Pages

Sunday, October 19, 2014

Nota Jalan-jalan (8) - Sink Hole at National Corvette Museum

Assalamualaikum, 


Dari Memmoth Cave National Park kami singgah melawat di National Corvette Museum dan ini adalah lawatan kali kedua bagi Mak Long.  Lawatan pertama ke situ adalah dalam tahun 2010 sekembalinya Pak Long dari bertugas di Negeri China.  

National Corvette Museum mempamerkan kereta Chevrolet Corvette lama dan baru.  Kereta Corvette adalah kereta jenis sport Amerika yang sangat popular di sini.  Pembuatan kereta jenis tersebut telah bermula sejak tahun 1953.  Letaknya museum ini ialah di Bowling Green, Kentucky.    Setiap buah kereta sport Corvette dihasilkan serta dikeluarkan oleh Syarikat GM (General Motor) Corvette Assembly Plant di Bowling Green, Kentucky.


Museum Corvette, Bowling Green, Kentucky


Lawatan kali ini kami hanya ingin tahu dan melihat lantai Skydome di mana tempat kereta Corvette dipamerkan tiba-tiba runtuh dan tenggelam ditelan bumi pada suatu malam bulan Februari tahun ini (2014).  Dalam musibah tersebut sebanyak lapan buah kereta sport mewah Corvette lama dan baru telah ditelan bumi.  Dua buah darinya adalah kereta Corvette yang dipinjamkan kepada National Corvette Museum. 



Skydome

Tapak kawasan Skydome (bangunan warna kuning) di mana lantainya yang tengelam itu telah di tutup bagai menjalankan kerja-kerja memperbaiki tempat itu dan dilarang bagi pelawat masuk di tempat itu.



Skydome

Dalam Skydome   

Para pelawat dibenarkan melihat dalam kawasan Skydome itu melalui dinding kaca besar yang dibina khas supaya pelawat dapat melihat dengan jelas.


Lubang (sink hole)

Kereta Corvette 

Kereta Corvette


Dua gambar di atas adalah di antara kereta  sport Corvette yang ditimpa nahas telah dikeluarkan dari lubang nahas.  Menurut sumber pekerja di museum kereta-kereta itu tidak dapat dibaik-pulih lagi.

Kami juga dapat melihat model keluaran Corvette terbaharu 2014 dinamakan "The Stingray".  Cantik dan sangat berminat untuk memiliknya.  Tidak lupa juga kami membeli sesuatu dari kedai cendera mata di situ.



Corvette The Stingray 2014


Corvette The Stingray 2014


Corvette 2008











No comments:

Post a Comment