Pages

Friday, October 31, 2014

Nota Cactus Di Padang Pasir Arizona

Assalamualaikum,

Gambar-gambar bawah adalah di antara beribu jenis cactus yang sempat dapat dirakamkan ketika lawatan kami di negeri cahaya matahari dahulu iaittu di Arizona, Amerika Syarikat.  Semua cactus dalam gambar di bawah tumbuh melata di tepi jalanraya tanah tandus (desert).  Ada satu dua yang Mak Long tahu namanya.  Yang lain itu walaupun sudah diberitahu namanya, lupa pulak buat catatan.  Cuaca di situ panas kering; musim sejuknya sejuklah.


Saguaro Cactus


Saguaro Cactus


Cactus saguaro satu-satunya jenis cactus yang mempunyai hayat hidup yang panjang; dianggarkan boleh hidup antara 150-200 tahun lamanya.  Ia juga jenis cactus terbesar terdapat di benua Amerika.  Ketika lawatan kami di Saguaro National Park, Arizona, seorang Ranger di sana memberitahu cactus saguaro mula tumbuh dahan selepas berumur  mencecah mulai dari 75 hingga100 tahun.  Ada juga cactus saguaro ini hidup tanpa tumbuh dahan dan ia dinamakan "spear".  Bunganya distiharkan sebagai bunga liar kebangsaan Arizona.  Kadang-kadang cactus ini bercabang menyerupai bentuk orang.




Ocotillo Cactus



Ocotillo Cactus

Cactus ocotillo di atas gambarnya dirakamkan ketika kami bermalam di Camp Verde, Arizona.  Mak Long tertarik dengan sepasang burung sedang memadu kasih sambil menyanyi walau cuaca ketika itu melebihi 115 degrees F.



Stagehorn Cholla Cactus


Abrojo Cactus


????


Candy Barrel Cactus

Bunga Candy Barrel Cactus

Candy Barrel Cactus

Cactus candy barrel ini tumbuh tinggi, boncit dan besar juga pokoknya.  Cactus ini berbunga warna kuning seperti jambul di hujung pokoknya.  Ada juga ia ditanam di kawasan perumahan dan restauran sebagai tanaman hiasan.  Warna bunganya yang ternag menarik berbagai jenis burung datang menghisap madu dan memakan serangga dari kuntum bunganya.



Prickly Pear Cactus

Cactus prickly pear terlalu banyak tumbuh di Arizona.  Di Texas, daerah "hill country" di mana tananya gersang hampir seperti terdapat di Arizona ada terdapat cactus jenis ini.  Daerah kediaman kami juga banyak tumbuh di merata tempat.  Seorang sahabat kami bangsa Mexican beritahu Mak Long, cactus ini boleh dimakan.  Menurutnya pertama sekali cactus itu mestilah buang duri-durinya dahulu.  Kemudian kopek kulitnya dan hiris-hiris isi yang sudah dibersihkan itu baharulah dimasak atau digoreng dengan cili, bawang dan perencah.  Buahnya berwarna merah juga boleh dimakan begitu sahaja.  Katanya rasa buah itu lebih kurang rasa timun.  Mak Long belum cuba lagi.  Semua buah cactus prickly pear yang terdapat di keliling rumah kami habis dimakan arnab liar.


Yucca Cactus

Pokok cactus ini lebat daun seperti daun nenas dan keras.  Lebat berbunga di hujung dahan.  Cactus ini dipanggil Yucca.



Jumping Chulla Cactus

Pokok cactus jenis besar dalam gambar di atas banyak tumbuh melata sepanjang tepi jalanraya dan kawasan pergunungan di Arizona.



Pokok Sisal
(Century Plant)


Bunga Pokok Sisal

Pokok sisal atau lebih dikenali dengan century plant juga dikatakan is sejenis tumbuhan dalam kumpulan cactus juga.  Ada dua jenis pokok sisal yang pernah Mak Long lihat.  Di dalam gambar ini ditemui ketika kami berada di Prestcott, Arizona.  Pokok ini ditanam di sekitar bandar prestcot.  Jangka hidup pokok sisal dikatakan hanya antara 10 hingga 30 tahun sahaja.  Bunganya biasa berwarna kuning cantik dan panjang hingga 25-30 kaki tinggi.  Ia berbunga hanya sekali apabila pokok matang; bila habis berbunga ia akan mati.  Benih anak akan tumbuh semula untuk menyambung kehidupan.




















