Pages

Thursday, August 2, 2018

Sembang Kami - Pedicure/manicure

Assalamualaikum,

Hari ini panas sungguh, panas kering 102 degrees Fahrenheit.  Petang baharu turun ke 99 degrees Fahrenheit.  Bila keluar rumah kejip-kejip mata dan bibir seringai .. panasss.  Malam pun antara 90-80 degrees.  

Petang ini panas 99 degrees F.  Setiap hari di musim panas selepas subuh kami sibukkan diri buat kerja-kerja yang perlu perhatian di luar rumah seperti siram pokok, isi bijiran dalam sangkar makanan burung, sementara cuaca belum panas terik.  Seawal pukul 9.30 pagi suhu bahang panas terik sudah bermula.  Mak Long tidak malu mengaku manja tidak tahan panas...  "permaisuri lilin" hahaha.  Pada hal di tanah air pun kan cuaca panas!

Lewat petang bahang panas berkurang sedikit bolehlah gagahkan duduk di luar sambil menikmati angin yang mula bertiup malas.....



Pete

Kami tunggu Pete, musang datang.  Memang setiap petang dia datang menagih rezekinya.  Pak Long bagi Pete makan makanan anjing yang dibelinya hari itu.  Suka tengok musang itu makan dari dalam mangkok yang disediakan.  Jinak tetapi liar seperti jinak-jinak merpati gitu.  Dia tidak takut pada orang, tetapi masih tidak mahu diusik.

Sambil itu Mak Long tengah sibuk potong kuku ... hari Khamis.

He:       How come you don't go to pedicure or manicure and have your nails done?

She:      I don't need one..

He:       Try it, you will like it...

She:      Neh neh neh... My nails are ugly..... shy lah!

He:       There is nothing wrong with your nails.  You don't have to color your nails....

She:     Please, no lah...! Waste money only.  More over I have crooked fingers...see! (tunjuk jari telunjuk yang bengkok..)

He:     My Dear, since when you care about wasting money?  Your nails!  You do what you want.











Saturday, July 28, 2018

Pinggan Mangkok Dari Tulang

Assalamualaikum,



Satu pagi hari Sabtu baru-baru ini kami pergi ke sebuah "garage sale" di sebuah rumah tidak jauh dari kawasan kami tinggal.  Khabarnya mereka hendak lelong jual perabis semua barang.  Pak Long kini gemar benar pergi ke "garage sales".  Hampir setiap hujung minggu ada sahaja tempat yang mengadakan "garage sales" yang beliau minat hendak pergi.  Sebabnya tidak lain dan tidak bukan untuk mencari kerusi besi (iron benches) lama yang sudah berkarat-karat buruk untuk dibuat perojek baik-pulih.  Sudah banyak yang Pak Long baik-pulih benda kerusi, meja besi buruk itu.  Bukannya untuk dijual, selain dari untuk semak-semak letak di merata kawasan rumah Pak Long bagi hadiah pada kawan-kawan dan jiran-jiran sahaja.  Tidak bolehlah hendak bising-bising hahaha...  lagi pun ia suatu' hobi yang baik.  Mak Long pun sudah terikut-ikut gemar juga ikut beliau pergi ke "garage sale".  Kadang-kadang ada juga rasa teringin hendak beli benda yang menarik dan murah tetapi kena fikir dulu samaada perlu atau tidak.  Tidak suka jadi penyemak dalam rumah!  



Kerusi yang telah dibaik-pulih

Omputeh Mak Long perhatikan ramai yang tidak suka membasir membuang barang-barang yang mereka telah guna.  Ada juga yang bermurah hati suka bersedekah barang-barang terpakai mereka kepada yang memerlukan.  Orang-orang yang menerima pula tidak ada masaalah menggunakan barang-barang terpakai.  Kebanyakan orang kita suka simpan barang-barang terpakai mereka hingga bertimbun berabok di dalam dan di luar rumah dibiarkan buruk begitu sahaja.  Sayangnya..itulah membasir namanya!

