Assalamualaikum,
Dua malam kami bermalam di Lexington, Kentucky. Puas hati dapat memenuhi hajat melihat kuda lumba dari jarak dekat hingga dapat manyaluti badan kuda yang cantik dan berkilat tambah-tambah lagi dapat memberi makan carrot. Mak Long renong susuk badan kuda lumba sangat sasa lagi tegap. Boleh kelihatan otot-otot berketul timbul di bahagian ke empat-empat kaki menunjukkan kuda-kuda itu walau sudah pencen tetap melakukan senaman dengan berlari di trek lumba setiap pagi. Waktu pagi hari ketika cuaca masih sejuk jockey iaitu orang yang menunggang kuda-kuda di trek lumba kuda atau di sepanjang jalan di kawasan ternakan. Ada polis khas menjaga lalu lintas di situ di mana tugas polis itu memberhentikan kenderaan yang lalu di situ untuk memberi laluan kepada kuda-kuda yang sedang ditunggang itu.
John pemandu pelancung kami cakap setiap program perlumbaan yang dianjurkan pasti ada agenda “betting” atau kalau kita cakap bahasa kita ialah bertaruh. Berjudi....! Maksud Mak Long ialah dalam acara perlumbaan kuda itu antara agenda wajib mereka adalah “berjudi” - judi numbor ekor. Seperti di Keeneland Race Course, setiap kali ada program perlumbaan kuda maka perjudian numbor ekor akan dibuka kepada semua penggunjung di situ. Malah sesiapa yang tidak dapat ke sana mereka boleh beli numbor melalui alam maya. Manusia walau sudah diberitahu judi itu haram tetapi mereka tetap mahu berjudi.
Pagi itu kami bersiap awal. Mak Long cuma ambil secawan kopi panas sahaja dari bilik makan di hotel. Isi minyak kereta gitu gini, kami bertolak balik ke Wicklifte ke rumah Judy. Dalam perjalanan kami singgah di Corvette Muzium di Bowling Green. Katanya hendak tengok kalau sudah ada kereta jenama Corvette 2020 keluar di pamirkan di situ.
Corvette 2020 |
Hanya terdapat sebuah Corvette 2020 sahaja ada di situ... warna merah! Kabarnya pengeluaran kereta itu masih lagi dalam process yang panjang; mungkin tahun hadapan baharu keluar di pasaran. Pak Long peminat tegar kereta jenis ini.
Kedai Beli-belah Corvette |
Mak Long berminat tengok dalam Corvette Store sahaja. Bermacam jenis pakaian T-shirt dan seluar ada. Tengok-tengok jugalah yang tergantong-gantong
Kami sampai Wickliffe dan terus ke rumah Judy waktu tengahari. Beliau tengah sibuk menyediakan untuk makan tengahari di bangunan “barn” bahagian belakang rumah induk.. di atas meja ada salad, ada roti, ada beberapa jenis kek dan biskot serta dua jenis bancuhan tuna untuk sandwich. Junior suami Judy sedang mencelor tomato untuk dibotolkan sebagai bahan makanan bila perlu. Dia tidak lokek ilmu. Junior mengajar Mak Long bagaimana cara membotolkan bahan sayuran dan buah-buahan seperti tomato, lada, bendir dan lain-lain bahan.
Eric anak lelaki Judy bersama sahabat wanitanya Christy Wooley tiba tidak berapa lama selepas kami sampai membawa sebekas besar berisi ayam goreng panas. Kemudian diikuti Angela pula anak perempuan Judy. Lama kami tidak bertemu dengan Eric dan Angela. Eric seorang yang amat periang suka melawak. Tidak kering gusi dibuatnya.
Video di atas adalah Eric bercerita tentang Junior yang amat kelakar. Terbahak-bahak kami dibuatnya cara dia menyampaikan ceritanya. Junior berada di luar bilik makan jadi beliau tidak dengarlah Eric cerita.
Dari kiri: Angela, Christy, Eric dan Judy |
Selepas makan dan sembang-sembang kami bertolak balik ke Texas, berhenti bermalam di sebuah hotel dalam perjalanan. Kami selamat sampai rumah esoknya.
No comments:
Post a Comment