Sunday, October 19, 2014

Nota Jalan-jalan 2014 - Hospital Besar Tampa, Florida

Assalamualaikum,


Catatan Harian.


Kami baru sahaja pulang dari jalan-jalan melawat beberapa buah negeri bahagian timur benua Amerika bulan lepas.  Penat keletihan berjalan jauh belum begitu hilang lagi.  Pak Long tanya kalau Mak long sudah bersedia untuk berjalan jauh lagi.  Mak Long bersetuju sekiranya tarikh perjalanan jauh kali ini dimulakan di pertengahan bulan Jun sebelum menyambut bulan Ramadhan.  Mak Long suka berjalan, tetapi kali ini terasa keuzuran tenaga menurun dan mengambil masa lama sedikit untuk segar semua.

Tarikh baru yang kami bersetuju ialah 16hb Isnin, Jun.  Kami membuat persediaan lebih awal, antaranya membawa pakaian lebih agar tidak perlu membuang masa mencuci pakaian di bilik cucian di hotel-hotel di mana kami bermalam nanti.  Tidak membawa makanan kunyahan (jajan kata orang Muar) selain dari buah-buahan dan air.  Apabila membawa makanan kunyahan nanti kami asik mengunyah sahaja di sepanjang masa seperti yang sudah-sudah.  Buruknya perbuatan suka mengunyah akan mengurangkan selera makan tengahari dan malam.  Jadi "No snacks this time!"

Tiga hari sebelum tarikh itu, Mak Long menerima email dari kawan baik di Malaysia.  Kami sudah berkawan lama dan kami pernah menunaikan umrah bersama-sama 30 tahun lalu.  Emailnya ringkas sahaja.

"...Yang, kalau ada masa boleh tak tengok Dik Mas?  Dia sakit dan doktor nak operate hari Selasa ni.  I nak datang US ni, tak tau bila sampai..".   

Beliau seorang ibu.  Hati ibu resah tidak terhingga apabila mendapat tahu penderitaan yang ditanggung oleh anaknya, tambahan apabila si anak tinggal jauh di rantauan. Dapat dibayangkan dalam minda keresahan dan kesedihan Normah, kawan baik Mak Long ketika itu.  Mak Long memahami, In sya Allah dengan izin Allah akan tunaikan permintaannya.  Mak Long segera memaklumkan pada Pak Long dan beliau menganggokkan kepala tanda setuju.  Kami mengubah hala perjalanan di mana Dik Mas berada dahulu iaitu di Tampa, Florida.  Kebetulan cadangan tempat yang hendak kami pergi kali ini memang pun arah ke Florida.   Perjalanan ke Tampa dengan kenderaan biasa mengambil masa lebih kurang 18 jam, bermakna kami memerlukan dua hari untuk sampai ke Tampa....jauh!  

Pada tarikh 16 hb, Jun kami bertolak awal pagi selepas Subuh kami sudah di perjalanan.  Berhenti hanya untuk mengisi minyak kereta, melepaskan keperluan diri dan makan ringan. Berasa bagus juga tidak mengunyah apa-apa selain dari minum air kosong dari botol.  Kami cuba meneruskan perjalanan seberapa jauh yang dapat supaya esoknya masa perjalanan kami tidak jauh sangat dan berharap sampai lebih awal di Tampa Genenral Hospital.  Hampir waktu Maghrib kami sudah sampai di sempadan antara Mississippi dan Florida.  Pak Long suarakan agar kami bermalam dan berehat di Crestview, iaitu sebuah daerah di pinggir sempadan sebelah Florida.  Perjalanan terus kali ini mengambil masa selama 13 jam lebih.  Esoknya jam 7.00 pagi selepas sarapan pagi kami sudah pun dijalanan menuju ke Tampa.  

Sementara itu Normah sudah pun dalam penerbangan ke Florida yang mengambil masa lebih kurang 26 jam lamanya.  Kesihan dia!  Seorang wanita yang sentiasa berdikari, masih berkerja walaupun sudah masuk alam warga emas.  Beliau lebih suka menghabiskan masa lapangnya dengan bekerja dari bersara.



