Pages

Saturday, June 11, 2016

Canyon Lake

Assalamualaikum,


Canyon Lake, Texas

Kerja semua sudah beres untuk hari ini.  Musim bunga hanya tinggal beberapa hari sahaja akan berakhir dan cuaca mulai pula panas.  Ya, musim panas datang tanpa ragu-ragu.  Tahun ini alhamdulillah daerah Texas Hill Country dirahmati dengan hujan yang amat melimpah.  Boleh dikatakan setiap hari hujan dan ribut kadang-kadang hujan air batu (hails).  Setengah tempat mengalami banjir hingga terpaksa berpindah sementara.  Tumbuhan dan pokok dulu terbantut pertumbuhan mereka kerana bencana kemarau yang teruk berlaku dua tahun berderet.  Kini Allah cucuri rahmat Nya. 

Kami telah pergi ke Canyon Lake melihat paras airnya.  Sebelum ini air susut ke aras yang membimbangkan.  Kini paras airnya terlalu tinggi hingga perlu di keluarkan dari dam ke Sungai Guadalupe.  Hari ini air disalurkan keluar berlebih-lebihan.  Pihak awam telah dimaklumkan supaya membatalkan sebarang akviti sukan air seperti bermudik dengan perahu atau berapong dengan tayar.  Air terlalu deras mengalir dan merbahayakan.


Saluran air dari dam

Air yang disalurkan keluar dari dasar tasik suhunya terlalu sejuk kira-kira 60-65 degree farenheit.  Hari-hari biasa airnya bersuhu 65 degree farenheit sepanjang tahun. 




Air keluar dan merbahaya

Sungai Guadalupe

Air mengalir deras

Air bersuhu sejuk
   
Percikan air hingga ke jalanraya











8 comments:

  1. As Salam Mak Long,
    So summer's right on the dot. The water's real fast when released. Amazing!

    Hank

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Hank,

      The Canyon Dam is just around the corner of our home. We enjoy the view of the lake from our windows upstairs.

      Delete
  2. Cantiknya maklong semua tempt yg maklong pergi tu memukau pandNgan mata kmi lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik, tak jauh dari rumah kami cuma lebih kurang 2 batu lebih jer.. Kami selalu jalan-jalan petang atau pagi.

      Delete
  3. SubhanAllah...cantiknya gambar hingga lupa pada bahaya yang mungkin tiba...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, anak-anak omputih degil bebetul. Boleh mereka tidur dalam kemah tepi benar dengan air.

      Delete
  4. Mak Long, puasa macamana? Saya doakan mak long sekeluarga sentiasa sihat dan dapat melaksanakan ibadah puasa dengan baik.....tak balik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, puasa tahun ini bagus walau pun waktu berpuasa lama 16 jam. Cuaca pun bagus kerana masih di penghujung musim bunga dan selalu hujan. Mungkin tak balik kot tahun ini. Kena gilir-gilir. Tahun lepas dah balik kampung, tahun ini kena raya dengan Pak Long dan anak bongsu.

      Delete