Sudah dua hari suntuk Mak Long memerap dalam rumah. Di luar sejuk dan angin pula bertiup kencang bagikan hendak tercabut pokok-pokok di sekeliling. Suhu dalam rumah sudah tinggi tetapi Mak Long masih berasa sejuk..... Demam ke? Entahlah...
Dua hari lepas iaitu hari Jumaat Mak Long ada temujanji dengan Dr Michael Singer, doktor merawat mata kiri yang masih bermasaalah. Rawatan itu berjalan lancar sebagai yang dijadualkan jam tiga setengah petang. Tujuan rawatan laser pada anak mata ialah untuk membersihkan titik lapisan yang melindungi pengelihatan. Amnya Mak Long kalau dengan mata kasar boleh nampak jelas di sekeliling tetapi bermasaalah untuk menumpukan untuk membaca kerana titik lapis itu. Ini disebabkan dari rawatan pembedahan "macular hole" dahulu. Kira-kira cacatlah mata kiri Mak Long ya......
Sebelum rawatan itu dilakukan seperti biasa juru technician (pembantu yang menguji keupayaan pengelihatan pesakit) menyuroh membaca beberapa huruf di dinding dengan mata sebelah ditutup. Hasilnya sama juga, Mak Long tidak boleh baca. Kemudian beliau menitikkan beberapa titik ubat untuk membesarkan anak mata hitam bagi persedian rawatan. Dalam hati risau juga, bolehkah Mak Long pandu kereta pulang kerumah selepas rawatan ini ... Tawakal sajalah, kata hati memujuk. Dr Singer membuat rawatan hanya beberapa saat sahaja sudah selesai. Cepat sungguh! Dia berharap rawatan laser itu akan membantu memulihkan pengelihatan mata Mak Long. Mak Long pun berharap begitu juga... Dalam masa dua, tiga hari ini pandangan akan kabur katanya dan akan mula baik selepas itu.....insya Allah dengan izin Nya.
Temujanji dengan Dr Singer seterusnya ditetapkan tiga minggu dari sekarang. Asyik jumpa doktor ini sahaja, naik jemu pula. Sebenarnya Dr Singer sangat bagus dan berdidikasi dalam kerjayanya sebagai doktor pakar mata. Dia seorang yang bertanggong jawab dan perihatin terhadap pesakit-pesakitnya. Mak Long puas hati dengan perkhidmatnya dan berbaloi juga.
Dalam kereta Mak Long duduk lama hingga rasa selesa sedikit baharulah mulakan perjalanan balik ke rumah. Amboi.... banyaknya kereta..... masa orang balik dari kerja, semuanya laju-laju belaka. Sungguh tidak selesa memandu dengan satu biji mata hari itu. Dalam hati berkata, beginilah agaknya rasa orang yang ada mata satu tengok.... Mujurlah orang di sini walaupun memandu laju, mereka masih bersopan dan mengikuti undang-undang jalanraya. Kalau di Malaysia sudah pasti dengan cara Mak Long memandu sudah lama kena ten.. ten.. dan dimaki oleh pemandu-pemandu yang tidak sabar. Akhirnya sampai juga di rumah dan bersyukur kepada Nya.
Mendung Dan Kesejukan |
No comments:
Post a Comment