Pages

Monday, December 21, 2015

Nota Memerun

Assalamualaikum,


Akhir-akhir musim luruh tahun ini tidak seperti tahun-tahun yang lepas.  Maksudnya cuaca tidak seburuk hingga merosakkan tanaman membuat tanaman habis melecur kerana kesejukan.  Lazimnya semua tanaman di kebun mesti dilindungi dengan menutup tanaman dengan kain gebar buruk atau plastik lebar sebagainya.  Tahun ini baharu satu kali belaku kesejukan beku (freeze) di tempat kami...alhamdulillah.  Tanaman seperti serai, keladi dan pokok jambu batu Mak Long selamat.  Harapan Mak Long agar musim sejuk juga tidak teruk tahun ini...mudah-mudahan.  



Pokok jambu batu baru hendak hidup

Pokok tumbuhan liar "bluebonnet" iaitu bunga kebangsaan Texas telah mula tumbuh melata dengan biak di depan rumah sejak awal bulan Oktober dan November.  Pokok bluebonnet memang tumbuh dalam musim dingin dan sejuk.  Lagi sejuk, lagi menjadi dia.  Bunganya berwarna biru akan mula berkembangan dalam di akhir musim sejuk hingga musim bunga.


Bluebonnet

Setiap musim panas di mana kami tinggal sering mengalami kemarau teruk yang berlarutan hingga beberapa bulan tanpa hujan.  Biasanya majlis perbandaran mengeluarkan undang-undang  tidak membenarkan membakar di kawasan rumah atau di kawasan-kawasan lapang.  Semua pokok-pokok yang Pak Long tebang di sekeliling kawasan rumah terpaksa dilunggukkan beberapa tempat sehingga semuanya jadi kering berdenting.  Kononnya dahan dan ranting itu nanti hendak di mesen halus sahaja untuk jadikan sungkup (mulch).  Tetapi sampai la ni tidak berusik, sudah kering payahlah hendak dimesen, nanti habuk pulak berterbangan, buat semua orang dapat batok!  Sungkup itu nanti akan digunakan untuk menutup keliling pokok di mana ia membantu melindungi kelembaban keliling pokok dari kering.  Tetapi tidak menjadi......  Apabila musim luruh sudah tiba dan cuaca pula mulai dingin maka undang-undang "burn ban" dilongarkan.  Pak Long mencongak-congak berapa longgok unggun hendak dibuat untuk memerun semua kayu keringnya.  Longguk-longguk itu pula mesti tidak terlalu besar agar mudah menjaganya, maklum semuanya kering.  Sedang kami berborak-borak tentang tugas itu, jiran kami Brenda yang pindah tetap beberapa bulan lalu muncul dengan lenggang seperti lelaki!   Pernah membuat anteri berkenaannya dahulu.    Di sini

"What y'all doint...?"  Sapanya dengan loghat orang Texas.  Senyuman di bibirnya tidak pernah lekang.  Kami ceritakan rancangan kami itu kepadanya.  "I will help you!  Let's do it!"  Whaaa ini peluang sudah sangat baik, bak kata pepatah orang mengantuk disurungkan bantal.  

Rupanya Brenda memang seorang yang ringan tulang.  Tidak kira apa jua kerja dia suka membantu.  Jiran kami di sebelah tidak jauh itu pun Brenda bantu bersihkan laman rumahnya.  Sifat dirinya sahaja wanita, tetapi tenaga dan gaya hidupnya seperti seorang lelaki.  Pak Long berbisik pada Mak Long, "I have to watch her not to get too close to my wife!"  Hahahaha Pak Long nih ke situ pulak fikirnya.....



Pak Long siram air keliling ungun api

Kerja memerun dimulakan dengan tiga lunggun.  Setiap lunggun Pak Long sediakan air agar api yang marak terkawal.  Tetiba angin pula mula bertiup,  hai bimbang juga takut api melarat.

Brenda at work!

Berihat

Tengahari itu Mak Long sediakan makan tengahari dengan beehoon goreng rencah udang besar-besar.  Mak Long tanya Brenda sekiranya dia pernah maka masakan orang Malaysia.  Tak pernah katanya.  Kenalah diterangkan apa benda alahnya beehoon goreng..  Habis sepinggan penuh dia makan beehoon goreng.  Sedap sangat katanya...  Kesudahannya dia hendak belajar pulak macam mana masak beehoon goreng.  Mak Long janji akan tunjukkan cara memasak beehoon dan nasi goreng nanti.  