Di "garage sale" itu Mak Long terpandang suatu benda tempat letak kek seperti dalam gambar di bawah.  Cantik sangat pada mata Mak Long ... apa namanya?  Dulang kek berkaki?  Hahaha Mak Long tidak tahu apa benda namanya.  Maka belilah cuma USD2.00 sahaja.  Murah sangat macam bagi percuma sahaja.


Dulang kek berkaki dari tulang

Sudak berada dalam kereta hendak balik rumah, Mak Long belek-belek benda itu lebih dekat lagi.  Memang cantik dan halus buatannya.  Hati pun bukan main suka dapat barang berharga dengan harga murah!  Tiba-tiba mata Mak Long .. nah... terpampang tulisan "China Bone made from England" di bawah dulang itu.  Alamak aiiii....!  Sampai rumah Mak Long tanya cik google (mujur ada kemudahan internet!) dan dapat kefahaman dari beberapa sudut.  Antaranya penulisan penerangan dari Mufti Wilayah Persekutuan berkenaan alat pinggan mangkok china bone.  Di bawah adalah tulisannya.

Mufti Wilayah Persekutuan
September 25, 2016

HUKUM PENGGUNAAN PINGGAN MANGKUK BUAT BONE CHINA
AL-KAFI LI AL-FATAWI:  SOALAN 388 (19 SEPTEMBER 2016 M/17 ZULHIJJAH 1437H)

SOALAN:

Assalamualaikum Ustaz,  Apa hukumnya memakai pinggan mangkuk yang ada perkataan "Bone China?"

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Bone China diterjemahkan menurut Kamus Dewan sebagai tembikar cina.  Komposisinya memiliki 50% debu tulang, 25% batu Cornish.  Tulang yang digunakan ialah tulang haiwan yang dipanaskan pada susu yang tinggi.  Berkenaan dengan hukum, sepakat dalam kalangan ulama penggunaan tulang daripada jenis binatang halal yang disembelih dengan betul.  Namun mereka khilaf dalam penggunaan tulang binatang halal yang tidak disembelih dengan betul, ataupun bangkai.  Justeru, jika diyakini syarikat berkenaan menggunakan sumber tulang yang suci, makan ia bukan najis.  Jika sebaliknya, maka ia adalah najis dan tidak sesuai digunakan sebagai bekas makanan.

Kami bersetuju dengan Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-99 yang bersidang pada 4-6 Mei 2012 telah membincangkan mengenai Hukum Penggunaan Peralatan Dan Perhiasan Berasaskan Abu Tulang Haiwan (Bone China).  Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

*  Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa berdasarkan mazhab Shafie, sifat kenajisan babi masi kekal dalam produk bone china dan sifat najis tersebut tidak akan hilang kerana proses istihalah dianggap tidak berlaku.

*  Muzakarah juga berpandangan bahawa sekiranya penggunaan produk bone china yang berasaskan abu tulang haiwan yang tidak halal mengikut Syarak ini diharuskan, maka ia akan membuka ruang kepada penggunaan produdk-produk bersumberkan haiwan yang tidak halal mengikut syarak berleluasa.

*   Muzakarah juga berpandangan bahawa peralatan atau perhiasan bone china tidak mencapai tahap keperluan (darurah) kepada masyarakat untuk memiliki dan menggunakaannya.

*  Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa penggunaan bahan peralatan atau perhiasan yang dihasilkan daripada abu tulang haiwan (bone china) yang tidak halal mengikut syarak, termasuk haiwan yang halal dimakan tetapi tidak disembelih mengikut hukum syarak adalah tidak diharuskan.

*  Walau bagaimanapun, penggunaan peralatan dan perhiasan berasaskan abu tulang haiwan (bone china) yang halal dimakan dan disembelih mengikut hukum syarak adalah diharuskan.

Wallahua'lam.

Pautan ke laman rasmi PMWP: https://goo.gl/UhgNbW


Jadi begitulah hukumnya....  Mak Long kena bagi orang atau buang sahajalah jawabnya....



















