. Mak Long toleh ke tingkap sebelah kanan di mana terasa ada mata mengintai! Rupa-rupanya .... Nak tau apa??? Dia berdiri tegap semacam patong menghadap tingkap 'bilik kecil'. Tidak nampak jelas kerana masih gelap!
Mak Long ambil gambar dia pun tidak beralih malah bergerak semakin rapat ke tingkap bilik tidur kami!
Toya saja muka suka mengintai.....!
Dengar pintu belakang berkiut dibuka, cepat-cepat dia lari menuju ke belakang....
Setakat ini ada enam ekor rusa jantan bertanduk cantik datang makan jagong yang Pak Long tabur setiap pagi. Apabila mereka makan, rusa betina tidak dekat... Kena kejar tidak berbaloi kena tanduk. Jinak tetapi liar...........
Sekarang adalah musim memburu, maka ramailah pemburu berusaha untuk mendapatkan tanduk-tanduk cantik mereka. Itu belum tentu mereka akan makan daging buruan! Maka itulah sebabnya banyak rusa datang di kawasan rumah kami berlindung diri. Seolah-olah mereka tahu pemburu tidak dibenarkan memburu binatang berhampiran dengan kawasan perumahan.
Mungkin agaknya mereka minta dilindungi dan dikasihani... :)
ReplyDeleteassalamualaikum mak long...baru tahu rusa makan jagung..ingat yan rusa makan pucuk pokok je
ReplyDeleteSalam Mak Long, saya ni pencinta haiwan...jadi sudah tentu rasa simpati jika rusa rusa tu diburu semata mata untuk tanduknya :-(
ReplyDeleteMoga mereka selamat berlindung di rumah mak long
awas tanduknya...
ReplyDeleteselain buat ubat, boleh buat hiasan dinding...