Brenda menyatakan, dia mahu Marla iaitu rakan kongsinya juga merasa beehoon goreng.  Adalah lebih sedikit beehoon goreng itu, dapat juga Mak Long bekalkan untuk Marla.  Menurutnya Marla suka makan makanan yang pedas-pedas, jadi Mak Long tambah dengan cili hiris sekali.  Marla kini sudah dapat kerja baru di sebuah kelinik di San Antonio.  Beliau bertugas sebagai jururawat bertauliah.  Marla pula kuat bercakap dan ramah.  Sifatnya penuh kewanitaan.... 

Manusia di muka bumi ini mempunyai pelbagai ragam, tabiat, kepercayaan dan adat resam.  Kita adalah ciptaan Allah SWT yang paling istimewa.  Demi itu perlulah setiap insan itu hormat menghormati antara satu sama lain, mudah-mudahan berjaya hidup dalam suasana aman dan damai.

Unggun Api 

Berbalik kepada kerja membakar tadi, habis kerja itu hingga lewat petang kira-kira pukul lima.  Musim sejuk waktu siang lebih pendek dari waktu malam.


Unggun yang hampir malap



















Nota Riadah Pagi Isnin

Assalamualaikum,


Minggu ini tiap-tiap hari cuaca cantik walaupun ada harinya matahari tidak keluar walau seketika pun... alhamdulillah.  Suhu pun mesera dengan kulit tidak berasa kesejukan hingga ke tulang.  Angin dari utara pun tenang tidak menganas menghembus badai sejuknya.  Cuaca macam ini memang sesuai untuk berjalan atau jogging sihatkan badan yang sudah letih ini.  Pak Long mengingatkan selalu kena ikut nasihat doktor agar bersenam selalu.  Eloklah cakapnya itu.. kalau cuaca terlalu sejuk tidak tahan pula badan menjadi kaku pula.

Pak Long pulak bersemangat benar hendak berjalan pagi ini.  "Are you going for a walk today?..."

Mak Long:  "Yes.."

Pak Long:  "I come with you..."  

MakLong:  "Sure..... Let's walk by the dam" 

Canyon Lake letaknya tidak jauh dari rumah... hanya lebih kurang dua atau tiga batu sahaja jauhnya.  Di sana disediakan satu jalan tambak sejauh satu batu lebih di sisi Canyon Lake untuk pengunjung beriadah berjalan kaki atau kayuh basikal.  Pagi ini kami buat satu kali ulang alik sahaja.  Biasa kami buat dua, tiga kali ulang alik.  Namun begitu terasa juga tegang urat keting bila cuba memanjat batu di pinggir tasik itu.  Meleleh peluh, barulah segar rasa badan.



Canyon Lake








Saturday, December 19, 2015

Nota Sekodeng

Assalamualaikum,

Mak Long perasan berasa ada seseorang atau sesuatu memerhatikan kami di waktu pagi.  Ada juga rasa seriau sesekali tetapi Mak Long tidak hiraukan.  Berfikir itu hanyalah bayangan permainan perasaan pepagi sejuk hendak bangun keluar dari selimut gebar yang hangat menyelubungi tubuh.  Di 'bilik kecil' semacam ada sahaja mata memerhati dari luar... Apakah agaknya?  Sementara itu kebiasaan Mak Long pusing kepala paip di singki besar-besar tunggu air suam keluar dari batang paip.  Mak Long toleh ke tingkap sebelah kanan di mana terasa ada mata mengintai!  Rupa-rupanya .... Nak tau apa???  Dia berdiri tegap semacam patong menghadap tingkap 'bilik kecil'.  Tidak nampak jelas kerana masih gelap!  




Inilah dia rupanya yang selalu mengintai!




Pagi tadi Pak Long pula cakap, "Look over there........, your peeping tom is back...!"





Mak Long ambil gambar dia pun tidak beralih malah bergerak semakin rapat ke tingkap bilik tidur kami!




Toya saja muka suka mengintai.....!




Dengar pintu belakang berkiut dibuka, cepat-cepat dia lari menuju ke belakang....  


Setakat ini ada enam ekor rusa jantan bertanduk cantik datang makan jagong yang Pak Long tabur setiap pagi.  Apabila mereka makan, rusa betina tidak dekat... Kena kejar tidak berbaloi kena tanduk.  Jinak tetapi liar...........




