Pages

Monday, December 28, 2015

Terseliuh Urat


Assalamualaikum,

Semalam konon-konon hendak bersih dan kemas rumah.  Tiap-tiap minggu hendak kena buat rutin yang sama.  Entah dari mana habuk-habuk ini datang, pada hal tingkap dan pintu sentiasa tertutup rapat. Aduhaii... Terasa betapa kekuatan tenaga entah kemana perginya?  Masa-masa macam ini bagusnya kalau ada seorang bibik!  Sekiranya di tanah air sendiri ada bibik itu perkara biasa ...   

Ketika bongkok hendak mengaut habuk ke dalam bekas tiba-tiba terasa bahagian pinggang direntap bisa yang teramat sangat.  Aduiiii... Tidak boleh tegak sampai terkeluar air mata you!  Pak Long di luar rumah tidak boleh dengar panggilan Mak Long.  Gagahkan juga merangkak pelan-pelan baring di lantai sejuk.  Lama juga begitu!  Tunggu Pak Long masuk.  Kira-kira sejam kemudian barulah beliau masuk.  Haaala... Terkejut besar Pak Long bila melihat keadaan... Sibuk ajak hendak pergi ke klinik.  Mak Long rasa tidak perlu hanya tergeliat salah urat.  Manjalah bila Pak Long papah ke sofa.  Bila lagi kan kita hendak manja!  Lalalala....

Mujur juga Mak Long sikit-sikit tahu teknik senaman yoga.  Apabila sudah berasa kurang sakit, perlahan-lahan mulakan latihan yoga khas untuk sakit pinggang hingga terasa longgar sedikit urat.  Sapu minyak dan letak tuala panas (heating pad) di pinggang membantu melegakan kesakitan.  Jangan main-main bila dapat salah urat nih..

Kiranya berlaku kepada pembaca-pembaca, jangan panik.  Tidak tahu teknik yoga tidak mengapa.  Kalau tahan dan boleh berdiri sambil berpapah pada dinding atau kerusi atau apa-apa yang setabil menahan dari jatuh, perlahan-lahan buat seperti rokoq ketika solat sambil tarik nafas dan tahan nafas.  Bila sudah dapat buat rokoq lepaskan nafas perlahan-lahan kemudian tarik nafas seperti biasa.  Tarik nafas dan tahan sambil luruskan badan semula, lepaskan nafas perlahan-lahan.  Ulang beberapa kali..insya Allah lega juga dan cepat sembuh.  Bila sudah lega boleh buat cara sujut beberapa kali tentukan badan lurus tidak melengkong atau senget dan ulang dua atau tiga kali begitu.  Letakkan 'heating pad' atau 'hot water bottle' kalau ada di tempat berkenaan.  Lebih elok pergi berjumpa doktor atau berurut supaya dapat memberi bantuan yang lebih baik dan berkesan.  

Kebanyakan kemalangan yang dianggap remeh boleh berlaku dalam rumah ketika panjat tangga, berkemas rumah, menyapu sampah dan sebagainya.  Malah kadang-kadang kemalangan dalam rumah boleh membawa kemudaratan yang teruk.  Terutama seperti makcik tua macam Mak Long nih!  Hihihi.....

Heating pad












10 comments:

  1. Assalamualaikum Mak Long,
    Semoga mak long cepat sembuh. Saya pula tgh menahan sakit lengan dgn bahu akibat menarik,mengangkat bag berat naik ETS hari tu.Kena cari orang mengurut nampaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,

      Amin..terima kasih tolong doakan untuk Mak Long. Dah beransur baik berkat doa sahabat-sahabat semua. Tulah di tanah air boleh cari tukang urut. Di sini Mak Long jumpa tukang urut juga kena buat appointment baru boleh jumpa.

      Delete
  2. assalamualaikum mak long..bagaimana kesihatan mak long sekarang arap bertambah baik..take care mak long

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Yan,

      Dah bertambah baik, Yan...terima kasih. Buat senaman amat membantu hilangkan sakit pinggang.

      Delete
  3. Semoga Mak Long cepat sembuh. Beberapa hari yang lalu saya ada menonton "Chiropractic by Ace Thayer" di YouTube. Amazing recovery! Saya doakan Mak Long cepat sembuh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Uncle. Mak Long pergi jumpa chiropractor bagi urut hahaha... Kerak-kerok bunyi tulang leher dan belakang diputarnya hahahaha. Baring atas mesen macam meja yg Ace Thayer tu..kemudian dengan mesen pemanas juga urut belakang dan pinggang. Dah boleh jalan laju nih

      Delete
  4. mak saya selalu guna 'heating pillow' untuk panaskan badan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu-dulu kalau kami sakit kami dimasukkan ke "sick bay" (Mak Long dulu tinggal sekolah berasrama penuh). Mereka bagi "hot water bottle". Sekarang dah pernah tengok "hot water bottle" lagi.

      Delete
  5. Mak Long...alhamdulillah dah kembali sihat....saya tak pernah try tapi disyorkan...lepas tengok YouTube tu keyakinan saya dah bertambah....menarik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana doa dari kawan-kawan. Sekarang dah boleh lompat-lompat tinggi hahaha

      Delete