Pages

Sunday, November 13, 2016

Bibik I-robot

Assalamualaikum,

Melakukan kerja rumah memang tidak pernah habis, dua puluh empat jam sehari.  Hari-hari mesti ada sahaja kerja yang perlu dibereskan.  Siapa kata kerja rumah itu ringan dan mudah?  Kerja rumah lazimnya dilakukan oleh orang perempuan.  Kerja-kerja mengemas rumah, mencuci pakaian, menyediakan makanan untuk keluarga dan termasuk juga yang menguruskan kerja-kerja membersihkan halaman dan keliling rumah.  

Kebanyakan keluarga orang Malaysia mempunyai bibik untuk membantu meringankan  kerja suri rumah.  Di Amerika pula hanya orang berada sahaja mempunyai bibik.  Kami tidak punya bibik, jadi Mak Long lakukan semua sendiri.  Semakin umur meningkat, tenaga juga semakin tidak bermaya untuk membuat kerja rumah.  Terasa malas benar bab hendak menyapu/vakum dan mengelap lantai setiap minggu.  Apabila keadaan memerlukan disebabkan kesihatan terganggu terpaksa juga Mak Long panggil seseorang untuk membantu meringankan kerja rumah.  Tidak boleh selalu panggil orang putih datang buat kerja di rumah!!  Mahal!  Lima jam kerja harganya antara USD90.00 - USD100.00.

Biasa kalau Icah balik di hujung bulan, maka dialah yang rajin buat kerja vakum dan mengelap lantai.  Seminggu sebelum harijadi Mak Long Icah balik membawah sesuatu untuk Mak Long.  Tahu apa bendanya?   "Mom, Icah bawa bibik untuk bantu Mom!"  Hahaha bibik I-robot!  

Alhamdulillah.... selama ini tidak terfikir pulak tentang I-robot.  

Semenjak hari itu, I-robotlah yang bersihkan sampah sarap dan habuk dalam rumah.  Tidaklah dapat dinafikan Mak Long suka benar I-robot yang meringankan tugas Mak Long.  Ia boleh dijadualkan melakukan kerja rumah setiap selang sehari.  


Bibik I-robot










4 comments:

  1. Pandai bibik tu buat ketja ya Mak Long...😊

    ReplyDelete
  2. Marahlah macamana pon, dia pasti tak menjawab! Hahahahahahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Uncle... campak dalam tong sampah pun dia tak jawab atau marah hahahaha..

      Delete