Pages

Friday, October 31, 2014

Nota Cactus Di Padang Pasir Arizona

Assalamualaikum,

Gambar-gambar bawah adalah di antara beribu jenis cactus yang sempat dapat dirakamkan ketika lawatan kami di negeri cahaya matahari dahulu iaittu di Arizona, Amerika Syarikat.  Semua cactus dalam gambar di bawah tumbuh melata di tepi jalanraya tanah tandus (desert).  Ada satu dua yang Mak Long tahu namanya.  Yang lain itu walaupun sudah diberitahu namanya, lupa pulak buat catatan.  Cuaca di situ panas kering; musim sejuknya sejuklah.


Saguaro Cactus


Saguaro Cactus


Cactus saguaro satu-satunya jenis cactus yang mempunyai hayat hidup yang panjang; dianggarkan boleh hidup antara 150-200 tahun lamanya.  Ia juga jenis cactus terbesar terdapat di benua Amerika.  Ketika lawatan kami di Saguaro National Park, Arizona, seorang Ranger di sana memberitahu cactus saguaro mula tumbuh dahan selepas berumur  mencecah mulai dari 75 hingga100 tahun.  Ada juga cactus saguaro ini hidup tanpa tumbuh dahan dan ia dinamakan "spear".  Bunganya distiharkan sebagai bunga liar kebangsaan Arizona.  Kadang-kadang cactus ini bercabang menyerupai bentuk orang.




Ocotillo Cactus



Ocotillo Cactus

Cactus ocotillo di atas gambarnya dirakamkan ketika kami bermalam di Camp Verde, Arizona.  Mak Long tertarik dengan sepasang burung sedang memadu kasih sambil menyanyi walau cuaca ketika itu melebihi 115 degrees F.



Stagehorn Cholla Cactus


Abrojo Cactus


????


Candy Barrel Cactus

Bunga Candy Barrel Cactus

Candy Barrel Cactus

Cactus candy barrel ini tumbuh tinggi, boncit dan besar juga pokoknya.  Cactus ini berbunga warna kuning seperti jambul di hujung pokoknya.  Ada juga ia ditanam di kawasan perumahan dan restauran sebagai tanaman hiasan.  Warna bunganya yang ternag menarik berbagai jenis burung datang menghisap madu dan memakan serangga dari kuntum bunganya.



Prickly Pear Cactus

Cactus prickly pear terlalu banyak tumbuh di Arizona.  Di Texas, daerah "hill country" di mana tananya gersang hampir seperti terdapat di Arizona ada terdapat cactus jenis ini.  Daerah kediaman kami juga banyak tumbuh di merata tempat.  Seorang sahabat kami bangsa Mexican beritahu Mak Long, cactus ini boleh dimakan.  Menurutnya pertama sekali cactus itu mestilah buang duri-durinya dahulu.  Kemudian kopek kulitnya dan hiris-hiris isi yang sudah dibersihkan itu baharulah dimasak atau digoreng dengan cili, bawang dan perencah.  Buahnya berwarna merah juga boleh dimakan begitu sahaja.  Katanya rasa buah itu lebih kurang rasa timun.  Mak Long belum cuba lagi.  Semua buah cactus prickly pear yang terdapat di keliling rumah kami habis dimakan arnab liar.


Yucca Cactus

Pokok cactus ini lebat daun seperti daun nenas dan keras.  Lebat berbunga di hujung dahan.  Cactus ini dipanggil Yucca.



Jumping Chulla Cactus

Pokok cactus jenis besar dalam gambar di atas banyak tumbuh melata sepanjang tepi jalanraya dan kawasan pergunungan di Arizona.



Pokok Sisal
(Century Plant)


Bunga Pokok Sisal

Pokok sisal atau lebih dikenali dengan century plant juga dikatakan is sejenis tumbuhan dalam kumpulan cactus juga.  Ada dua jenis pokok sisal yang pernah Mak Long lihat.  Di dalam gambar ini ditemui ketika kami berada di Prestcott, Arizona.  Pokok ini ditanam di sekitar bandar prestcot.  Jangka hidup pokok sisal dikatakan hanya antara 10 hingga 30 tahun sahaja.  Bunganya biasa berwarna kuning cantik dan panjang hingga 25-30 kaki tinggi.  Ia berbunga hanya sekali apabila pokok matang; bila habis berbunga ia akan mati.  Benih anak akan tumbuh semula untuk menyambung kehidupan.




















No comments:

Post a Comment