Pages

Saturday, December 31, 2016

Selamat Tahun Baru 2017

Assalamualaikum,




Halaman surat 365
Hari terakhir tahun 2016
Mari melangkah ke hadapan dengan azam
Memperbaiki diri dalam
Keimanan, Kesabaran Dan Kesihatan
Serta usaha terus maju ke hadapan
Amin

SELAMAT TAHUN BARU 2017





Most of us look at the New Year as a time for new beginnings. 
 It is when we renew our commitment to ourselves 
and make changes that improve our lives 
and most importantly revive our health.

HAPPY NEW YEAR 2017










Saturday, December 10, 2016

Sinario Di Klinik Mata

Assalamualaikum,

Kami sampai terlalu awal untuk temu-janji dengan Dr Singer, doktor yang merawat mata Mak Long.  Rawatan kali ini ialah menjalani rawatan LipiFlow untuk melegakan penyakit kering mata.  Pernah menulis tentang perkara yang sama Disini.  Selepas daftar diri kami duduk menunggu giliran Mak Long dipanggil.  Banyak bahan baca tersedia, tetapi Mak Long tidak berminat membaca kali ini.  Pak Long capai senaskah majalah, nun jauhlah tumpuannya entah ke mana.  Mak Long jadi pemerhati mereka yang masuk/datang dan pergi di pusat rawatan mata.  Hahaha Mak Long nyonya kepochi .......

Sepasang bangsa Yahudi masuk lalu terus daftar diri di salah satu komputer tersedia.  Lama juga mereka mengodeh komputer, tidak faham cara agaknya (kelinik ini tidak ada penyambut tamu khas bertugas untuk melayan pesakit yang datang).  Semua guna komputer, canggih betul!  Mula-mula dahulu ketika sistem ini mula digunakan di kelinik ini, terkial-kial juga hendak mendaftar kedatangan.  Mana tidaknya, sudahlah mata meragam!  Ada penyambut tamunya tetapi duduk jauh di hujung sana memerhatikan mereka yang masuk.  Bila ada orang terkial-kial dengan komputer barulah dia bangun bantu.  

Bagaimana Mak Long boleh kenal pasangan itu Yahudi?  Pasangan lelakinya pakai kopiah kecil sebesar tapak tangan berbentuk seperti tempurung kelapa tertepek di tengah kepalanya.  Dalam hati ingin tahu macam mana kopiah kecil itu boleh terletak dan lekat di kepalanya sebab kopiah itu kecil sahaja.  Bila angin tiup atau kena kipas angin, dari mata kasar tentulah sudah terbang.  Kebetulan pula mereka duduk di kerusi hadapan kami.  Rupa-rupanya ada sepit rambut halus disepit pada rambutnya.  Kalau botak macam mana ye?

Beberapa minit kemudian daun pintu hadapan ditolak kasar.  Seorang kanak-kanak lelaki lingkungan sepuluh atau sebelas tahun masuk seperti ribut.  "I am looking for my mom.... I am not lost..my mom is here..."  Terlonjak-lonjak seperti kera!  Amboi tidak ada bahasa betul anak omputeh itu.  Lalu ia hilang dikejar dari belakang oleh seorang pekerja di situ.

Kemudian seorang pegawai lelaki tegap berpakaian seragam dengan sebilah pistol tergayut di tali pinggang sebelah kanannya.  Tanpa menoleh kiri dan kanan ia terus menemui penyambut tamu sambil menghulurkan sekeping kertas kepadanya.  Penyambut tamu itu menganggok-anggokkan kepalanya sambil menulis sesuatu dikertas tersebut.  Kemudian seperti mula-mula datang tadi pegawai itu keluar semula.  Kira-kira lima belas minit kemudian ia kembali semula ke ruang kami menunggu giliran.  Kali ini beliau ditemani dengan dua orang lagi pegawai berpakaian seragam juga lengkap bersenjata api.  Dua-dua mereka itu mengapit di kiri dan kanan seorang berbadan sasa dan muda berbaju penjara.... banduan rupanya!  Kedua-dua tangannya digari sedangkan kedua-dua kakinya pula dirantai besi.  Payah benar nampaknya dia hendak bergerak.  Mana tidaknya!  Mereka terus dibawa masuk ke bilik rawatan oleh seorang dari jururawat bertugas.  "Jail bird" pun dapat kemudahan rawatan kesihatan mata!  Ketika itu semua mata tertumpu kepada mereka, sesuatu yang jarang dilihat.

Sudan hampir lima belas minit kami duduk di ruang menunggu.  Ramai juga yang sedang menunggu giliran masing-masing.  Begitu juga ramai yang sudah dapat rawatan sedia untuk pulang.  Sibuk benar hari ini.  Ketika itu keluar tiga orang (kanak-kanak lelaki tadi, seorant lelaki tua dan seorang wanita sudah berumur) dari bilik rawatan ditemani seorang jururawat bertugas.  Wajah wanita itu nampak marah, merah mukanya.  Mereka berhenti di ruang membuat temu-janji yang akan datang.  Apabila selesai mereka berjalan laju menghala ke pintu keluar.  Tiba-tiba wanita tua itu berhenti, berpusing 180 darjah mengadap kanak-kanak lelaki itu, hampir-hampir mereka bertembong.  Mulut wanita kumat kamit sambil telunjuknya menuding keras kepada kanak-kanak tersebut.  Budak itu tunduk tidak berani menghadap datuknya.   Hai adalah yang tidak kena....!!!   Hahahaha asik Mak Long memerhati suasana hangat itu, hampir tidak perasan nama dipanggil untuk berjumpa dengan doktor.