Bangunan Utama Tampa General Hospital

Kami sampai ke Tampa selepas 5 jam perjalanan.  Arah ke Tampa General Hospital tidaklah begitu sukar dengan panduan arah dari kecangihan alat GPS.  Apabila kami sampai di sana kami segera mencari tempat meletak kereta.  Banyak betul kereta di tempat letak kereta hospital ini… beratus mungkin beribu banyaknya.  Kami mengambil beberapa ketika untuk mendapatkan tempat.  Bayaran pertama untuk meletak kereta ialah USD3.00 sahaja tidak dikira berapa lama sehinggalah kereta itu keluar dari situ.  Kalau sebulan tidak keluar itulah harganya. 




Bahagian Masuk Ke Tampa General Hospital



Kawasan General Hospital Tampa

Gambar ini dirakamkan daripada bahagian letak kereta yang di mana ia berasingan dari bahagian bangunan hospital.  

Besar dan luasnya hospital besar ini boleh membuat seseorang itu sesat.  Kami perlu meminta pertolongan mencari arah ke bahagian wad neurology di mana Dik Mas sedang dirawat.  Sesampai kami di wad tersebut, Normah sudah pun sampai beberapa jam terdahulu.  Nampak letih dan uzur kawan Mak Long ni, maklumlah mengalami penerbangan jauh dengan 'jet-lag' lagi.  Beliau menyambut Mak Long di pintu wad yang hanya membenarkan pelawat yang mengenali pesakit masuk melawat.  


Bilik Pesakit

Kami terus ke bilik pesakit di mana Dik Mas masih belum berapa sedar dari kesan pembedahan.  Dik Mas didapati mengidap ketumbuhan "tumor" di bahagian kiri otaknya.  Sudah lama ia mengidap migraine rupanya, tetapi tidak diindahkan sangat.  Bila sudah parah baharulah menemui doktor dan hampir-hampir terlambat.  Bila sudah tidak tahan menanggung kesakitan tambahan tanda-tanda sakit semakit ketara seperti pemandangan tidak jelas nampak berpinar berlapis-lapis (double vision) dan sengal tangan baharulah dia ke hospital.  Pandu sendiri!  Tidak tahulah bagaimana dia masih mampu memandu kereta!  Mujur di hospital ada kemudahan 'valet parking' jadi Dik Mas terus dikejarkan ke bahagian kecemasan.  Ketumbuhan sudah membesar sebesar telur ayam menurut kata doktor yang merawatnya.  Ia perlu dibedah untuk mengeluarkan ketumbuhan.  Dik Mas meminta agar dibedah hanya bila suami dan emaknya sampai.  Suaminya bertugas di luar negara di Timur Tengah sebagai pensyarah.  Mujur mereka sampai lebih awal dan Dik Mas selamat dibedah.  Pendarahan dapat dibersihkan dan ketumbuhan dapat dibuang.  Ketika itu sebelah badan tangan dan kaki kanan tidak mampu bergerak.  Dik Mas memerlukan menjalani rawatan terapi urat saraf dan percakapan.

Jumlah harga rawatan dan belum termasuk harga bilik sahaja melebihi USD250,000.00.  Aduihai mahalnya …..

Bila keadaan pesakit sudah setabil maka kami berhasrat meneruskan perjalanan kami.  Normah pun kelihatan sudah segar semula dan perlahan-lahan menyesuaikan dirinya dengan keadaan di sekeliling.  Kami berada di Tampa selama tiga hari dua malam.  

Ketika di sana kami dapat bertemu dan berkenalan dengan seorang sahabat baharu dari Malaysia.  Kebetulan beliau juga datang menjengok pesakit.  Beliau bermastautin di Amerika Syarikat lebih dari 15 tahun dan bertugas sebagai jururawat  di sebuah hospital MAYO di Jacksonville, Florida.  Beliau beria-ia sangat telah menggundang kami datang dan bermalam di rumahnya untuk beberapa hari.  Apa salahnya kami menerima undangannya, begitulah Mak Long berpendapat.  Tambahan bukannya selalu dapat berjumpa dengan orang Melayu di USA ini.  Kebetulan kami pun memang merancang akan melalui Jacksonville dalam perjalanan kami ke Miami, St Augustine, Key West dan seterusnya.
















Nota Jalan-jalan (8) - Sink Hole at National Corvette Museum

Assalamualaikum, 


Dari Memmoth Cave National Park kami singgah melawat di National Corvette Museum dan ini adalah lawatan kali kedua bagi Mak Long.  Lawatan pertama ke situ adalah dalam tahun 2010 sekembalinya Pak Long dari bertugas di Negeri China.  