Friday, July 13, 2018

Passport Antarabangasa Malaysia, New York

Assalamualaikum,

Tinggal merantau di luar negara beberapa keperluan penting yang sentiasa diberi perhatian seperti tarikh hidup dan luput passport antarabangsa, sijil tarap permastautin dalam sesebuah negara dan lain-lain lagi mengikut garis pandu keperluan dan undang-undang negara yang dilawati atau tinggal.  Malaysia mempunyai hubung kait dengan negara-negara asing di mana khidmat embassy dan consulate amat penting sebagai wakil resmi negara.   

Di Amerika Syarikat ada tiga tempat bagi urusan passport dan visa, iaitu: 

1.
Malaysian Embassy di Washington DC
3516 International Court, N.W. 20008
Washington DC
District of Columbia
United States

Telepon No.
+1-202-572-9700

Fax No.
+1-202-572-9882

Email
mwwashington@kln.gov.my

Website URL
http://www.kln.gov.my/web/usa_washington/home



Consulate General of Malaysia, New York

2.
Malaysian Consulate
313 East 43rd Street
New York 10017 
United States

Telepon No.
+1-212-490-2722
+1-212-490-2723
+1-212-490 1420

Fax No.
+1-212-490-2049
+1-212-490-1420

Email
mwnewyorkcg@kln.gov.my
iminycg@yahoo.com

Website URL
http://www.kln.gov.my/web/usa_new-york/home


3.
Malaysian Consulate
777 South Fiqueroa Street, Suite 600
Los Angeles 90017
United States

Telepon No.
+1-213-892-1238

Fax No.
+1-213-892-9031

Email
lax.info@kln.gov.my

Passport Mak Long tinggal beberapa bulan akan luput tarikhnya dan memerlukan pembaharuan segera.  Biasa-biasa urusan passport diurus di Kuala Lumpur apabila pulang ke sana, tetapi kali ini Mak Long tidak ada rancangan pulang ke Malaysia dalam masa terdekat ini.  Pejabat Malaysian Consulate yang terdekat bagi kami di Texas ialah samaada di New York atau Washington DC.  Mak Long telah membuat beberapa panggilan talipon di Malaysian Embassy di Washington DC dan General Consulate of Malaysia di New York atas urusan memperbaharui passport. 

Menurut keterangan yang diterima, passport antarabangsa rakyat Malaysia yang sudah luput tarikhnya selama sepuluh (10) tahun atau lebih ketika masih berada di USA tidak boleh diperbaharui di mana-mana wakil pejabat embassy dan consulate di USA.  Rakyat terbabit perlu pulang dan berurus sendiri di pejabat imigresen di Malaysia.  Ia perlu memohon surat  perlepasan khas untuk satu kali perjalanan pulang ke Malaysia.  Jadi jangan ambil ringan dengan perkara penting ini.  

Pembaharuan passport dan visa boleh dilakukan samaada di Washington DC atau di New York.  Hanya bezanya urusan pembaharuan passport yang diurus di Washington DC mengambil masa lebih panjang atas sebab urusan pembaharuan passport itu akan dihantar ke pejabat di New York untuk diproses selanjutnya.  Mana kala di New York pula urusan passport mampu siap dan selesai dalam satu hari.  Waktu urusan ialah 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari iaitu waktu untuk penyerahan borang permohonan dan lampiran-lampiran kertas yang diperlukan iaitu passport antarabangsa dan kad pengenalan.  Gambar tidak perlu kerana mereka menyediakan kemudahan mengambil gambar.  Pembayaran pembaharuan passport dan salinan dokumen (kiranya menggunakan khidmat mesen mereka) dikenakan dalam matawang USD.  Waktu penyerahan passport yang sudah siap pula mulai jam 2.00 petang hingga 4.00 petang.



