Assalamualaikum,
Pokok Texas Silver Sage menjadi kegemaran Pak Long paling utama. Kalau boleh beliau hendak tanam pokok ini setiap tempat lapang di kawasan rumah. Kenapa Pak Long memilih pokok ini? Pokok ini tidak digemari rusa liar yang sentiasa berkeliaran di kawasan kediaman kami, jadi tanaman seperti ini terselamat dari dirosakkan rusa. Pokok ini juga suka dan tahah cuaca panas terik dan sejuk. Ramah berbunga sangat lebat, dan selalunya lebih bunga dari daun. Ia juga mudah ditanam dan menjaganya senang tidak perlu disiram setiap hari melainkan ketika baru-baru ditanam. Pendeknya ia tidak memerlukan penjagaan yang rapi. Setahu Mak Long pokok ini sentiasa berbunga sepanjang bulan Jun hingga ke Oktober dan berhenti berbunga dalam musim sejuk.
|
Texas Silver Sage |
|
Texas Silver Sage |
|
Texas Silver Sage |
|
Texas Silver Sage |
|
Texas Silver Sage |
|
Texas Silver Sage |
|
Texas Silver Sage |
|
Texas Silver Sage |
baru ambil keratan pokok ni di rumah emak. Harap boleh hidup subur dgn cuaca panas di malaysia ni 😁
ReplyDeleteBiasanya pokok ni ada anak tumbuh dari akarnya. Yang ini mudah hidup kerana ia pokok yang tahan sejuk dan panas.
Delete