National Corvette Museum mempamerkan kereta Chevrolet Corvette lama dan baru.  Kereta Corvette adalah kereta jenis sport Amerika yang sangat popular di sini.  Pembuatan kereta jenis tersebut telah bermula sejak tahun 1953.  Letaknya museum ini ialah di Bowling Green, Kentucky.    Setiap buah kereta sport Corvette dihasilkan serta dikeluarkan oleh Syarikat GM (General Motor) Corvette Assembly Plant di Bowling Green, Kentucky.


Museum Corvette, Bowling Green, Kentucky


Lawatan kali ini kami hanya ingin tahu dan melihat lantai Skydome di mana tempat kereta Corvette dipamerkan tiba-tiba runtuh dan tenggelam ditelan bumi pada suatu malam bulan Februari tahun ini (2014).  Dalam musibah tersebut sebanyak lapan buah kereta sport mewah Corvette lama dan baru telah ditelan bumi.  Dua buah darinya adalah kereta Corvette yang dipinjamkan kepada National Corvette Museum. 



Skydome

Tapak kawasan Skydome (bangunan warna kuning) di mana lantainya yang tengelam itu telah di tutup bagai menjalankan kerja-kerja memperbaiki tempat itu dan dilarang bagi pelawat masuk di tempat itu.



Skydome

Dalam Skydome   

Para pelawat dibenarkan melihat dalam kawasan Skydome itu melalui dinding kaca besar yang dibina khas supaya pelawat dapat melihat dengan jelas.


Lubang (sink hole)

Kereta Corvette 

Kereta Corvette


Dua gambar di atas adalah di antara kereta  sport Corvette yang ditimpa nahas telah dikeluarkan dari lubang nahas.  Menurut sumber pekerja di museum kereta-kereta itu tidak dapat dibaik-pulih lagi.

Kami juga dapat melihat model keluaran Corvette terbaharu 2014 dinamakan "The Stingray".  Cantik dan sangat berminat untuk memiliknya.  Tidak lupa juga kami membeli sesuatu dari kedai cendera mata di situ.



Corvette The Stingray 2014


Corvette The Stingray 2014


Corvette 2008











Nota Matahari Senja

Assalamualaikum,



 Hiasan Senja





Bangunlah ….
Usah dilengahkan...
Tunaikan kewajiban 
Mentari pagi hampir terbit

Bangunlah…
Burung sudah berkicauan
Tunaikan yang sunat
Mentari pagi sudah terbit

Bangunlah…
Tugas meruntun kuderat
Di bawah limbungan mentari 
Keringat mengalir membasah
Demi secubit rezeki halal
Tanggung jawab diri dilupa jangan

Bangunlah…..
Sudah sampai masa beristirehat
Mambang kuning merah menyala
Tanda senja menutup jendela
Tunaikan kewajiban
Esok mentari menanti……...



















Friday, October 17, 2014

Nota Buah Labu

Assalamualaikum,

Minggu lepas kami ke Dallas menjengok Puteri SH kerana menghantar keretanya yang meragam.  Kami tukar pakai kereta sementara Pak Long baiki keretanya.  Cermin sebelah kanan keretanya tidak boleh diturun-naikkan.  Di hari kedua kami di sana SH membawa kami  melawat Arboretum Botanical Garden.  Arboretum Botanical Garden adalah sebuah taman botanical.  Sudah beberapa kali Mak Long ke tempat ini.  Setiap pusingan musim pihak yang bertanggung jawab atas botanical ini menukar dan menggubah berbagai rupa mencantikan rupa taman itu sebagai tarikan kepada penggunjung.  

Musim luruh tahun ini, mereka menampilkan koleksi pelbagai jenis buah labu.  Buah labu menjadi sebagai satu dari bahan yang digunakan dalam sambutan perayaan "Haloween".  Buah labu akan dilorek menyerupai rupa hantu.  Ada juga labu yang sudah dilorek itu dijadikan bekas tempat letak lilin sebagai lampu.  Mak Long tidak pernah melihat betapa banyaknya jenis labu terdapat di Texas sahaja.  Macam-macam jenis, berat, warna, besar dan kecil labu itu semua ada.