Malam di New York dari tingkap Mellinium Hilton tingkat 32

Mak Long ke New York ditemani Icah anak bungsu kami, telahan Icah sudah beberapa kali ke sana.  Kami berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Austin sebelah petang dan sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa JF Kennedy, New York malam.  Ramai sungguh orang di lapangan terbang dengan kerenah dan perangai!  Dari lapangan New York kami ke hotel yang sudah ditempah lebih awal lagi.  Perjalanan dari lapangan terbang ke hotel mengambil masa hampir sejam walaupun jaraknya hanyalah 15 batu sahaja.  Kenderaan di sana sangat sibuk ditambah pula terlalu banyak lampu isyarat.  Bingit telinga dengar bunyi hon kereta!  Ingatkan bandaraya terbesar dan moden di dunia keadaan kelam kabut lalu lintas pasti lebih canggih dan teratur.  Mungkin keadaan di KLIA lebih baik dan selesa!  Tentulah puji tanah air sendiri kan...  Hampir jam 12 malam sampai hotel!  Besar mencakar langit hotel itu.  Kami ditempatkan di tingkat 32 nun.  Sangat bagus dengan pemandangan luas dan cantik dikelilingi dengan pencakar-pencakar langit.  Nampak katil terasa keletihan tambah pula sudah lewat, mata mula mengantuk.



Restauran Rasa

Pagi-pagi lagi (jam 8.00 pagi) selepas sarapan kami sudah turun hotel berjalan kaki ke pejabat consulate yang terletak tidak jauh dari hotel.  Beberapa orang ramai sudah sedia berada di situ.  Urusan berjalan lancar tanpa masaalah.  Setelah selesai kami keluar menilau-nilau bandaraya New York.  Naik "subways" (keretapi bawah tanah) dan makan tengahari itu kami makan di Restauran Rasa diusahakan oleh anak Malaysia.  



Nasi kerabu sedapnya bukan main


Ramai sungguh penghuni dan pendatang New York yang datang dari pelbagai pelusuk dan cerok, dari pelbagai bangsa dan agama serta fahaman berlainan dengan seribu tabiat dan gelagat.



Pejabat Consulate Malaysia, New York

Kami kembali semula ke consulate selepas jam dua petang untuk mengambil passport baru.  Tetapi Mak Long perasan mereka-mereka yang sama-sama buat passport pagi tadinya tidak senyum!  Nampak sahaja Mak Long masuk ruang pejabat, pegawai bertugas menerangkan pada Mak Long passport tidak dapat diserahkan hari tersebut disebabkan kesilapan dalam proses membuat passport.  Chip keselamatan sepatutnya dimasukkan pada muka pertama passport tidak ada dan tidak sah!  Kami diminta membuat semula proses urusan pada hari esoknya.  Mujurlah Mak Long merancang tinggal di New York hingga hari Sabtu.  Kalau tidak nayar!  Ada juga yang menghadapi masaalah tidak ada masa!  Maka passport baru mereka terpaksa diserahkan melalui pos....












Monday, June 11, 2018

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1439H

Assalamualaikum, 








Istimewa untuk muslimin dan muslimat di seluruh Malaysia tanah air tercinta terutama ahli keluarga yang dirindui, tidak kira di mana juga berada di bumi Allah, juga tidak dilupakan kepada sahabat handai yang berada di perantauan yang tidak dapat pulang untuk bersama-sama keluarga.  Sempena menyambut hari kemenangan berakhirnya Ramadan 1439H, kami sekeluarga di rantauan mengucapkan:  SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.

Salam dihulur memohon maaf zahir dan batin atas segala kehilapan dan keterlanjuran bahasa dalam kata-kata dan penulisan.

Kepada yang pulang ke kampung, bersabar dan berhati-hati ketika memandu kenderaan agar selamat sampai kepangkuan keluarga.  Biar lambat asal selamat.


Salam Eid Mubaraq
Mak Long sekeluarga
Canyon Lake
Texas  




Saturday, June 2, 2018

Sembang Kami..Talipon

Assalamualaikum,


Lepas subuh pagi ini...

Pak Long :   I haven’t seen my phone...

Mak Long:   I’ll call your phone.. showing your phone is ringging ..!  But I don’t hear it...

