Pages

Sunday, April 10, 2016

Windmill (Kincir Angin)


Assalamualaikum,

Dua hari ini Pak Long sibuk.  Buat tapak mendirikan "windmill" di belakang rumah.  Untuk hiasan di laman belakang rumah sahaja.  Mak Long hanya bantu sedikit sahaja, tolong pegang kayu bila Pak Long memotong atau ketuk paku pada kotak yang dibinanya.  

"Windmill" atau kincir angin dalam bahasa Melayu ialah suatu alat yang menggunakan kuasa angin menukarkan kuasanya kepada tenaga putaran melalui bilah atau kipas.  Zaman dahulu windmill memainkan peranan penting kepada manusia digunakan untuk mengepam air kegunaan dan bekalan air di ladang dan di rumah.  Windmill lama seperti itu yang pernah Mak Long lihat mempunyai pam air di mana air dinaikan dari mata air di bawah tanah.  Air itu disimpan dalam tangki besar terletak berhampiran dengan windmill.  Windmill juga digunakan sebagai kuasa mengisar bijiran seperti jagong, gandum dan lain-lain untuk menghasilkan bahan makanan seperti tepung.  

Di Texas windmill digunakan untuk menjana eletrik yang dikenali sebagai turbin angin.  Windmill juga digunakan sebagai hiasan di laman rumah, di kebun sebagainya.



Turbin angin

Gambar dari Google
Ia adalah windmill biasa terdapat di Negeri Belanda

Windmill hiasan

Windmill hiasan
Pak Long tidak tahu kita ambil gambar dia....kalau dia tahu mesti tidak suka punya .... 




Yang ini orang tua pun sama sibuk bergambar sebelah windmill!   Berangan hendak tanam pokok menjalar seperti peria atau kacang di tengah-tengah kotak itu nanti.  Biar pokok itu nanti menjalar memanjat "windmill".  Cuma hendak isikan tanah sahaja, lepas itu bolehlah tanam pokok itu.

















11 comments:

  1. Assalamualaikum Mak Long.....Windmill yang klasik rekabentuk lama memang saya suka tengok...InsyaAllah nak juga tengok yang benar-benar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam
      Pemandangan yang ada windmill memang cantik kan. Sayang di tanah air kita tidak ada windmill.

      Delete
  2. teringat masa belajar di kelas menengah dulu. kincir angin ni memang popular di belanda. boleh jadikan sumber jana elektrik yang mesra alam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu tak tahulah sekarang di sekolah kita belajar pelajaran ilmu alam meliputi hal-hal negara asing.

      Delete
  3. Mak Long, model sebelah windmill yang gambaq last tu memang "power". Dia memang "menjana kuasa!" Hahahahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha Uncle.. sebab tulah dia jarang kelihatan ..... jimat kuasa!

      Delete
  4. mak long...gambar akhir tu mak long ke...

    maklong lama x dengar berita mak ..mak long...apa khabar agaknya

    ReplyDelete
  5. kincir angin kat Belanda tu..saya suka tgk..nampak syahdu ja suasana..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum, ada windmill hiasan pun menarik ada purpose juga, tahu la ada angin di situ bila kipas bergerak kan.. salam perkenalan :)

    ReplyDelete
  7. saya pun suka windmill yg hiasan ke yg benar2 mmg suka sangt.
    Itulah belah sini mmg takde langsung nampaknya maklong kan
    wah ada gambar maklong lah
    I like banyak kali ni heheee

    ReplyDelete