Di hadapan pintu masuk ke taman itu pun dipamerkan beberapa jenis labu kuning.  Pameran labu ini dinamakan "Pumpkin Village".  Kawasan "Pumpkin Village" ini kira-kira lebih kurang satu ekar luasnya.  Memang ramai berkunjung ke tempat ini terutama ibu dan bapa membawa anak-anak mereka.  Kita yang sudah tua ini pun suka melihat lautan buah labu yang banyak dan menarik.



Rumah Labu


Labu Pelbagai Jenis


Labu Warna Kelabu


Labu Air (hijau)


Labu Kuning







Si Luncai terjun dengan labu-labunya
Biarkan, biarkan














Thursday, October 2, 2014

Nota Pokok Texas Silver Sage

Assalamualaikum,

Pokok Texas Silver Sage menjadi kegemaran Pak Long paling utama.  Kalau boleh beliau hendak tanam pokok ini setiap tempat lapang di kawasan rumah.  Kenapa Pak Long memilih pokok ini?  Pokok ini tidak digemari rusa liar yang sentiasa berkeliaran di kawasan kediaman kami, jadi tanaman seperti ini terselamat dari dirosakkan rusa.  Pokok ini juga suka dan tahah cuaca panas terik dan sejuk.  Ramah berbunga sangat lebat, dan selalunya lebih bunga dari daun.  Ia juga mudah ditanam dan menjaganya senang tidak perlu disiram setiap hari melainkan ketika baru-baru ditanam.  Pendeknya ia tidak memerlukan penjagaan yang rapi.  Setahu Mak Long pokok ini sentiasa berbunga sepanjang bulan Jun hingga ke Oktober dan berhenti berbunga dalam musim sejuk.


Texas Silver Sage

Texas Silver Sage

Texas Silver Sage

Texas Silver Sage

Texas Silver Sage

Texas Silver Sage

Texas Silver Sage

Texas Silver Sage



















Nota Jalan-jalan (7) - Mammoth Cave, Kentucky


Assalamualaikum,

Catatan Harian:

Hari sudah tinggi ketika kami meninggalkan daerah Shipshewana untuk meneruskan pengembaraan kami berdua menghala Kentucky.  Kentucky adalah tanah kelahiran Pak Long.  Tempat yang menjadi pilihan dalam lawatan kali ini ialah Taman Nasional Gua Mammoth di Kentucky.  Awan menebal hitam berarak di langit tidak menjanjikan hari yang cerah.  Suhu yang beberapa ketika tadi sederhana menurun mendadak terpaksa menaikkan suhu panas dalam kereta.  Hujan!  Hujan selebat-lebat hujan hingga mengganggu pengelihatan.  Pak Long memandu perlahan sahaja.  Perjalanan mengambil beberapa jam dengan menggunakan arah pandu alat GPS.  Kami arahkan GPS ke alamat menuju ke hotel tempat kami bermalam.

Hari Hujan Lebat

Perjalanan kami melalui jalan pergunungan yang tidak banyak terdapat ramai orang tinggal di situ.  Hanya hutan tebal dengan pokok-pokok tinggi mencakar awan.  Sebelum bertolak dari Shipshewana Mak Long telah membuat tempahan sebuah bilik di Hampton Inn di Horse Cave, Kentucky kira-kira empat batu dari Memmoth Cave National Park.  Itulah tujuan kami, menerokai Mammoth Cave National Park.  Kami berpandukan dan bergantung pada GPS 100% untuk mencari jalan… kalau tidak ada GPS mungkin leceh sedikit hendak cari alamat sesuatu tempat.  

Mulanya semua berjalan baik seperti yang dirancangkan.  Kami nampak papan tanda hotel untuk kami malam itu sudah hampir tetapi yang anihnya GPS tidak menunjukkan kami arah ke hotel.  Kehairanan tetapi mahu tahu ke mana hendak perginya?  Jalan raya itu membawa kami melalui kawasan perkampungan.  Cantik pemandangan menghijau disulami dengan pelbagai bunga hutan menguntum indah.  Semakin jauh jalan raya pula semakin sempit  jalannya hanya boleh lulus untuk sebuah kenderaan dan pokok-pokok hutan pula semakin tinggi.  Jalan lecah selepas hujan, kekadang melalui lubang-lubang kecil membuat air  itu terpercik.  Sampai di suatu tempat GPS berkata, "YOU HAVE ARRIVED AT THE DESTINATION ON THE LEFT…."    Huwaaa….. Mana hotelnya?  Tidak ada apa-apa bangunan atau manusia pun di situ.  Bulu roma Mak Long sudah mula berdiri tegak seram O!  

