Assalamualaikum,
Salam Ramadhan khas untuk sahabat-sahabat yang dihormati. Hari ini adalah hari keenam kita menjalani ibadah berpuasa... Alhamdulillah.. Terasa amat pantas hari berlalu.
Hidangan setiap berbuka dan sahur biasa-biasa sahaja sama seperti hari-hari lain. Makan untuk dua mulut tidak perlu sibuk-sibuk sangat. Ala-kadar sudah memadai. Tetapi hari semalam lain pula tekak Mak Long selepas melayari halaman "facebook" seorang sahabat baik. Beliau tunjuk gambar sambal belacan! Hahahaha puasa-puasa waktu gini pun boleh tergoda dengan sambal belacan. Tersemat di hati hendak buat sama seperti itu. Lantas petang semalam ke mana lagi kalau tidak mencari-cari bahan yang berada di dalam peti sejuk.
Maka terjumpalah satu topong belacan Sarawak yang memang sudah dibakar siap-siap dahulu agar mudah kerja tidak perlu bakar lagi. Lada hijau dan cili padi sahaja yang ada. Tidak mengapalah boleh guna walau warnanya nanti tidak menarik, janji ada ommp! Tidak ada lagan batu jadi terpaksa guna mesen "food processor". Sudah siap dimesen terfikir-fikir apa hendak diasamkan sambal belacan? Nampak strawberry ... ok jadilah juga! Potong-potong strawberry dan masukkan ke dalam "food processor" sekali dengan sambal belacan. Maka jadilah sambal belacan strawberry hahaha... Mak Long buat banyak supaya bila teringin sambal belacan ada sudah siap sedia. Masukkan dalam botol kaca dan simpan baik-baik dalam peti sejuk.
Rasanya? Lebih dari ommp!
Rasanya? Lebih dari ommp!
Sambal belacan strawberry |
As Salam
ReplyDeleteStrawberry sambal belachan is as good as the original if not better. The sour taste of limau nipis is just as well with the strawberry.
Hank
Waalaikumsalam Hank,
DeleteMy grandfather used to say, "Makan nasik tanpa sambal belacan, makan tak puas..."
Waduh...tengok gambar pun boleh kecur airliur! :)
ReplyDeleteHahaha dah tiap-tiap hari makan sambal belacan ni, Kakcik. Cucur kodok, timun, tempeh goreng semua cicah dia aje hahah. Nasib tak berbau belacan.
Delete