Pages

Monday, December 28, 2015

Nota Persediaan Menghadapi Musim Sejuk

Assalamualaikum,


Ungun api

Alahaii.... bila musim sejuk datang kami pastikan membuat beberapa persediaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan masaalah berlaku.  Setiap hari mesti melihat dan meneliti ramalan cuaca yang berubah-ubah.  Tidak semestinya semua ramalan yang diberi itu menepati apa yang diramalkan, kerana segalanya adalah ketentuan yang maha Pencipta.  Maka tugas kami bersedia terlebih awal, kalau sudah bersedia dan terjadi juga perkara yang tidak diingini barulah dikatakan takdir!

Ramalan kaji cuaca meramalkan dalam dua minggu ini daerah kami akan mengalami cuaca buruk, hujan lebat berair batu, angin kuat tiupan dari utara dan yang amat ditakuti ialah angin puting beliong (tornado).  Dua hari lepas angin puting beliong telah meranapkan beberapa kawasan di Dallas.  Ramai yang kehilangan harta benda dan tempat berlindung.  Syukur alhamdulillah rumah Icah, anak kami tidak apa-apa berlaku walau pun tempat berlaku itu terlalu hampir dengan rumahnya.  

Awal-awal lagi kami selimutkan pokok-pokok yang mungkin rosak terkena cuaca beku (freeze), seperti pokok jambu batu, pokok limau purut dan pokok tin yang masih muda.  Pokok serai sudah dibungkus rapi begitu juga pokok cili dan bunga raya.  Pokok-pokok lain seperti paku/pakis (ferns), anak pokok kepaya tidak perlu diselimut kerana letaknya dalam pasu di beranda hadapan menghadap sebelah selatan terlindung dari angin utara.

Tugas Pak Long kena tutup semua kepala paip di luar rumah dengan penutup khas boleh dibeli dari kedai.  Pastikan tong gas penuh untuk pemanas udara sekiranya kuasa letrik terputus.  Tahun pertama kami tinggal di daerah Hill Country, kami tidak bersedia.  Bila cuaca menurun sejuk aras beku, air dalam batang paip beku menyebabkan saluran batang paip pecah.  Akibatnya tiada bekalan air selama seminggu!









2 comments:

  1. mak long cuba ambik gambar pokok2 yang dibungkus...yan nak tengok:-))

    ReplyDelete
    Replies
    1. In-sya Allah, esok kalau tak hujan Mak Long amik gambar

      Delete