Assalamualaikum,
Petang tadi Pak Long talipon lagi. Biasa dia talipon Mak Long sekali sahaja tetapi hari ini dua kali. Suaranya berbunyi terlalu girang dan ceria.
Pak Long: Guess who I saw today?
Mak Long: Who? My friend Katya?
Pak Long: No! Pete! I saw Pete! Our cat! He recognized me, Dear! He came to
me when I called him. I can't believe he remembers me.
Mak Long: Really? Wow.... apa kabar dia?
Pak Long: He looks so well and fat. Someone must be feeding him well. Amazing,
normally cats don't do that.
Pete adalah seekor kucing liar berkeliaran di kawasan kediaman kami di Al Jubail, Saudi Arabia. Kami biasa bagi makan kucing-kucing liar yang datang setiap hari - dua kali sehari. Pertama kali kami nampak Pete, dia tidak sihat. Badannya penuh dengan luka-luka dan kurus kelaparan. Kesihan tengoknya. Sejak dari hari itu kami beri dia makan hinggalah saat terakhir kami hendak pulang semula ke Amerika. Beberapa ekor kucing liar lain juga turut datang sama-sama makan dengan Pete. Hanya Pete dan Frances jinak suka dibelai. Francis mempunyai mata sebelah warna hijau dan sebelah lagi warna biru. Cantik! Masa kami beri mereka makan ialah jam lima pagi ketika Pak Long sudah sedia hendak ke tempat kerja. Sekali lagi jam lima petang sebelum Pak Long pulang dari kerja. Anihnya kucing-kucing itu datang tepat pada waktunya macam tahu sahaja masa.
Pete, mengantuk tapi nak makan |
Pete |
Frances |
Grandpa |
Nota: Kasihanilah pada binatang. Mereka juga antara mahlok ciptaan Allah
No comments:
Post a Comment