Assalamualaikum,
Hari ini lambat sedikit Mak Long keluar untuk beriadah berjalan kaki. Jam 10:00 pagi baharu keluar rumah. Cuaca lebih sejuk dari semalam. Suhu pagi tadi menunjukkan angka 29 degrees fahrenheit atau lebih kurang -1.7 celsius. Kenalah pakai baju lebih tebal dari semalam, berseluar dalam termal panjang di samping seluar trek tebal sebelah luar. Sudah macam penguin gemok rupa Mak Long hahaha...kelakar rupa orang tua ni! IPod kecil tidak pernah lupa bawak sekali. Kalau tidak dapat dengar musik tidak sah berjalan sendirian.
Laluan Riadah Jalan Kaki |
Pemandangan tasik itu ialah Canyon Lake. Mak Long suka beriadah di kawasan ini, tidak berasa bosan menikmatinya.
Hari ini juga adalah hari orang-orang beragama Kristian menyambut perayaan hari Natal atau lebih dikenali dengan Hari Christmas. Menurut kepercayaan mereka 25hb December adalah hari kelahiran Nabi Isa AS. Sebenarnya tiada siapa dapat menentukan kesahihan tarikh tersebut. Jalanraya yang dilalui lengang boleh berjalan dengan tutup mata. Ya .. Benar ni Mak Long jalan pejam mata, depangkan tangan seolah-olah mengembngkan sayap macam burung hendak terbang. Mak Long menarik nafas panjang-panjang menyedut angin bersih pagi puas-puas mengisi rongga-rongga dada beberapa kali... Aduh enaknya, rasa segar dan damai di kalbu. Mak Long gemar berjalan kaki sendirian, boleh lihat alam sekeliling Mak Long, boleh berfikir sendirian tanpa gangguan, boleh berhenti melihat dan menikmati keindahan bumi kaya kepunyaan Illahi tanpa teguran sesiapa.
Semua rumah di kawasan ini besar-besar dan bersih belaka. Cantik-cantik seni binaannya dengan lanskap yang dibuat khas mengikut pilihan dan kegemaran masing-masing. Ada juga rumah yang penuh semak dengan tumbuhan liar, tetapi masih juga ada nampak tarikan semula jadi.
Sebelum perayaan Christmas tiba, mereka sibuk menghias rumah-rumah dengan lampu bermacam-macam warna dan rupa. Bukan setakat rumah sahaja yang dihias malah pokok-pokok yg tinggi di kawasan rumah pun dibuat sama. Gate dan pagar rumah serta kenderaan mereka juga dihias dengan reben warna merah menyala bersama dengan lengkaran panjang warna hijau tua dililit pada pagar dan dinding rumah. Depan pintu rumah pula digantung dengan "wreath" (Ooo Mak Long tidak ingat apa nama dalam bahasa Melayunya... malunya), iaitu lingkaran bulat seperti lingkaran yang diletakkan diperkuburan. Kelainannya lingkaran itu dibuat dari daun hijau kemudian disematkan dengan reben merah dan bijian seperti buah berry/cherry berwarna merah juga. Seperti orang China pula suka warna merah bila mereka menyambut hari perayaan tahun baharu mereka. Waktu malam lampu-lampu ini dinyalakan sepanjang malam, cantik dan keadaan begini mengingatkan Mak Long bila menyambut Hari Raya Idilfitri di kampung. Meriah....
"Figurine" |
Setiap hari jalan kaki, Mak Long lewati Jalan Night Hawk Circle. Jalan ini pendek sahaja tetapi sangat curam turun bukit tinggi. Hanya ada dua buah rumah sahaja di sini. Yang menarik perhatian Mak Long kedua-dua buah rumah di sini ialah rumah pertama itu di tepi jalan masuk ke rumah memperlihatkan beberapa "figurine" iaitu patong-patong mengambarkan rupa Mariam ibu Nabi Isa AS sedang memangku bayi, agakny Nabi Isalah tu kot. Di samping patong Mariam diletakan satu patong lelaki, anak kambing, kuda dan tiga lagi patong di hadapan mereka berpakaian umpama orang berpangkat besar.
Rumah yang kedua pula di tepi jalan ke rumah dihias dengan dua buah lampu nion yang dibentuk seperti 'angel' berkepak sedang meniup trompet, empat ekor rusa dan elk sedang mengheret kereta "sledge". Bahagian rumah pula sarat dihias dengan berbagai bentuk patong dan lampu neon. Hmmm memacam. Itu kepercayaan mereka!!
Di kepala berfikir juga, mereka itu semuanya berilmu dan berpelajaran tinggi dan luas pengetahuan, tetapi mereka tidak boleh terfikir atau sedar kebenaran yang ditunjukan terang lagi nyata oleh Allah. Itukah yang dikatakan mereka belum dapat sinar pertunjuk dari Nya... ??