Pak Long keluar melalui pintu belakang terus ke garage.  Lama jugalah.  Cari taliponlah tu!  Mak Long tekan butang buat panggilan talipon Pak Long sekali lagi.  Mak Long punya talipon berdering tetapi talipon Pak Long tidak ada berdering di mana-mana.

Pak Long :  I got it!

Mak Long:  Where did you find it?

Pak Long :   At the car port.  The alarm went off must have scared the deer this morning!

Mak Long:   Hahaha it must have scared the baby birds too!  (Ada sarang burung di alang-alang tempat kereta.


















Kami Balik Kampung Wickliffe, Kentucky


Assalamualaikum,

7hb - 10hb Mei, 2018


Dari Linville Falls, North Carolina kami teruskan perjalanan arah Kentucky melalui Tennessee dan berhenti untuk tegang-tegangkan urat di perhentian Greenville.  Mak Long berminat tangkap gambar-gambar alam semula jadi dan bangsal-bangsal (barns) peladang baru atau lama seperti gambar di bawah ini.  Kalau di kawasan peladangan bangsal memang memainkan peranan penting dalam usaha pertanian.  Ia digunakan sebagai tempat menyimpan bijiran, benih dan lain-lain.   


Bangsal merah
Red barn

Masuk seawal bulan Mei peladang daerah itu sudah mula mengerjakan kerja-kerja membajak tanah, menyemai dan menanam beberapa jenis tanaman terutama gandum dan jagong buat tahun ini.  


Ladang Gandum

Kami sampai di rumah Judy sepupu Pak Long sudah petang.  Ketika kami sampai Judy sedang sibuk membuat persiapan menanam pokok bunga.  Katanya Junior suami Judy sedang tidur tidak sihat.  Dia jatuh dihempap besi ketika membuat kerja berat di belakang rumah..mungkin retak tulang selangka kata Judy sebab susah bernafas dan sakit bila bergerak.  Baru pertama kali tengok omputeh tidak mahu pergi jumpa doktor bila sakit.  Sanggup menahan sakit!   Adoiiii..  Jadi kami ke bangunan besar di belakang rumah di mana bangunan itu diguna sebagai dewan serba-guna.  

Gambar di bawah ini ialah sehelai quilt yang Mak Long buat dan hadiahkan pada Judy beberapa tahun lalu.  Masih dia simpan sampai sekarang....  


Quilt pelangi

8hb Mei, 2018

Malam itu kami bermalam di rumah Judy di bilik biasa yang kami gunakan setiap kali bila kami balik kampung.  Rumah lama peninggalan bapa Judy iaitu bapa saudara Pak Long.  Pagi itu kami merayau-rayau kawasan belakang rumah.  Pak Long tunjukkan bangsal lama sudah berpuluh tahun.  Pak Long kata bangsal itu sepanjang hidupnya memang sudah ada, tidak tahu berapa lama.  Dulu ia digunakan untuk mengeringkan daun tembakau.  Keluarganya menanam dan mengusahakan tembakau untuk dijual di suatu abad dahulu.  Kini tidak lagi..bangsal itu jadi tempat letak barang-barang lama seperti batu bata abad 1600an dan beratus batang kayu digunakan untuk sangkut dan sidai daun tembakau.  Masih utuh dan tidak rosak. 

Bangsal Lama bahagian hadapan

Bangsal lama bahagian belakang

Gambar di bawah ini adalah dalam bangsal.  Batang-batang kayu yang kelihatan itulah batang untuk menyidai daun tembakau.


Peran atas dalam bangsal lama

Gambar yang ini ialah panaroma sebahagian dari belakang kawasan rumah dan tanah.  Luas betul tanah keluarga mereka.




Judy ajak kami pergi ke rumah terapong yang Junior bina tiga, empat tahun lalu.  Rumah itu dibina ditebing sungai di mana apabila air pasang atau musim tengkujuh rumah akan terapong.  Hanya mereka yang menjadi ahli kumpulan daerah itu sahaja dibenarkan membina rumah terapong.  Mak Long tidak minat rumah macam itu ..... banyak nyamok!  Lagi pun perbelanjaan tinggi, selalu hendak perbaiki apabila banjir musim tengkuju.  Tetapi suasana di situ sunyi dengan pemandangan yang indah.  


