Assalamualaikum,
Hari ini lain macam cerita Mak Long. Pasal buah avacado. Dulu-dulu memang tidak pernah Mak Long dengar tentang buah avacado, apakan lagi kenal rupanya melalui melalui gambar pun tidak pernah terpandang. Mak Long terasa ceteknya pengetahuan! Setelah bermastautin di Texas baharulah kenal buah avacado yang diperkenalkan oleh seorang sahabat melalui makanan menu Mexican. Rasanya..? Pertama kali makan buah itu rasanya tidak begitu serasi pada cinta rasa selera. Rasanya lemak-lemak tawar, lembut macam isi buah peach yang ranum atau lebih tepat lagi lembut, lembek seperti isi buah durian dari segi texture bila buahnya sudah terlalu masak ranum. Texture isinya halus berwarna kehijauan bercampur kekuningan. Buah yang baru masak mengkal sedap dibuat ulam.
Buah avacado |
Avacado ialah sejenis pokok buah-buahan di mana buahnya boleh dinikmati sebagai buah segar juga ia boleh diproses untuk pelbagai kegunaan seperti cream muka, sabun mandi, syampoo dan lain-lain. Pokoknya tinggi dan rendang mengeluarkan buah yang banyak. Buah avacado mempunyai kulit berwarna dari hijau cerah, hijau kemerahan, ungu kemerahan atau kegelapan dan berbentuk lebih kurang seperti buah pear. Ia dipercayai berasal dari Mexico. Orang Mexico telah memakan dan menggunakannya sejak zaman berzaman lagi terutama oleh satu kaum/puak tua Aztec. Mexico adalah pengeluar avacado terbesar dan di export ke merata dunia. Jenis avacado yang terbaik dari Mexico ialah Hass di mana buahnya lebih besar dan kulitnya berwarna hijau terang atau hijau gelap. Di Asia Tenggara tidak banyak terdapat penanaman pokok avacado walau pun pokok avacado sesuai ditanam di sana. Antara negara di Asia Tenggara yang ada menaman dan mengeluarkan avacado ialah seperti Indonesia dan Filipina. Di California pula ialah pengeluar avacado terbesar di Amerika Syarikat.
Buah avacado mempunyai banyak khasiat yang terkandung di dalamnya. Antara kandungan yang terdapat pada buah avacado ialah protein, vitamin A dan C, vitamin B, calcium, potasium, zat besi dan zat mineral. Maka buah ini sangat sesuai dan baik dalam diet manusia yang tidak memberi mudarat pada kesihatan badan. Ada juga Mak Long baca yang mengatakan makan buah Avacado boleh membantu penyakit sengal-sengal tulang dan menjadi sebagai pelincir semula jadi pada sendi-sendi tulang bergerak. Betullah agaknya .... entah!
Setelah mengetahui keistimewaan buah avacado, Mak Long mula menjinakkan selera kepada cintarasanya yang lemak-lemak tawar itu. Haa.. kini sudah menjadi kegemaran pula dalam permakanan harian. Bila tiba musim avacado harganya terlalu murah dan boleh diperolehi di mana-mana pasaraya.
Buah avacado boleh diperbagaikan cara memakannya. Boleh dibuat ulam cicah sambal atau campur sekali dalam sambal belacan, boleh dibuat salad, juga boleh buat guacamole (goa-ka-mo-ley) untuk cicah kudapan keropok (chips) dan macam-macam cara lagi. Orang Mexico memang gemar makan guacamole yang dibuat dari buah avacado. Mak Long pun suka benda yang dipanggil guacamole itu. Cara membuatnya pun mudah seperti di bawah.
Bahan yang diperlukan:
2 biji buah avacado yang sudah masak ranum
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar jus limau nipis atau lemon
1/4 cawan hirisan bawang atau daun bawang
1-2 biji cili hijau atau cili padi (buang biji cili) dicincang halus
2-3 sudu besar daun ketumbar dicincang halus
Sedikit serbuk kasar lada hitam (kalau suka)
1/2 biji tomato (buang bijinya) dipotong-potong kecil kecil
Caranya:
1. Belah dua buah avacado dan buang biji. Keluarkan isi avacado dengan sudu kemudian potong kecil (boleh juga potong seperti gambar di bawah) dan masukkan dalam mangkok. Hancurkan isi avacado dengan gerpu, penyek-penyekkan tetapi tidak terlalu hancur.
2. Masukkan dan kacau perahan jus limau nipis/lemon ke dalam avacado tadi. Kemudian masukkan bahan-bahan yang lain. Kepedasan cili kadang-kadang terlalu pedas, jadi letak cili sedikit dahulu. Kalau kurang pedas tambah lagi. Sudah sedia boleh dinikmati.
Sekiranya lambat lagi hendak dimakan, tutup mangkok dan sejukkan dalam peti sejuk.
Pak Long suka makan guacamole bersama keropok totillas.
Salad campuran avacado |
Bahan yang diperlukan:
Bahan resepi guacamole |
2 biji buah avacado yang sudah masak ranum
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar jus limau nipis atau lemon
1/4 cawan hirisan bawang atau daun bawang
1-2 biji cili hijau atau cili padi (buang biji cili) dicincang halus
2-3 sudu besar daun ketumbar dicincang halus
Sedikit serbuk kasar lada hitam (kalau suka)
1/2 biji tomato (buang bijinya) dipotong-potong kecil kecil
Caranya:
1. Belah dua buah avacado dan buang biji. Keluarkan isi avacado dengan sudu kemudian potong kecil (boleh juga potong seperti gambar di bawah) dan masukkan dalam mangkok. Hancurkan isi avacado dengan gerpu, penyek-penyekkan tetapi tidak terlalu hancur.
Keluarkan isi avacado guna sudu |

Guacamole |
Sekiranya lambat lagi hendak dimakan, tutup mangkok dan sejukkan dalam peti sejuk.
Pak Long suka makan guacamole bersama keropok totillas.