Assalamualaikum,
Sudah dua hari kesihatan menganggu pergerakan Mak Long seharian. Tidak banyak dapat dilakukan untuk berkemas rumah dan aktiviti sebagainya. Adakah kesihatan yang sakit itu tanda salah satu dari cara Allah mencuci dosa-dosa hambanya? Subhanallah.. Doktor masih belum dapat memastikan apakah sebabnya. Setelah menjalani beberapa ujian terperinci oleh doktor pakar jantung, Mak Long menpunyi dengutan jantong tidak menentu. Ubatan telah diberi dan makan tetapi masih tiada perubahan. Jadi ada kalanya duduk depan pc sahajalah mengikuti pergerakan kawan-kawan dan keluarga melalui sesawang facebook. Terhibur juga membaca coretan dan gelagak mereka.
Hari ini Mak Long hanya letak muatkan beberapa gambar sekeliling dan berhampiran dengan kediaman kami iaitu di Canyon Lake, Texas. Dulu pernah Mak Long menulis sedikit tentang Canyon Lake. Klik Disini
Unggun Api |
Kadang-kadang kami suka unggun api dalam rumah di musim sejuk sambil-sambil nonton TV atau membaca.
Canyon Lake |
Canyon Lake |
Dalam musim luruh setengah dari pepohon daun-daunnya bertukar warna dan luruh ke bumi menjadikan gondol hingga ke musim bunga. Di Canyon Lake warna dedaun yang luruh tidak begitu tetang warnanya seperti yang lazim terdapat di sebelah utara negara.
Pokok Cypress |
Pokok cypress adalah satu dari pokok-pokok yang hidup di tepian air baik di Sungai Guadalupe mahu pun di pinggir Canyon Lake.
Bangunan empangan Canyon Lake mengawasi keluar masuk air dari tasik. Air di tasik ini telah banyak susut oleh kerana kemarau yang selalu melanda di kawasan kami kini.
Tangga di Canyon Lake |
Tangga ini digunakan turun naik untuk pekerja empangan dan mereka yang suka berjalan kaki di sisi Sungai Guadalupe. Di sebelah kirinya sebuah bangunan empangan air (gambar di atas)
Sungai Guadalupe (1) |
Sungai Guadalupe (2) |
Sungai Guadalupe mengalir terus ke Canyon Lake. Sungai ini panjang dan mempunyai beberapa cabang yang juga mengalir ke Canyon Lake. Gambar-gambar Sungai Guadalupe (1) dan (2) diambik tempat yang sama hanya berlain musim. Gambar (1) diambil ketika musim luruh dan gambar (2) musim bunga hampir musim panas. Satu-satunya tempat kami sering berjalan kaki meredah bukit bukau di sisi sungai ini di musim panas untuk tegangkan urat yang hampir hendak putus.
Mambang Senja |
Apabila cuaca baik, cantik dan panas boleh dikatakan setiap hari kami dapat menikmati mambang senja menutup tirai untuk matahari beradu.
Rusa |
Banyak hidupan liar terutama rusa berekor putih di sekeliling kawasan kediam juga di kawasan Canyon Lake, Bila sudah terlalu banyak mereka ini menjadi musuh ketkat bagi penduduk di kawkaksan ini. Mereka merosakkan tanaman. Apa pun disembur atau disapy pada pokok dan tumbuhan habis disapu oleh rusa lapar.
Cactus |
Tanaman cactus Pak Long sudah jadi macam ini hasil dari kerja rusa. Rusa jantan garu tanduknya pada pokok-pokok tajam sampai berdarah-darah kepala mereka.
Mak Long suka kutip kata-kata seperti ini. Kalau difikirkan ia mengandungi makna yang mendalam untuk kesedaran diri.
No comments:
Post a Comment