Kawasan memancing ikan dan memburu itik


Aktiviti di situ ialah memancing ikan air tawar, memburu itik dan rusa.  Kata Pak Long memburu itik seronok.  Itu kalau suka memburu itik.  Hobi macam itu Mak Long tarik dirilah kerana hobi itu kadang-kadang terpaksa duduk berendam di paya atau di sungai atau tempat lecah, tentunya ada cacing-cacing dan lintah sekali.  

Gambar di bawah ialah patong itik (decoys) digunakan untuk menarik itik datang.  Ia diletakkan terapong di permukaan air.  Disamping itu pemburu meniup wisel meniru seperti itik berbunyi memanggil itik datang.  Kata Pak Long kena berlajar dan berlatih macam mana hendak tiup wisel seperti bunyi itik.  Kalau tidak nanti itik lari dan terbang takut bunyi wisel hahaha...



Patong itik

Gambar di bawah ini adalah antara rumah-rumah terapong di situ.  Nampak tak dua batang galah besi lurus di sisi kiri berganding dengan rumah itu?  Itu adalah galah yang mengimbangkan turun naiknya rumah apabila air naik dan pelampong di bawah rumah agar rumah timbul berapong.



Rumah terapong

Gambar yang di bawah ini pula adalah rumah terapong Judy dan Junior bersais kecil menampung satu bilik tidur, bilik air, dapur dan ruang tamu.  Selesa juga dalam rumah kecil itu.

Rumah terapong milik Judy dan Junior

Wanita yang duduk goyang kaki di bawah itulah Judy, mem kaya sedang duduk di beranda rumah terapongnya.  Kini beliau sudah pencen menghabiskan masanya dengan pelbagai aktiviti bercucuk tanam.  


Judy

Gambar di bawah ini adalah bahagian dapur rumah terapong.  Selesa juga rumahnya.   


Dapur rumah terapong

Gambar di bawah, inilah Junior.  Pagi itu dia boleh bangun tapi katanya masih terasa sakit.  Bila tanya kenapa tidak mahu pergi jumpa doktor.  Jawabnya apa?  "Sama jer, kalau saya jumpa doktor, dia bagi ubat tahan sakit buat saya tidur.  Buang masa!  Kalau ada tulang patah pun sama juga saya kena tunggu baik juga!"  Peliknya dia!


Junior

Hari kedua kami ke rumah sahabat Pak Long bernama Tom Cruise (bukan bintang filem terkenal Tom Cruise yang kacak itu).  Pak Long hadiahkan Tom sebuah kerusi besi (iron bench) yang sudah dibaik-pulih beberapa bulan dahulu.  Sukanya dia!  Tom seorang yang peramah dan kelakar suka bercerita kisah-kisah zaman sekolah bersama Pak Long.  Bila Tom membuka mulut bercerita maka tidak kering gusi mendengarnya.  Dia bekerja kampung sahaja, bertani dan menggumpulkan besi-besi barang lama untuk dijual.  Ketika kami berada di kawasan rumahnya adalah beberapa roda besi buruk besar.  Memang sudah lama Pak Long cari roda besi.  Hendak dibuatnya sebagai hiasan di kawasan rumah.    

Pak Long:   Tom are those for sale?

Tom:           Yey, yeh they are...  Why?

Pak Long:   How much?

Tom:           Oohhh  $120 for all of them!

Pak Long:   I take them...

Maka inilah.... tengok kami menggangkut besi buruk bawak balik Texas!  Hahaha ...  Tom tambah lagi sebuah kerusi besi buruk yang katanya dia hendak bagi sahaja...  Senyum lebar Pak Long... "No, no, no Tom.  I pay for it!"  Tom menolak tetapi Pak Long tetap bayar juga.  Maka terdapatlah tiga pasang roda, dua buah kerusi buruk (yang sebuah itu kerusi buruk Robin tidak mahu lagi) dibawa pulang ke Texas.


