Assalamualaikum,
Akhir-akhir musim luruh tahun ini tidak seperti tahun-tahun yang lepas. Maksudnya cuaca tidak seburuk hingga merosakkan tanaman membuat tanaman habis melecur kerana kesejukan. Lazimnya semua tanaman di kebun mesti dilindungi dengan menutup tanaman dengan kain gebar buruk atau plastik lebar sebagainya. Tahun ini baharu satu kali belaku kesejukan beku (freeze) di tempat kami...alhamdulillah. Tanaman seperti serai, keladi dan pokok jambu batu Mak Long selamat. Harapan Mak Long agar musim sejuk juga tidak teruk tahun ini...mudah-mudahan.
Pokok jambu batu baru hendak hidup |
Pokok tumbuhan liar "bluebonnet" iaitu bunga kebangsaan Texas telah mula tumbuh melata dengan biak di depan rumah sejak awal bulan Oktober dan November. Pokok bluebonnet memang tumbuh dalam musim dingin dan sejuk. Lagi sejuk, lagi menjadi dia. Bunganya berwarna biru akan mula berkembangan dalam di akhir musim sejuk hingga musim bunga.
Setiap musim panas di mana kami tinggal sering mengalami kemarau teruk yang berlarutan hingga beberapa bulan tanpa hujan. Biasanya majlis perbandaran mengeluarkan undang-undang tidak membenarkan membakar di kawasan rumah atau di kawasan-kawasan lapang. Semua pokok-pokok yang Pak Long tebang di sekeliling kawasan rumah terpaksa dilunggukkan beberapa tempat sehingga semuanya jadi kering berdenting. Kononnya dahan dan ranting itu nanti hendak di mesen halus sahaja untuk jadikan sungkup (mulch). Tetapi sampai la ni tidak berusik, sudah kering payahlah hendak dimesen, nanti habuk pulak berterbangan, buat semua orang dapat batok! Sungkup itu nanti akan digunakan untuk menutup keliling pokok di mana ia membantu melindungi kelembaban keliling pokok dari kering. Tetapi tidak menjadi...... Apabila musim luruh sudah tiba dan cuaca pula mulai dingin maka undang-undang "burn ban" dilongarkan. Pak Long mencongak-congak berapa longgok unggun hendak dibuat untuk memerun semua kayu keringnya. Longguk-longguk itu pula mesti tidak terlalu besar agar mudah menjaganya, maklum semuanya kering. Sedang kami berborak-borak tentang tugas itu, jiran kami Brenda yang pindah tetap beberapa bulan lalu muncul dengan lenggang seperti lelaki! Pernah membuat anteri berkenaannya dahulu. Di sini
"What y'all doint...?" Sapanya dengan loghat orang Texas. Senyuman di bibirnya tidak pernah lekang. Kami ceritakan rancangan kami itu kepadanya. "I will help you! Let's do it!" Whaaa ini peluang sudah sangat baik, bak kata pepatah orang mengantuk disurungkan bantal.
Rupanya Brenda memang seorang yang ringan tulang. Tidak kira apa jua kerja dia suka membantu. Jiran kami di sebelah tidak jauh itu pun Brenda bantu bersihkan laman rumahnya. Sifat dirinya sahaja wanita, tetapi tenaga dan gaya hidupnya seperti seorang lelaki. Pak Long berbisik pada Mak Long, "I have to watch her not to get too close to my wife!" Hahahaha Pak Long nih ke situ pulak fikirnya.....
Kerja memerun dimulakan dengan tiga lunggun. Setiap lunggun Pak Long sediakan air agar api yang marak terkawal. Tetiba angin pula mula bertiup, hai bimbang juga takut api melarat.
Bluebonnet |

Pak Long siram air keliling ungun api |
Kerja memerun dimulakan dengan tiga lunggun. Setiap lunggun Pak Long sediakan air agar api yang marak terkawal. Tetiba angin pula mula bertiup, hai bimbang juga takut api melarat.
Brenda at work! |
Berihat |
Brenda menyatakan, dia mahu Marla iaitu rakan kongsinya juga merasa beehoon goreng. Adalah lebih sedikit beehoon goreng itu, dapat juga Mak Long bekalkan untuk Marla. Menurutnya Marla suka makan makanan yang pedas-pedas, jadi Mak Long tambah dengan cili hiris sekali. Marla kini sudah dapat kerja baru di sebuah kelinik di San Antonio. Beliau bertugas sebagai jururawat bertauliah. Marla pula kuat bercakap dan ramah. Sifatnya penuh kewanitaan....
Manusia di muka bumi ini mempunyai pelbagai ragam, tabiat, kepercayaan dan adat resam. Kita adalah ciptaan Allah SWT yang paling istimewa. Demi itu perlulah setiap insan itu hormat menghormati antara satu sama lain, mudah-mudahan berjaya hidup dalam suasana aman dan damai.
Unggun Api |
Berbalik kepada kerja membakar tadi, habis kerja itu hingga lewat petang kira-kira pukul lima. Musim sejuk waktu siang lebih pendek dari waktu malam.
Unggun yang hampir malap |
mak long boleh hidup juga eik pokok jambu serai keladi dekat texas....baru tahu
ReplyDeletebrenda mesti sambil makan sambil tanya soalan pasal mee goreng kan mak long
It is good to know that neighborly feelings still intact among neighbors there. Bee-hoon is always a treat and even in Texas! Good to know!
ReplyDeleteHank