Sekarang adalah musim memburu, maka ramailah pemburu berusaha untuk mendapatkan tanduk-tanduk cantik mereka.  Itu belum tentu mereka akan makan daging buruan!  Maka itulah sebabnya banyak rusa datang di kawasan rumah kami berlindung diri.  Seolah-olah mereka tahu pemburu tidak dibenarkan memburu binatang berhampiran dengan kawasan perumahan.












Saturday, December 12, 2015

Nota Sarap Ubi Keledek Dan Ubi Kentang Bakar

Assalamualaikum,

Riadah berjalan kaki pagi ini seronok juga ditambah dengan cuaca yang cantik dan dingin.  Berpeluh.. Rasa segar badan..!  Lapang fikiran...!  Sampai di rumah  Pak Long pula sibuk membakar beberapa tunggul pokok cedar kering keliling rumah.  Mak Long alah dengan bunga pokok tersebut.  Itu yang sebuk sangat Pak Long menebang pokok-pokok cedar atau nama saintifiknya "juniperus".

Kebetulan pula Mak Long memang belum sarapan lagi.  Terasa lapar!  Sudah mengopi awal-awal sebelum berjalan tadi.  Bila melihat tunggul terbakar itu teringat zaman kanak-kanak dulu.  Makan ubi kayu bakar ...bakar dalam unggun api.  Emak Mak Long bercucuk tanam di keliling rumah kampung kami.  Antara tanaman Emak ialah ubi kayu.  Emak akan cabut ubi kayu yang sudah berisi lalu meletakkan ubi itu dalam unggun di mana abu panas membantu membakar ubi.  Emak bentang tikar buruk di atas tanah dan kami makan ubi bakar itu bersama..kadang-kadang cicah dengan gula pasir atau sambal belacan campur mangga .... sedap tau!  

Keinginan hendak makan ubi kayu bakar menular kembali membuat Mak Long terliur sangat, tetapi di mana hendak cari ubi kayu?  Pak Long ingatkan tentang ubi keledek dan ubi kentang dalam pantry.  Apa lagi, laju kaki berjalan masuk ke dapur cari benda yang diingini..hahahaha.. ada terletak dalam bakul!

Musim-musim omputeh menyambut perayaan "thanksgiving" dan hari natal di Amerika, banyak ubi keledek warna kuning atau oren dijual di mana-mana.  Di pasaraya mereka letak dalam tong atau kotak besar bertimbun-timbun ubi keledek.  Mak Long pun sibuk beli.  Besar-besar sais ubi keledek tidak perlu beli banyak-banyak.  Mak Long sengaja pilih ubi keledek yang lebih kecil.  Selain dari ubi keledek, ubi kentang juga antara jenis-jenis ubi yang penting dalam permakanan di negara ini.  

Ubi keledek dan ubi kentang mengandungi zat galian yang sangat tinggi khasiatnya dan  bermanfaat untuk kesihatan manusia.  Antara zat kandungan dalam kedua-dua jenis ubi ini  ialah serat, calcium, vitamin B6, potassium, magnesium, vitamin A, vitamin C, Vitamin E dan manganese.

Menurut kajian, manfaat kesihatan yang terkandung dalam ubi keledek mengatasi ubi kentang.  Untuk mendapat nilai zat serat yang lebih baik adalah dengan memakan kulit ubi itu sekali.  Biasa kalau Mak Long masak kari, kulit kentang tidak dikopek, dimasak sekali dengan kulit-kulitnya.

Di bawah ini adalah hasilnya:    
  



Bahan:

Ubi keledek dan ubi kentang
Aluminum foil
Sedikit minyak zaitun
Garam



Cuci keledek/kentang dan lap kering.  Mak Long tak kopek kulit..  Sapu minyak pada ubi keledek dan ubi kentang lepas itu tabur garam banyak-banyak.




Bungkus kemas-kemas ubi keledek dan ubi kentang dengan aluminum foil.




Letak dalam abu panas tepi tunggul yang sedang berunggun.  Biarkan masak selama lebih kurang dua puluh minit.  Hendak tahu kalau sudah masak, ambil gerpu atau lidi pengorek gigi (yang bersih tidak diguna lagi) dan cucuk ubi.  Kalau lidi boleh tulus dengan mudah tandanya sudah masak.




Sudah masak......  Mak Long guna cangkol untuk mengait ubi-ubi itu dari abu panas seterusnya bawa ke meja, biarkan sejuk sedikit.




