Assalamualaikum,
Catitan Harian:
12hb November, 2014
HQ anak lelaki Mak Long katanya beliau sangat seronok dapat melawat Big Bend National Park Klik Di sini dan mengucapkan terima kasih kepada kami. Kini tiba masanya untuk kami beredar dari Bandar Alpine pulang ke rumah. Tetapi sebelum itu, Pak Long cadangkan kami singgah melihat sebuah gua iaitu satu dari tempat menarik untuk dilawati. Tambahan sudah satu jalan tidak perlu belok-belok ke tempat lain. Gua itu dinamakan The Caverns of Senora. Gua Señora diiktirafkan sebagai satu dari gua tercantik dan unik di dunia. Ia terletak di antara Big Bend National Park dengan Bandar San Antonio, Texas. Lebuhraya penghubungnya ialah I-10. Cuaca pada hari itu pula sangat-sangat sejuk antara 30-35 degree fahrenheit. Sejuk sampai ke tulang!
Tu dia.... Buka dan tolak sahaja muka pintu kereta kami cepat-cepat keluar terus masuk ke bangunan yang menjadi bangunan utama di situ. Ia menyediakan jualan tiket untuk masuk ke gua juga kedai cendera mata dan lain-lain. Nasib baik tidak terpijak kaki burung merak yang sedang melangot di muka pintu. Berbagai jenis cendera mata seperti barang perhiasan dari batu permata dan lain-lain ada tetapi harganya tinggilah sedikit. Pekerja-pekerja di situ sangat ramah. Mereka menyambut kami dengan mesera. Dengarnya mereka di situ ada sekeluarga menjalankan perniagaan pelancungan melawat The Caverns of Sonora.
Pak Long membayar tiket untuk masuk ke dalam gua dan kami disediakan dengan seorang juru pelancung khas untuk kami sekeluarga bersama dengan empat orang luar lagi. Kami dinasihatkan tidak memakai pakaian panas kerana jelasnya suhu dalam gua panas dan kami tidak dibenarkan membawa tas tangan atau apa-apa barang yang akan menganggu lawatan kami di dalam gua. Sebelum itu Pak Long tidak melepaskan peluang membeli "fudge brownie" yang sesungguhnya sangat sedap dan manis serta lemak. Aduhai..bertambahlah lemak badan!
Melihat keadaan dalam gua dengan lorong yang sempit hanya lulus untuk seorang berjalan, baharulah Mak Long faham mengapa kami tidak dibenarkan membawa tas tangan atau barang-barang lain yang boleh mengganggu formasi di dalam gua tersebut.

Pintu Masuk The Caverns of Sonora |
Lorong masuk dalam gua The Caverns of Sonora |
Melihat keadaan dalam gua dengan lorong yang sempit hanya lulus untuk seorang berjalan, baharulah Mak Long faham mengapa kami tidak dibenarkan membawa tas tangan atau barang-barang lain yang boleh mengganggu formasi di dalam gua tersebut.
Dalam Gua The Caverns of Sonora |
Di dalam The Caverns of Sonora di suatu sudut terdapat kumpulan formasi menyerupai bentuk kupu-kupu besar. Bentuk formasi istimewa itu dikatakan hanya di situlah sahaja terdapat di dunia ini. Juru pandu memberitahu kami, pada 21hb Novemver, 2006 satu daripada formasi rama-rama besar telah dipatahkan oleh seorang dari pengunjung yang datang ke situ. Kira-kira 60% dari kepak rama-rama itu telah dikopakkan mencacatkan rupa rama-rama tersebut. Pihak tuan punya The Caverns of Sonora telah menawarkan sejumlah USD20,000.00 kepada sesiapa yang dapat membantu mendapatkan semula kepak rama-rama tersebut. Oleh kerana formasi rama-rama itu masih aktif and ia boleh tumbuh semula tetapi tidak tentu akan tumbuh berbentuk kepak rama-rama. Sekiranya kepingan yang dipatahkan itu ditemui ia masih boleh dilekatkan semula. Menurut kata pemandu itu lagi, orang yang melakukan kejahatan itu telah ditangkap dan dipenjarakan tetapi patahan kepak rama-rama itu masih tidak ditemui.
Formasi bentuk rama-rama yang patah sayap The Caverns of Sonora |
Dalam The Caverns of Sonora |
Kolam air The Caverns of Sonora |
Sungai dalam gua The Caverns of Sonora |
Formasi seperti susu meleleh di kaki gua The Caverns of Sonora |
Formasi menyurupai titisan The Caverns of Sonora |
Formasi menyurupai berus botol The Caverns of Sonora |
Cahaya seperti kayangan The Cavern of Sonora |
The Caverns of Sonora |
Jalan keluar The Caverns of Sonora |
Pintu keluar The Caverns of Sonora |
Suka Mak Long hendak kongsi tentang lawatan ini melalui Utube.
salam kenal maklong...subahanallah..cantiknya bentuk rama2 tu..
ReplyDeleteWaalaikumsalam Puan irayanty ahamad kerana sudi jengok-jengok blog Mak Long. Terima kasih. Salam berkenalan juga diucapkan dan Mak Long suka membaca blog iryanty.
DeleteMak Long pun sangat tertarik dengan cipatan Illahi yang berbagai rupa dan bentuk. Kalau dilihat dengan mata sendiri rama-rama itu seolah-olah mahu terbang saja.
Salam Mak Long. Salam perkenalan. Saya sering juga mengikuti pengalaman kembara mak long. Kali ni memang menakjubkan dn tak terbayang keajaiban ciptaan Allah yg tersembunyi.. Terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman
ReplyDeleteWaalaikumsalam Fauziah Norman, salam perkenalan disambut dan diterimah dengan senang hati. Terima kasih banyak-banyak kerana sudi jengok blog Mak Long. Tidak dapat kita nafikkan betapa begitu ciptaan Allah yang disebarkan Nya di merata...Subhanallah.... Bila kita jumpa baik yang indah dan buruk eloklah kita berkongsi bersama. Insya Allah setiap tempat yang Mak Long lihat akan Mak Long turunkan di blog ini.
DeleteAssalamualaikum Mak Long...salam ziarah dan salam ukhuwah dari BUNDA...
ReplyDeleteWaalaikumsalam Bunda. Terima kasih dan rasa senang hati kerana Bunda dapat jengok blog Mak Long. Muga bertemu lagi di blog Mak Long.
Delete