Assalamualaikum,
Hari ini suka pula hati hendak berkongsi gambar dan tepek sedikit dari kumpulan bunga-bunga liar yang terdapat di Texas terutama di persekitaran kawasan kami Texas Hill Country tahun ini. Mak Long dapatkan nama-nama mereka dari alam maya selepas gambar diambil. Setiap musim bunga inilah kerjanya mengumpul, menyunting gambar-gambar dan menyimpannya di dalam album.
Texas Bluebonnets Bunga kebangsaan Texas |
Kumpulan bunga liar (Firewheel warna merah/putih; Black-Haw warna putih; Bitterweed warna kuning di latar-belakang) |
Kumpulan berbagai jenis tumbuhan dan rumput. Terdapat di kawasan padang ranch dan di mana-mana sahaja.
Texas Horsemint |
Pokol Texas Horsemint tumbuh di akhir musim bunga. Hidup dalam rumput di tanah tinggi dan tepi jalanraya.
Pokok Mexican han berbunga sepanjang musim bunga hingga awal musim panas. Ada dua tiga warna terdapat seperti kuning, merah/kuning dan cokolat/kuning.
Pokok Damianita sering tumbuh dalam kawasan kering di bawah pokok-pokok oak. Banyak terdapat di kawasan rumah kami.
Pokok Antelope horn tumbuh melata terutama di kawasan lapang dan di tepi jalanraya. Warnanya hijau an kembang setongkol. Pokok Prairie verbena sejenis rumput tumbuh melata banyak di sekeling rumah kami.
Pokok Nerve-ray juga tumbuh di tempat kering dan lapang terutama di tepi jalan.
Bunga honey suckle sangat wangi baunya terutama di waktu malam dan awal pagi. Ia berbunga sepanjang tahun. Pokoknya menjalar memanjat pokok atau pagar.
Bunga Mountain Laurel juga wangi baunya. Bernunga awal musim bunga. Pokoknya boleh membesar hingga 10 kaki tinggi.
Giant Spiderwort |
Purple Cone |
Morning Glory/Purple Bindweed |
Drummon Phlox |
Indian Painted Brush |
Blue Gilia |
Rain Lily |
Havard's Ipomopsis |
Palafoxia |
Salam 9 Ramadhan 1437H Maklong.
ReplyDeleteCantik semua bunga-bungaan itu. :)
Salam Ramadhan buat Kakcik dan keluarga juga. Bunga liar dan bunga rumput Kakcik.
DeleteIni kalau dapat kat makcik saya, dia akan cari khasiatnya dan dibuat ubat! Hahahahahahahah sekurang-kurangnya 'minyak urut'....
ReplyDeleteBetui tu Uncle... Bunga honey suckle tu mesti bagui taruk dalam bedak sejuk..tambah harum wangi. Taruk dalam rumusan minyak urut pun lagi sedap bau tak tengik. Betui tak lawak nie....
DeleteAssalamualikum maklong
ReplyDeleteCantik bunganya mmg geram saya tengok
Siap ada nama lgi lah pada bunga tu
Hebatlah mklong ni
Waalaikumsalam ..., Kalau KakNoor tengok memang tak jemu nengok pelbagai jenis bunga ada, rumput pun sibuk sama berbunga. Memang suka sangat kat bunga-bunga.
Delete