Sayup mata memandang

















Monday, December 5, 2016

Selamat Ulang Tahun, Icah


Assalamualaikum






6hb December, 2016
Di tanggal ini kamu dilahirkan
Usia mu bertambah setahun lagi
Pantasnya masa berlalu

Kamu dewasa di hadapan mata
Penawar hati bonda
Umpama mimpi yang nyata
Pantasnya masa berlalu

Doa bonda sepanjang hayat
Agar iman mu kuat menghadap dugaan
Agar hati mu sentiasa mengucap syukur
Agar jiwa mu ingat asal dan usul
Agar usaha mu gigih mengejar cita
Agar kesihatan mu sihat sejahtera
Agar hidup mu dilimpahi nikmat dan rahmat
Agar hidup mu dilimpahi rezeki melimpah ruah
Agar hidup mu berjaya dunia dan akhirat
Agar hidup mu penuh bermakna
Agar hidup mu bahagia

Icah,

SELAMAT HARIJADI, SAYANG
Muga menjadi insan solehah
Muga sentiasa dalam perlindungan dan kasih Allah











Sunday, November 13, 2016

Bibik I-robot

Assalamualaikum,

Melakukan kerja rumah memang tidak pernah habis, dua puluh empat jam sehari.  Hari-hari mesti ada sahaja kerja yang perlu dibereskan.  Siapa kata kerja rumah itu ringan dan mudah?  Kerja rumah lazimnya dilakukan oleh orang perempuan.  Kerja-kerja mengemas rumah, mencuci pakaian, menyediakan makanan untuk keluarga dan termasuk juga yang menguruskan kerja-kerja membersihkan halaman dan keliling rumah.  

Kebanyakan keluarga orang Malaysia mempunyai bibik untuk membantu meringankan  kerja suri rumah.  Di Amerika pula hanya orang berada sahaja mempunyai bibik.  Kami tidak punya bibik, jadi Mak Long lakukan semua sendiri.  Semakin umur meningkat, tenaga juga semakin tidak bermaya untuk membuat kerja rumah.  Terasa malas benar bab hendak menyapu/vakum dan mengelap lantai setiap minggu.  Apabila keadaan memerlukan disebabkan kesihatan terganggu terpaksa juga Mak Long panggil seseorang untuk membantu meringankan kerja rumah.  Tidak boleh selalu panggil orang putih datang buat kerja di rumah!!  Mahal!  Lima jam kerja harganya antara USD90.00 - USD100.00.

Biasa kalau Icah balik di hujung bulan, maka dialah yang rajin buat kerja vakum dan mengelap lantai.  Seminggu sebelum harijadi Mak Long Icah balik membawah sesuatu untuk Mak Long.  Tahu apa bendanya?   "Mom, Icah bawa bibik untuk bantu Mom!"  Hahaha bibik I-robot!  

Alhamdulillah.... selama ini tidak terfikir pulak tentang I-robot.  

Semenjak hari itu, I-robotlah yang bersihkan sampah sarap dan habuk dalam rumah.  Tidaklah dapat dinafikan Mak Long suka benar I-robot yang meringankan tugas Mak Long.  Ia boleh dijadualkan melakukan kerja rumah setiap selang sehari.  


Bibik I-robot










Sunday, November 6, 2016

Pertukaran Waktu

Assalamualaikum,


Hari ini iaitu 6hb November, 2016, maka bermulanya pertukaran waktu yang dipanggil dalam bahasa Inggeris "Daylight Saving Time".


Antara siang dan malam


Apabila waktu tempatan semalam menghampiri pagi hari Ahad, 6hb November, 2016, jam 2:00:00 pagi - jarum jam dikebelakangkan satu jam memulakan hari Ahad.  Juteru waktu tempatan mulai hari Ahad kini beralih dari jam 2:00:00 pagi kepada jam 1:00:00 pagi.


Waktu siang yang pendek

Lebih sering diistilahkan sebagai "Winter Time" atau waktu musim sejuk.  Hari siang lebih pendek dari hari malam dan cuaca juga bertukar dingin dan seterusnya sejuk hingga akhir musim bunga.  


Malamnya panjang

Itulah kebesaran Pencipta yang satu lagi maha esa.  Tiada satu mahlok pun yang dapat mengubah dan menyangkal ciptaan Nya ...., maka jadilah.....


Akhirnya musim sejuk











Thursday, November 3, 2016

Air Teh Jemur

Assalamualaikum,

Dalam musim panas Mak Long sering membuat teh jemur untuk minuman melepas dahaga.  Ia sangat mudah menyediakannya.  Bagi menyediakan satu jar sederhana besar kira-kira satu gelen air (boleh guna air masak biasa).  Masukkan sebungkus teh lipton atau apa-apa jenis mengikut selera sendiri.  Sekiranya gemar air teh pekat bolehlah tarok dua atau tiga bungkus teh.  Mak Long suka guna teh hijau (green tea) dan letak potongan batang serai ...  Kekadang Mak Long guna daun limau purut yang dicarik-carik atau pun daun pudina.  Kemudian tutup jar itu serta letakan dibawah sinaran matahari.  Kalau hari panas terik cepatlah dapat teh untuk dinekmati.  Kami minum teh tanpa gula, minum gitu sahaja..



Air teh jemur