Belah dua, letak butter, guna gerpu - campur dan penyek-penyekkan butter dengan ubi keledek bakar itu ..tiup-tiup sedikit sebab panas dan ngap!!   

Omputeh di sini makan ubi keledek bakar campur dengan butter banyak-banyak dan gula merah!  Mak Long tidak suka makan dengan gula merah...terlalu manis!  Ada juga mereka guna ubi keledek untuk buat pie...sedap juga.

Hendak makan ubi kentang bakar pun buat macam ubi keledek juga.  Cuma bezanya tidak taruk gula merah.  Ia lebih sedap ketika berasap-asap panas itu taruk butter, cheese, sour cream dan hirisan daun bawang sedikit. Tetapi awas makan macam ini selalu akan menambahkan berat badan!  

Itulah sarapan kami pagi ini...  Mungkin tengahari nanti tidak payah !!.... kenyang makan ubi kentang dan ubi keledek bakar!












Saturday, December 5, 2015

Nota Happy Birthday Icah

Assalamualaikum,



6th December, 2015






Today
You turn another year older
How quickly you have blossomed

Watching you all grown up
Is like a real dream

Time truly passes
Faster than it seems

Watching you be all mature
Is like a daydream proven true

We are so proud 
For having a daughter like you..

Icah
We wish you
A very Happy Birthday
May ALLAH is always with you













Wednesday, December 2, 2015

Nota Riadah Pagi

Assalamualaikum,

Sejak cuaca sejuk-sejuk ni rasa hendak duduk mengeram atas sofa saja.  Malas dan berat rasa tulang hendak bergerak seperti biasa.  Tengok benda-benda dalam peti sejuk, semuanya senyum kat Mak Long.... "eat me, eat me..."  Rosak habis rosak selera kite hendak makan semua!  Sudahlah bertambah-tambah besar pun number berpusing bila Mak Long berdiri di atasnya pagi-pagi tadi.....!  Waahhdooo! Besar dan berat number itu... It is time babe...... move... get out of that door!!!!

Yeapppp ....  Tengok cuaca ... terang..!  Tengok suhu .... 39 degree feranheit.. ok lagi tu boleh tahan lagi belum tahap beku!  Berfikir hendak yogakah atau jalan kakikah?  Alaa jalan kakilah boleh tengok keliling kampung.....

Hmmm... nak pakai baju tebalkah atau biasa-biasa?  Sebab nanti kalau sudah berjalan mesti berasa panas dan berpeluh.. Pakai baju teballah nanti kalau rasa panas boleh buka selapis dan ikat di pinggang...  



Rusa kata tak sejuk pun

Nak guna MP3 lamakah?  Ishhh... mana-mana pun boleh babe... janji cairkan lemak tu..!

Sudah siap semua Mak Long buka pintu.....Ooooweeee sejuk you macam sejuk di Kutub Utara!  Semangat mesti kental babe ....   Go on......Keep going...keep going....

Sedap telinga mendengar dengan Zaiton Sameon dengan Menaruh Harapan..... sampai empat kali ulang-ulang.. lagu kegemaranlah nih..





Alhamdulillah, dua batu lebih hampir tiga batu berjalan hari ini.... keliling kampung.  Berpeluh juga sejuk-sejuk begini.  Esok lain cerita pulak...












Monday, November 30, 2015

Nota Semangat Cekal

Assalamualaikum,

Mak Long ingin bercerita sedikit tentang semangat seorang yang kami temui semasa dalam perjalanan kami di sebuah gua di Tennessee.  Di hujung gua ini pula terdapat sebuah air terjun tinggi dinamakan "Ruby Falls" atau dalam bahasa ibunda kita ialah Air Terjun Ruby.  Sudah cerita dalam enteri yang lepas.  Dalam kami meraba-raba macam orang buta berjalan dalam gua yang hanya samar-samar sahaja terang lampunya Mak Long perasan ada seorang lelaki bolehlah katakan muda juga umurnya bertatih perlahan-lahan dengan sebatang tongkat membantunya melangkah menghala keluar.  Amat pelahan dan berhati-hati dia megatur langkahnya di lantai gua yang licin dan berbatu tajam.  Silap langkah boleh sama ada tersembam dalam lumpur pasir atau terduduk jadi pucat muka atas batu tajam di situ.  Beliau ditemani oleh seorang wanita berambut perang.  Isterinyakah, temannyakah tidak tahu dan tidak mahu pula bertanya.  Nanti dikatakan kurang sopan pula.  Adat di sini orang tidak bertanya benda-benda seperti itu .... sensitive.  Soalan begitu dianggap tidak beradab.




