Assalamualaikum,
Dalam musim panas Mak Long sering membuat teh jemur untuk minuman melepas dahaga. Ia sangat mudah menyediakannya. Bagi menyediakan satu jar sederhana besar kira-kira satu gelen air (boleh guna air masak biasa). Masukkan sebungkus teh lipton atau apa-apa jenis mengikut selera sendiri. Sekiranya gemar air teh pekat bolehlah tarok dua atau tiga bungkus teh. Mak Long suka guna teh hijau (green tea) dan letak potongan batang serai ... Kekadang Mak Long guna daun limau purut yang dicarik-carik atau pun daun pudina. Kemudian tutup jar itu serta letakan dibawah sinaran matahari. Kalau hari panas terik cepatlah dapat teh untuk dinekmati. Kami minum teh tanpa gula, minum gitu sahaja..
Salam Mak Long ...
ReplyDeleteMinum air teh jemur nih apa petua / khasiat dia?
Teruja nak tau !
Waalaikumsalam,
DeleteTak ada petua hanyalah kekadang malas hendak jerang air. Khasiat hanyalah memberi kenyamanan melepaskan dahaga. Di Texas ni memang mereka gemar minum teh jemur di musim panas.
Assalamu'alaikum Mak Long...
ReplyDeletewah... terasa kehangatannya masuk ke tekak dan rongga dada... :)