Pak Long berhentikan kereta.  Mak Long toleh ke kanan … .  Eeee kubur lama!  Entah sudah berapa ratus tahun lamanya?  Batu nensan semua sudah ada yang pecah dan berlumut hitam seperti yang kita tengok dalam cerita-cerita seram di TV!  Di antara kubur pula sebuah gereja kecil tua yang juga mungkin digunakan sebagai rumah jenazah (funeral home).  Tingkap kaca ukiran "stained glass" berwarna warni suatu ketikanya dulu mestilah cantik sudah berlumut mengaburkan warna.  Mak aiii..apa dah jadi?  Kami berpandangan dan rasa keheranan.

"Dear, are you looking what I am looking at?"

Pak Long jawab, "Of course, dear!…"  Ish! Ish! Tidak takut pulak dia!  Pak Long belek-belek GPS kotlah Mak Long salah picit alamat!  "Betul…" katanya, " …. tapi macam mana sampai sini…. hmmm..  OK kita pusing balik ke Hampton Inn yang kita nampak tadi".  Macam-macam ayat suci Mak Long baca.  Mak Long tidak berani hendak ambil gambar kubur lama …!  Kang ada yang ikut balik susah pulak.

Hingga ke hari ini kami masih tiada jawapan mengapa GPS bawa kami ke daerah perkuburan tua itu?

Kami berpatah balik menujuk ke hotel yang kami nampak mula-mula tadi.  Memang itulah hotel yang kami tempah.  Malam itu kami tidur lena tiada gangguan, mimpi ke, apa ke.…alhamdulillah…  Pihak hotel memberitahu Mammoth Cave National Park dibuka awal pagi dan digalakan mengikut pemandu pelancung di sana dengan sedikit bayaran.  


Kawasan Mammoth Cave National Park

Esoknya pagi-pagi lagi kami sudah sampai di Mammoth Cave National Park.  Cuaca tidak menyebelahi kami lagi hari itu.  Hujan renyai dan sejuk.  Pak Long beli ticket untuk ikut pemandu pelancung yang dikelolakan oleh "Ranger" bertugas.  Ada senarai beberapa jenis pelancungan yang diberikan dan pelawat boleh memilih mengikut pilihan yang digemari.  Sekiranya mempunyai masa panjang dan bertenaga bolehlah ambil "the Grand Avenue Tour" … iaitu perjalanan yang jauh berliku-liku dalam gua di bawah bumi.  Kami hanya memilih "The Historic Tour" tidak berjalan jauh sangat.   Itu pun boleh tahan juga berjalan turun naik dan berjalan itik di mana-mana tempat yang sempit dan rendah.


Taklimat Dari Pengawal/Pemandu Pelancung
Memmoth Cave

Sebelum masuk ke dalam gua kami diberi taklimat tentang gua tersebut oleh "Ranger" (pengawal hutan) bertugas.  Beberapa arahan diberi iaitu tidak dibenarkan membawa bekal makanan, tidak boleh mengguna lampu picit, tidak boleh mengambil gambar menggunakan lampu dan tidak membuang sampah merata.  Lampu yang tidak berapa terang akan dinyalakan menerangi untuk laluan kami.  Sebaik sahaja pelawat lalu, lampu itu akan digelapkan semula.  Ini kerana dikuatiri akan mengganggu hidupan dalam gua seperti kelawar.


Kumpulan Kami

Perjalanan ke pintu masuk gua hanya boleh dengan berjalan kaki sahaja, hampir lebih kurang satu batu lebih begitulah jauhnya.  Jadi sekiranya hendak pergi ke tempat seperti itu eloklah bersedia sekurang-kurangnya memakai kasut yang sesuai untuk berjalan jauh.  Ketika kami berada di situ hujan renyai dan sejuk tetapi tidak mematahkan hasrat kami.  Seronok juga pergi berramai-ramai sambil berkenalan dengan pengunjung-pengunjung lain.



Pintu Gua Mammoth


Kami menuruni anak tangga untuk masuk ke dalam gua.  Di atas hadapan pintu gua ada sebuah anak sungai bawah tanah kecil mengalirkan air menjadi sebuah air terjun kecil.

