Pages

Friday, September 13, 2019

Mississippi Pot Roast

Assalamualaikum,


"Crock Pot"


Sudah beberapa hari Mak Long teringat hendak memasak resepi omputih nih.  Nama masakan ini namanya "Mississippi Pot Roast".  Pak Long pun sudah sound lama tidak makan masakan istimewa ...  masakan ini tidaklah istimewa hanya meggunakan beberapa jenis bahan sahaja.

“Mississippi Pot Roast" ialah masakan omputih Amerika.  Kebiasaannya masakan ini dinikmati waktu makan bersama keluarga dan kawan-kawan beramai-ramai sedap.  Istilah "Roast" dalam bahasa Melayu kalau tidak salahlah ialah memasak atau memanggang makanan di atas api atau dalam ketuhar atau dalam periok "slow cooker" iaitu periok masak jangka masa pelahan dengan kepanasan tinggi.  Bahan yang biasa dipanggang seperti daging, ikan, sayur dan lain-lain. 

Cara memasaknya terlalu mudah main campak-campak sahaja dan tidak menggunakan banyak bahan tetapi sungguh lazat dan mengenyangkan.  Keluarga sebelah Pak Long sering memasak cara bergitu.  Resepi ini menggunakan periok "slow cooker".  Mak Long kira masakan ini sesuai kepada mereka yang mengamalkan diet keto kerana kandungan masakan ini tidak banyak carbohydrate... 

Masakan begini juga memudahkan kerja suri rumah malah bagi wanita-wanita yang berkerja sepanjang hari.  Mulakan dengan menyediakan bahan-bahannya waktu malam dahulu sebelum tidur seperti potong sayuran, cuci daging dan lain-lain kemudian simpan dalam peti sejuk.  Waktu pagi sebelum pergi kerja masukkan semua bahan dalam periok "crock pot" dan biarkan masak dengan pelahan selama 8-9 jam.  Petang bila balik dari kerja masakan sudah sedia dimasak.  Tidaklah susah dan penatkan badan.


Daging sudah masak

Nota:  Kekadang bahan-bahan yang diguna tidak terdapat di Malaysia.  Jangan risau masakan seperti ini mudah digantikan dengan bahan lain seperti kiub daging/ayam.




Mississippi Pot Roast





Bahan resepi

Bahan:

3-6 lb daging lembu  (1.4kg-2.5kg)
1/2 cawan jus/air jerok pepperonicini** 
1 peket Dry Ranch Dressing Mix  
1 peket Au Jus atau Brown Gravy Mix
1 batang butter (1/2 cawan)
9-10 biji Pepperoncinis






Nota:  **Pepperonicini Mak Long tukar guna sweet banana peppers jerok

Caranya:

1.     Letak daging lembu yang sudah dicuci dan keringkan dengan mengelapnya guna paper towel dalam periok "crock pot".

2.     Curah air jus pepperoncini dari dalam balang jerok pepperonicini ke atas daging


3.     Tabur Dry Ranch Dressing Mix atas daging.


4.     Tabur Au Jus  atau Brown Gravy Mix atas daging.


5.     Letakkan butter atas daging.


6.     Letakkan pepperocini atas daging.


7.     Tutup "crock pot" dengan penutupnya dan tekan butang periok untuk memanggang selama 8-9 jam untuk masak pelahan, atau selama 4-6 jam masak panas tinggi untuk cepat masak.


8.     Apabila cukup masa masak tutup api "crock pot" dan keluarkan daging dari periok ke dalam pinggang lebar.  Daging panggang ini sangat empok dan bolehlah dipotong atau dicarik-carik dengan gerpu sahaja.

Kuahnya digunakan untuk siraman di atas daging panggang itu atau boleh juga digunakan untuk dalam masakan lain seperti buat kuah penculik roti dan lain-lain.  Hidangan daging ini sedap dimakan bersama-sama kentang lenyek (mashed potato), nasi atau buat sandwitch.  



Nikmatnya


Dalam resepi ini Mak Long tambah kentang muda dipotong dua,  2 batang carrot kuning dipotong 2 inci panjang dan bawang besar potong empat.  Pak Long suka makan begitu.  Ikutkan ajerlah.  Sekiranya menggunakan kentang, carrot dan sayur, masukkan bahan ini kira-kira 1 jam sebelum cukup masa masaknya daging itu.  Ini untuk mengelakkan kentang dan sayur itu menjadi terlalu masak/empuk.

















No comments:

Post a Comment