Anggkut besi buruk!











































Thursday, May 24, 2018

Linville Falls, North Caroline

Assalamualaikum,

6 & 7hb May, 2018


“Esok kita bertolak pagi-pagi.  Lebih kurang enam jam atas jalan...” kata Pak Long.  Mak Long anggok menyetujui.  Cadangannya hendak balik kampung Pak Long di Kentucky tetapi dalam perjalanan kami akan singgah beberapa tempat .. saja tengok-tengok tempat. 

Sejak berada di rumah Robin Mak Long tidaklah turun-turun di ruang tamu di tingkat bawah.  Rumahnya dua tingkat.  Bahagian tingkat atas sama rata dengan arah paras tanah rata.  Tingkat bawahnya separuh bahagian di dalam tanah macam "basement" gitu.  Kebanyakan rumah di daerah utara begitu.  Jadi pagi ini Mak Long turun kebawah bersebelahan dengan garage..  Poh! penuh memacam benda dalam garage.  Manalah si Ricky hendak letak motorsikal yang Pak Long bagi tu?  Di hujung anak tangga bawah sebelah kiri menuju ke ruang tamu aduh terkejut besar ... nasib tak pengsan!  Seekor patong "mummy" besar (mereka guna masa haloween dulu) berbalut kain putih berdiri lurus di situ buat kami berdua terkejut!  Memang pelih budak-budak ni bawak iblis dalam rumah!  Bilalah mereka hendak sedar jadi manusia?  


Quilt bintang pecah lapan

Di ruang tamu mata Mak Long terpaku pada sehelai quilt tersidai di atas kerusi malas.  Nampak seperti kenal!  Dekati dan tengok betul-betul...  Laa itu quilt yang Mak Long buat beberapa tahun lalu rupanya.  Malas hendak tanya bila quilt itu ke situ kerana Mak Long lupa bila bagi pada mereka?  


Quilt dandan panjang
(Braid table runner)

Di meja dapur (kitchen counter) sehelai lagi quilt sebagai alas tengah di meja panjang yang Mak Long jahit (gambar di atas).  Di situ rupanya!  Mak Long sudah lupa semua quilt-quilt itu.  Bila ternampak barulah ingat dan timbullah semula keinginan hendak buat dan aktif semula apabila balik kerumah, in sha Allah.  




Inilah rumah Robin dan Ricky.  Di sebelah kanan garage itulah terletaknya ruang tamu kedua (bawah tanah). 




Ini beranda bahagian belakang dapur.  Mak Long suka duduk di situ berangin sepui-sepui.  Pokok hutan tinggi-tinggi di belakang rumah buat kawasan redup dan nyaman.  Kadang-kadang terdapat binatang liar seperti anjing liar di situ.


7hb Mei, 2018

Pagi-pagi kami sudah bersedia untuk bertolak meneruskan perjalanan kami.  Cuaca sedikit dingin pada waktu pagi memerlukan memakai baju panas nipis.  Cadangnya hendak ke sebuah tempat air terjun Linville.  Dalam perjalanan kami lalu di tempat peranginan di pergunungan The Blowing Rock.  Banyak juga kereta bergerak perlahan kerana kerja-kerja memperbaiki jalanraya di pergunungan.  Kami singah ronda-ronda sebentar, tetapi terasa sukar sedikit Pak Long hendak belok sana sini kerana "trailer" yang kami heret di belakang truck.


Blowing Rock, North Carolina

Tengoklah jalanraya sempit lagi bengkang bengkok.  Kadang-kadang Mak Long kejam mata bila lalu tempat-tempat yang merbahaya di mana ada gaung di bawanya.  "Did you see that big truck we just passed, dear?"  Tanya Pak Long.  Mak Long jawab "Tak..."   "What....? "  Mak Long jawab, "I closed my eyes...!"  Hahaha....


Blue Ridge Mountains Road

Terdapat banyak anak-anak sungai kecil di sepanjang perjalanan di pergunungan itu.  Banyak juga terdapat air terjun kecil indah di situ seperti gambar di bawah.