Pemandangan Dari Dalam Gua

Suhu dalam gua sentiasa bertukar sepanjang tahun iaitu antara 50-60 degree fahrenheit.  Bila hari hujan anak tangga turun naik lecah dan merbahaya.  Kenalah pegang kuat pada tempat pemegang yang disediakan.


Pemandangan Luar Dari Pintu Gua

Apakah yang menarik dari Gua Mammoth?  Selain dari amat panjang, gua ini unik yakni berliku-liku dan berlapis-lapis.  Keadaan ini terjadi lantaran dari proses pembentukan gua yang cukup lama yang berlaku di bawah permukaan bumi.  


Di dalam gua tersebut terdapat sungai bawah tanah yang mengalir sejauh mata memandang.  Kemungkinan kerana aliran arus sungai maka terbentuknya keadaan gua itu kini.  Salain dari itu Gua Mammoth juga menunjukkan jadian stalaktit dan stalakmit yang memukau kecantikan semula jadi.  Para ahli sain menyatakan Gua Mammoth sebagai gua dengan ekosistem paling kompleks di muka bumi.  Tidak siapa pun tahu berapa besar dan panjangnya gua itu.  Masih banyak lagi bahagian Gua Mammoth yang masih belum diterokai dan ia masih lagi merupakan misteri.

Orang yang pertama pernah tinggal di Gua Mammoth adalah orang nomad, kira-kira 4,000 tahun dahulu.  Mereka tidak pula masuk jauh ke dalam gua.  Kemudian dikatakan seorang hamba-abdi bernama Stephen Bishop perentas jalan dan petakan keadaan dalam gua tersebut dalam keadaan gelap gelita.  Beliau hanya berbekalkan dengan lampu minyak babi kecil sebagai penerang dalam gua.


Lampu Minyak Tanah

Sampai di suatu tempat dalam gua itu "Ranger" meminta kami berkumpul serta memberi tahu kami yang beliau akan mematikan lampu yang menerangi kami untuk beberapa ketika.  Dia mahu kami memahami gelap gelita yang macam mana?  Bila lampu dipadamkan … Alamak!  Gelap gelitanya tanpa cahaya.  Kiranya kita meletakan sesuatu di hadapan mata yang terbuka, kita tidak boleh nampak apa pun.  Kemudian "Ranger" menyalakan sebuah lampu minyak tanah kecil seperti dalam gambar.  Lama kelamaan mata kami mampu menyesuaikan suasana cahaya dalam gelap itu.  Dengan itu membolehkan mata melihat samar-samar.  Bayangkanlah betapa Stephen Bishop boleh mencari jalan dan membuat peta dalam gelap dengan hanya berlampukan lampu minyak yang malap.




Dalam gambar di atas, lampu di dinding gua itu hanya samar-samar sahaja.  Lampu itu akan dipadamkan sebaik sahaja pengunjung lalu.



Pemandangan Dalam Gua Mammoth



Bottomless Pit

Gambar di atas adalah sebuah gaung merbahaya dan sangat dalam.  Menurut "Ranger", Steven Bishop adalah orang pertama yang telah menyeberang gaung dalam itu.  Kiranya tersalah langkah dan terjatuh ke dalam lubang ini, hidup mati dalam kegelapanlah jadinya.






Lorong sempit dan rendah


Setengah dari jalan yang kami lalui sungguh sempit dan atap yang sangat rendah.  Ada kalanya pula kami terpaksa berjalan seperti itik tidak boleh berdiri.  



Lombong Calcium Nitrate

Gambar di atas adalah tinggalan bekas lombong calcium nitrate yang terdapat dalam Gua Mammoth.  Dalam peperangan antara Amerika dan British dalam tahun 1812, pihak British telah menyekat kemasukkan bahan letupan ke pelabuhan Amerika sebagai langkah mereka untuk melumpuhkan kuasa Amerika.  Bagi mengatasi masaalah tersebut Amerika telah menggunakan calcium nitrate  yang dilombong dari Gua Mammoth dijadikan sebagai sumba serbuk letupan melawan British.  Selepas peperangan tammat lombong tersebut telah ditutup kemudian dijadikan sebagai satu dari tarikan pelancung yang berkunjung ke situ.

Ketika kami keluar dari dalam gua itu, cuaca masih hujan renyai.  Mak Long berkesempatan juga melewati kedai menjual barang-barang cendera mata seperti post card, baju T dan lain-lain.