Assalamualaikum,
Kami sampai terlalu awal untuk temu-janji dengan Dr Singer, doktor yang merawat mata Mak Long. Rawatan kali ini ialah menjalani rawatan LipiFlow untuk melegakan penyakit kering mata. Pernah menulis tentang perkara yang sama Disini. Selepas daftar diri kami duduk menunggu giliran Mak Long dipanggil. Banyak bahan baca tersedia, tetapi Mak Long tidak berminat membaca kali ini. Pak Long capai senaskah majalah, nun jauhlah tumpuannya entah ke mana. Mak Long jadi pemerhati mereka yang masuk/datang dan pergi di pusat rawatan mata. Hahaha Mak Long nyonya kepochi .......
Sepasang bangsa Yahudi masuk lalu terus daftar diri di salah satu komputer tersedia. Lama juga mereka mengodeh komputer, tidak faham cara agaknya (kelinik ini tidak ada penyambut tamu khas bertugas untuk melayan pesakit yang datang). Semua guna komputer, canggih betul! Mula-mula dahulu ketika sistem ini mula digunakan di kelinik ini, terkial-kial juga hendak mendaftar kedatangan. Mana tidaknya, sudahlah mata meragam! Ada penyambut tamunya tetapi duduk jauh di hujung sana memerhatikan mereka yang masuk. Bila ada orang terkial-kial dengan komputer barulah dia bangun bantu.
Bagaimana Mak Long boleh kenal pasangan itu Yahudi? Pasangan lelakinya pakai kopiah kecil sebesar tapak tangan berbentuk seperti tempurung kelapa tertepek di tengah kepalanya. Dalam hati ingin tahu macam mana kopiah kecil itu boleh terletak dan lekat di kepalanya sebab kopiah itu kecil sahaja. Bila angin tiup atau kena kipas angin, dari mata kasar tentulah sudah terbang. Kebetulan pula mereka duduk di kerusi hadapan kami. Rupa-rupanya ada sepit rambut halus disepit pada rambutnya. Kalau botak macam mana ye?
Bagaimana Mak Long boleh kenal pasangan itu Yahudi? Pasangan lelakinya pakai kopiah kecil sebesar tapak tangan berbentuk seperti tempurung kelapa tertepek di tengah kepalanya. Dalam hati ingin tahu macam mana kopiah kecil itu boleh terletak dan lekat di kepalanya sebab kopiah itu kecil sahaja. Bila angin tiup atau kena kipas angin, dari mata kasar tentulah sudah terbang. Kebetulan pula mereka duduk di kerusi hadapan kami. Rupa-rupanya ada sepit rambut halus disepit pada rambutnya. Kalau botak macam mana ye?
Beberapa minit kemudian daun pintu hadapan ditolak kasar. Seorang kanak-kanak lelaki lingkungan sepuluh atau sebelas tahun masuk seperti ribut. "I am looking for my mom.... I am not lost..my mom is here..." Terlonjak-lonjak seperti kera! Amboi tidak ada bahasa betul anak omputeh itu. Lalu ia hilang dikejar dari belakang oleh seorang pekerja di situ.
Kemudian seorang pegawai lelaki tegap berpakaian seragam dengan sebilah pistol tergayut di tali pinggang sebelah kanannya. Tanpa menoleh kiri dan kanan ia terus menemui penyambut tamu sambil menghulurkan sekeping kertas kepadanya. Penyambut tamu itu menganggok-anggokkan kepalanya sambil menulis sesuatu dikertas tersebut. Kemudian seperti mula-mula datang tadi pegawai itu keluar semula. Kira-kira lima belas minit kemudian ia kembali semula ke ruang kami menunggu giliran. Kali ini beliau ditemani dengan dua orang lagi pegawai berpakaian seragam juga lengkap bersenjata api. Dua-dua mereka itu mengapit di kiri dan kanan seorang berbadan sasa dan muda berbaju penjara.... banduan rupanya! Kedua-dua tangannya digari sedangkan kedua-dua kakinya pula dirantai besi. Payah benar nampaknya dia hendak bergerak. Mana tidaknya! Mereka terus dibawa masuk ke bilik rawatan oleh seorang dari jururawat bertugas. "Jail bird" pun dapat kemudahan rawatan kesihatan mata! Ketika itu semua mata tertumpu kepada mereka, sesuatu yang jarang dilihat.
Sudan hampir lima belas minit kami duduk di ruang menunggu. Ramai juga yang sedang menunggu giliran masing-masing. Begitu juga ramai yang sudah dapat rawatan sedia untuk pulang. Sibuk benar hari ini. Ketika itu keluar tiga orang (kanak-kanak lelaki tadi, seorant lelaki tua dan seorang wanita sudah berumur) dari bilik rawatan ditemani seorang jururawat bertugas. Wajah wanita itu nampak marah, merah mukanya. Mereka berhenti di ruang membuat temu-janji yang akan datang. Apabila selesai mereka berjalan laju menghala ke pintu keluar. Tiba-tiba wanita tua itu berhenti, berpusing 180 darjah mengadap kanak-kanak lelaki itu, hampir-hampir mereka bertembong. Mulut wanita kumat kamit sambil telunjuknya menuding keras kepada kanak-kanak tersebut. Budak itu tunduk tidak berani menghadap datuknya. Hai adalah yang tidak kena....!!! Hahahaha asik Mak Long memerhati suasana hangat itu, hampir tidak perasan nama dipanggil untuk berjumpa dengan doktor.
| Sayup mata memandang |