Air terjun kecil di tepi jalanraya

Mana tidaknya, tengok sahajalah gambar yang dirakam di bawah ini...  Batu nalaa besar gergasi tersombol ke jalan.  Mana hendak nampak kenderaan mendatang?  Selekoh tajam pulak tu!  Kalau bawak truck mesti hendak kena benoh ke kiri jalan yang ada gaung dalam di bawah .... haiiss gerunlah!


Batu gergasi melintang jalan di Blue Ridge Mountains

Kami selamat sampai di kawasan Linville Falls.  Linville Falls letaknya dalam kawasan Pisgah National Forest, North Carolina.  Masuk ke dalam kawasan air terjun tidak dikenakan sebarang bayaran.  Janji jaga kebersihan.  


Pondok penerangan penggunjung Linville Falls

Kena menyeberangi sungai melalui jembatan dalam gambar di bawah.  Dari pondok penerangan jalan dan lorong boleh tahan juga.  Selepas itu kena ikut rentak loronglah...




Akhirnya kami sampai di kawasan air terjun iaitu Linville Falls.  Linville Falls merangkumi tiga buah tingkat air terjun.  Gambar di bawah adalah air terjun aras atas sekali.  Berpeloh jugalah hendak menyampaikan ke situ.  Pak Long nampak tercunggap juga hahaha.. nasib makcik adalah juga berjalan kaki setiap hari. Tidak ramai orang ketika itu.  Bagus!  Tenang dan sejuk airnya..  Kalaulah dapat datang hari-hari di situ alangkan bagusnya..


Upper Linville Falls

Kenalah panjat gunung dan panjat tangga sedikit hendak ke air terjun itu.  Dengar deruan air terjun sudah cukup untuk menguatkan hati hendak ke situ.  Gambar bawah, itu baharu sedikit mungkin nampak mendatar sahaja.  Tetapi hati seronok bukan main.. 


Lorong sempit ke upper Linville Falls

Adalah orang tu sudah kepenatan..  Jangan ambil gambar saya katanya hahahaha.. ada ke!




Nasib baik adalah pihak negeri bina tangga batu-batu tekel untuk kemudahan penggunjung ke situ.  Licin pulak tu kerana kawasan begitu lembab dan ada lopak-lopak air.  Jangan lupa pakai sepatu bertapak khas untuk melalui tempat-tempat begitu.  Pakai selipar jepun kalau hendak mati cepat!


Lorong ke Linville Falls kedua

Berbaloi berjalan jauh-jauh panjat gunung.  Tengok sahajalah Linville Fall kedua di bahagian tengahnya.  Lagi tinggi dan besar, lagi kuat bunya air terjunnya.  Gambar di bawah menunjukkan ke dua-dua Linville Falls.


Linville Falls kedua

Gambar di bawah adalah bahagian anak sungai Linville Falls mengalir deras ke Linville Falls ketiga. Kami tidak ke situ.  Pak Long kata dia sudah rasa sei'eh hahaha penat katanya.  Rasanya Mak Long boleh lagi kalau Pak Long tidak mengalah.


Air anak sungai deras mengalir

Gambar di bawah ini sengaja Mak Long hendak tunjuk.  Gambar paku pakis banyak tumbuh berkeliaran segar biak di serata pergunungan dalam musim bunga.  Mak Long sanggup beli dan bayar USD12.00 sepasu hanya hendak buat hiasan di depat pintu rumah!  Di situ semuanya tumbuh hidup liar tidak siapa berminat...  Rusa pun tidak ingin!




Adalah sejam dua kami di situ menikmati alam hutan yang indah.  Janji jangan ada beruang hitam kejar sudahlah!  Mampus tergolek masuk gaung!  


Bunga hutan

Kami sampai Kentucky hampir petang.  Di kawasan ini masih berasa dingin walaupun sudah masuk bulan Mei.  Kami disambut mesera oleh Judy iaitu sepupu Pak Long.