Pages

Monday, November 30, 2015

Nota Semangat Cekal

Assalamualaikum,

Mak Long ingin bercerita sedikit tentang semangat seorang yang kami temui semasa dalam perjalanan kami di sebuah gua di Tennessee.  Di hujung gua ini pula terdapat sebuah air terjun tinggi dinamakan "Ruby Falls" atau dalam bahasa ibunda kita ialah Air Terjun Ruby.  Sudah cerita dalam enteri yang lepas.  Dalam kami meraba-raba macam orang buta berjalan dalam gua yang hanya samar-samar sahaja terang lampunya Mak Long perasan ada seorang lelaki bolehlah katakan muda juga umurnya bertatih perlahan-lahan dengan sebatang tongkat membantunya melangkah menghala keluar.  Amat pelahan dan berhati-hati dia megatur langkahnya di lantai gua yang licin dan berbatu tajam.  Silap langkah boleh sama ada tersembam dalam lumpur pasir atau terduduk jadi pucat muka atas batu tajam di situ.  Beliau ditemani oleh seorang wanita berambut perang.  Isterinyakah, temannyakah tidak tahu dan tidak mahu pula bertanya.  Nanti dikatakan kurang sopan pula.  Adat di sini orang tidak bertanya benda-benda seperti itu .... sensitive.  Soalan begitu dianggap tidak beradab.




Pak Long hanya menegornya "Howdy....!"  Jawapnya pun "Howdy....!"  juga, begitulah orang di sini bertegur sapa dengan orang yang tidak dikenali.  Mak Long senyum dengan  wanita tersebut.  Dia juga membalas senyum dengan Mak Long.  Tiba-tiba teringat pulak perpatah orang tua-tua dahulu .... "masuk kandang lembu menguak, masuk kandang kambing mengembek!..."  Kami terus berlalu meninggalkan mereka.  Empat puluh minit kemudian kami pusing balik mengikuti lorong yang sama setelah melihat dan ambil gambar air terjun.  Kami berselisih dengan beberapa kumpulan lain yang juga pastinya hendak melihat air terjun.  Pandai juga pemandu pelancung itu memberi arahan kepada kumpulan-kumpulan yang mereka uruskan agar memberi laluan secara berdiplomasi.  Jadi tidak ada masaalah "trafik jam" dalam gua itu.

Ketika kami hampir sampai ke penghujung perjalanan keluar, kami bersua lagi dengan pasangan itu.  Lelaki itu duduk di bangku panjang yang disediakan, nampak termengah-mengah nafasnya.  Penatlah tu agaknya.....  Sementara wanita itu berdiri di sisinya.  Tiba-tiba Pak Long berjalan perlahan menuju mereka itu.  Pak Long selamba menyapa, "Long walk....."  "Yes...very long long walk for me..." jawabnya sambil mengesat peluh yang meleleh di mukanya.

Menurut lelaki tersebut namanya kalau tidak silap Mak Long ialah Mac.  Macam tahu sahaja kenapa Pak Long menghampiri mereka.  Mac bercerita dia adalah pelumba kereta lasak "dirt driver".  Tiap minggu dia berlumba.  Katanya dia sangat bernasib baik kerana tidak pernah mengalami kemalangan selama kegiatannya itu.  Katanya lagi suatu malam hujung minggu dia tidak berlumba hanya hendak rehat dan melihat orang lain berlumba.  Malang tidak berbau, tiba-tiba sebuah kereta lumba itu terbalik berhampiran di mana Mac sedang duduk.  Suatu serpihan besi terbang melayang mengenai di tengkoknya, di belakang bawah telinga kanan.  Hampir satu bulan dia terlantar di bilik ICU tidak sedar diri.  Apabila dia sedar semula, tangan dan kaki kanannya tidak boleh digerakkan.  Pertuturannya juga terjejas tidak boleh bertutur dengan jelas.  Doktor-doktor yang merawatnya pula memberitahu dia tidak akan boleh menggunakan kakinya untuk berjalan dan tidak boleh menggunakan tangan kanannya untuk memandu kereta.  Gelap dunia dan runtuh masa hadapan baginya.  

Mac dan Jane

Jane nama wanita itu pula menyampuk, "It was really hard.... We were so heart broken and life was not pretty....."  (Amat susah bagi kami....  Kami amat keciwa dan kehidupan kami tidak bahagia...).  

Namun Mac tidak mahu menyerah kepada nasib.  Sebaliknya Mac menanamkan semangat kental, dia tidak akan mengalah pada nasib.  Mac mahu berusaha dan terus berusaha melatih kakinya untuk berjalan kembali.  Setiap hari Mac berada di pusat pemulihan, berkerja keras berlatih berjalan dan mengerakkan tangannya.  Dalam masa enam bulan lebih berkat kegigihannya serta kesabaran pihak pusat pemulihan, Mac boleh bertatih dan kini boleh berjalan semula walau pun bertatih dan masih perlukan tongkat.  Cita-citanya mahu memandu kereta semula walaupun akan mengambil masa yang lama untuk mencapai hasratnya.  Setiap hari dia berjalan kaki atau pergi ke tempat-tempat seperti berjalan dan melawat dalam gua serta taman ... janji dia berlatih berjalan sampai dia boleh berjalan betul. 









Moral yang hendak Mak Long sampaikan ialah agar tidak menyerah kalah kepada nasib sebelum berusaha bersungguh untuk mencapai sesuatu kejayaan yang dikejar walau terpaksa melalui keperitan duri dan onak.  

















6 comments:

  1. Kuat semangat Mac dan kuat juga semangat wanita di sisinya. Semoga beliau akan segera pulih sepenuhnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar Kakcik, semangat yang kuat amat sukar dicapai tanpa kesabaran dalam menangani dugaan yang mendatang. Nanti jadi semangat hangat-hangat tahi ayam hihi..




      Delete
  2. Replies
    1. Ya Yan, jangan berhenti separuh jalan bila berjuang demi mencapai cita-cita hingga berjaya. Tidak boleh mengalah kepada nasib sebelum mencuba... Dah cuba kalau tidak berjaya barulah dikatakan nasib kan..

      Delete
  3. As Salam Mak Long,
    Most unfortunate and it was not even his fault. Fate they say can be so cruel. It is so unsettling and it all happened in the wink of an eye. It is good he did not take it lying down. Wishing him all the best and wishing well for you and Pak Long too. You may wish to take a peek at Hank's latest post (link below) of a marriage made in Heaven ( South African / Malaysian)

    http://imagery77.blogspot.my/2015/11/that-wonderful-wedding-made-in-heaven.html


    Hank

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Hank,

      Thank you for the well wishes. Orang tua-tua kita berkata itulah "malang tidak berbau" kan.

      Ya, Mak Long sudah pun baca pos Hank tentang perkahwinan itu. semuga kedua -dua mempelai dilimpahi kebahagian dan rahmat hingga ke akhir hayat.

      Delete