Pak Long hanya menegornya "Howdy....!"  Jawapnya pun "Howdy....!"  juga, begitulah orang di sini bertegur sapa dengan orang yang tidak dikenali.  Mak Long senyum dengan  wanita tersebut.  Dia juga membalas senyum dengan Mak Long.  Tiba-tiba teringat pulak perpatah orang tua-tua dahulu .... "masuk kandang lembu menguak, masuk kandang kambing mengembek!..."  Kami terus berlalu meninggalkan mereka.  Empat puluh minit kemudian kami pusing balik mengikuti lorong yang sama setelah melihat dan ambil gambar air terjun.  Kami berselisih dengan beberapa kumpulan lain yang juga pastinya hendak melihat air terjun.  Pandai juga pemandu pelancung itu memberi arahan kepada kumpulan-kumpulan yang mereka uruskan agar memberi laluan secara berdiplomasi.  Jadi tidak ada masaalah "trafik jam" dalam gua itu.

Ketika kami hampir sampai ke penghujung perjalanan keluar, kami bersua lagi dengan pasangan itu.  Lelaki itu duduk di bangku panjang yang disediakan, nampak termengah-mengah nafasnya.  Penatlah tu agaknya.....  Sementara wanita itu berdiri di sisinya.  Tiba-tiba Pak Long berjalan perlahan menuju mereka itu.  Pak Long selamba menyapa, "Long walk....."  "Yes...very long long walk for me..." jawabnya sambil mengesat peluh yang meleleh di mukanya.

Menurut lelaki tersebut namanya kalau tidak silap Mak Long ialah Mac.  Macam tahu sahaja kenapa Pak Long menghampiri mereka.  Mac bercerita dia adalah pelumba kereta lasak "dirt driver".  Tiap minggu dia berlumba.  Katanya dia sangat bernasib baik kerana tidak pernah mengalami kemalangan selama kegiatannya itu.  Katanya lagi suatu malam hujung minggu dia tidak berlumba hanya hendak rehat dan melihat orang lain berlumba.  Malang tidak berbau, tiba-tiba sebuah kereta lumba itu terbalik berhampiran di mana Mac sedang duduk.  Suatu serpihan besi terbang melayang mengenai di tengkoknya, di belakang bawah telinga kanan.  Hampir satu bulan dia terlantar di bilik ICU tidak sedar diri.  Apabila dia sedar semula, tangan dan kaki kanannya tidak boleh digerakkan.  Pertuturannya juga terjejas tidak boleh bertutur dengan jelas.  Doktor-doktor yang merawatnya pula memberitahu dia tidak akan boleh menggunakan kakinya untuk berjalan dan tidak boleh menggunakan tangan kanannya untuk memandu kereta.  Gelap dunia dan runtuh masa hadapan baginya.  

Mac dan Jane

Jane nama wanita itu pula menyampuk, "It was really hard.... We were so heart broken and life was not pretty....."  (Amat susah bagi kami....  Kami amat keciwa dan kehidupan kami tidak bahagia...).  

Namun Mac tidak mahu menyerah kepada nasib.  Sebaliknya Mac menanamkan semangat kental, dia tidak akan mengalah pada nasib.  Mac mahu berusaha dan terus berusaha melatih kakinya untuk berjalan kembali.  Setiap hari Mac berada di pusat pemulihan, berkerja keras berlatih berjalan dan mengerakkan tangannya.  Dalam masa enam bulan lebih berkat kegigihannya serta kesabaran pihak pusat pemulihan, Mac boleh bertatih dan kini boleh berjalan semula walau pun bertatih dan masih perlukan tongkat.  Cita-citanya mahu memandu kereta semula walaupun akan mengambil masa yang lama untuk mencapai hasratnya.  Setiap hari dia berjalan kaki atau pergi ke tempat-tempat seperti berjalan dan melawat dalam gua serta taman ... janji dia berlatih berjalan sampai dia boleh berjalan betul. 









Moral yang hendak Mak Long sampaikan ialah agar tidak menyerah kalah kepada nasib sebelum berusaha bersungguh untuk mencapai sesuatu kejayaan yang dikejar walau terpaksa melalui keperitan duri dan onak.