Dua Angel, Rusa dan Elf |
Rumah yang kedua pula di tepi jalan ke rumah dihias dengan dua buah lampu nion yang dibentuk seperti 'angel' berkepak sedang meniup trompet, empat ekor rusa dan elk sedang mengheret kereta "sledge". Bahagian rumah pula sarat dihias dengan berbagai bentuk patong dan lampu neon. Hmmm memacam. Itu kepercayaan mereka!!
Di kepala berfikir juga, mereka itu semuanya berilmu dan berpelajaran tinggi dan luas pengetahuan, tetapi mereka tidak boleh terfikir atau sedar kebenaran yang ditunjukan terang lagi nyata oleh Allah. Itukah yang dikatakan mereka belum dapat sinar pertunjuk dari Nya... ??
Seperti biasa bila sampai di suatu sudut Mak Long berhenti buat beberapa minit menikmati keindahan Canyon Lake yang boleh dilihat dari tempat Mak Long berdiri. Airnya kelihatan biru, tenang dan damai. Indah!
Selepas Zohor Pak Long tanya kiranya mahu menemaninya beriadah berjalan kaki di tepi Canyon Lake. Mak Long tidak menolak walaupun terasa letih sedikit. Kami mengikut trek berjalan kaki di Madrone Trail letaknya di hadapan Canyon Lake.
Banyak lorong dan simpang yang boleh dilalui, juga ada tanda berapa jauh perjalanan sebagai panduan pejalan kaki. Ada juga orang kayoh basikal di sini. Jalan tidak rata berbatu kekel, kena tengok jalan kalau tidak mahu tersepak batu atau kayu. Tersungkur nanti! Mesti tidak selesa bila kayoh basikal di sini!
Selepas Zohor Pak Long tanya kiranya mahu menemaninya beriadah berjalan kaki di tepi Canyon Lake. Mak Long tidak menolak walaupun terasa letih sedikit. Kami mengikut trek berjalan kaki di Madrone Trail letaknya di hadapan Canyon Lake.
Madrone Trail |
Madrone Trail |
Banyak lorong dan simpang yang boleh dilalui, juga ada tanda berapa jauh perjalanan sebagai panduan pejalan kaki. Ada juga orang kayoh basikal di sini. Jalan tidak rata berbatu kekel, kena tengok jalan kalau tidak mahu tersepak batu atau kayu. Tersungkur nanti! Mesti tidak selesa bila kayoh basikal di sini!
Pak Long Beriadah |
Padang Lapang |
Setelah kira-kira sebatu berjalan kami sampai di sini tanah lapang berpagar (gambar di atas). Tiada apa-apa di situ .. tempat apa entahlah...
Cactus Liar |
Apabila berjalan di sini mesti berhati-hati kerana ada banyak tumbuhan cactus liar. Durinya tajam dan sangat bahaya kalau tersepak atau terjatuh ke atasnya... Mata Mak Long pula bila berjalan menilau sana sini dan lambatlah langkak yang dihayun membuat Pak Long berhenti menunggu. Tahu sangat Pak Long sayang pada isterinya......
Canyon Lake |
Pemandangan cantik Canyon Lake dari sebelah utara. Mak Long hampir tersunkur di sini sebab mata tidak berkelip toleh dan pandang ke situ. Sebenarnya bukan sekali itu sahaja hendak tersungkur ... banyak kali!, tetapi nasib baik menyebelahi Mak Long kali ini.
Paip Air Minum |
Kami berjalan kaki hampir dua batu. Kaki dan lutut Mak Long terasa longeh sudah berat hendak melangkah. Pagi tadi kan Mak Long sudah berjalan kaki. Kira-kira hari ini Mak Long sudah berjalan sejauh empat batu lebih!! Akhirnya kami keluar dan adalah pulak jumpa paip air minum yang disediakan untuk semua pengguna. Kami tidak minum! Pak Long lebih suka minum coke, jadi kami terus ke kedai pam minyak yang kebanyakannya tutup. Cuti am kan. Nasiblah ada sebuah pam minyak dibuka. Mak Long nampak ada air kelapa muda campur nenas dalam kotak... Laju sahaja jari ini mengambilnya. Hmmmm sedapnya...
subhanallah cantiknya tasik tu..sejuk aje mata memandang...maklong panas diluar negara sama panas tak dimalaysia..
ReplyDeleteiryanty ahamad, alhamdulillah satu dari nikmat yang Allah cipta, keindahan untuk hambanya. Sekarang adalah musim sejuk di Texas kerana mempunyai empat musim. Di tempat kami pada musim panas adalah panas kering seperti terdapat di Mekah, Saudi Arabia hanya tidak berabuk.
DeleteAssalamualaikum kak
ReplyDeletesalam kenalan'saya follow ye
http://www.coretanhatiibu.com
Waalaikumsalam CikAnie. Terima kasih sudi jengok blog Mak Long. Silakan 'follow' dan insya Allah Mak Long mengikuti coretanhatiibu.
Delete