Assalamualaikum,
Catatan Harian: Sebenarnya catatan ini sudah lama menjadi pekasam. Entah macam mana bolehkan terlepas pandang tidak dikeluarkan hingga kini.
|
Peta Key West, Florida |
Perjalanan kami bermula dari Tampa, Florida setelah berada di sana selama tiga hari, dua malam. Sebenarnya kami di Tampa kerana mengunjungi anak sahabat rapat Mak Long dari tanahair kerana ketumbuhan dalam otak. Dik Mas nama gelaran keluarga menjalani pembedahan rumit di Hospital Besar Tampa. Alhamdulillah berkat doa kami semua terutama ibunya Normah, Dik Mas selamat melalui pembedahan tersebut. Kami mulakan perjalanan awal pagi lagi selepas sarapan, tidak panas. Cuaca sungguh cantik dan menjanjikan hari yang ceria sepanjang hari itu. Arah perjalanan kami kali ini ialah menuju ke tempat yang paling hujung sekali negeri Florida iaitu Key West.
|
Jambatan Sunshine Skyway dari Tampa ke Key West |
Kami melalui Jambatan Sunshine Skyway yang merentangi Teluk Tampa ke Key West. Panjangnya jambatan itu lebih kurang 4.1 batu atau 6.67km. Jambatan itu dibina dalam 1982 dan siap pembinaanya dalam 1987 yang menelan belanja USD244 juta.
|
Jambatan Sunshine Skyway |
Key West menurut catatan ilmu alam, ia terletak di hujung paling selatan Amerika Syarikat dan ia lebih berdekatan dengan Negeri Cuba dari Miami. Key West juga mempunyai cuaca tropika menyerupai cuaca di Malaysia. Kelumpuk-kelumpuk kepulauan kecil disertai dengan pantai-pantai indah bagaikan syurga dunia di mana tempat ini menjadi kegemaran serta pilihan pengunjung yang datang dari segenap pelusuk dunia. Tempat percutian yang indah dan menjanjikan tempat-tempat menarik untuk dinikmati. Keseluruhan pantai berpasir putih bersih menyediakan banyak aktiviti berbagai jenis sukan air seperti sukan menyelam laut dalam, ski air dan lain-lain. Key West mempunyai banyak sejarah silam serta penduduknya sudah pasti memiliki pelbagai adat dan resam. Ramai orang Cuba berhijrah tinggal di daerah itu memainkan peranan penting dalam membentuk ekonomi di Key West. Mereka bertanggung jawab dalam membuka pelbagai perniagaan termasuk perniagaan restauran, perhotelan dan lain-lain.
|
Berenang di air jernih |
Ahli musik jalanan juga tidak ketinggalan. Tong dan baldi air pun boleh jadikan alat musik. Bagus pulak musik yang dimainkannya. Ada bakat!
|
Pemusik jalanan |
Sekiranya ingin melihat dan menikmati keindahan unik di sekeling Key West eloklah mulakan dengan berjalan kaki atau mengayoh basikal yang boleh disewa di mana-mana sahaja. Kami memilih berjalan kaki sahaja. Dari hotel kami keluar dengan kereta kemudian meletakkan kereta di tempat kereta dengan harga sewa US25.00 sehari semalam. Rasanya mahal tetapi bolehlah bukan selalu pun. Tambahan ada orang yang menjaga keselamatan kenderan di situ, berbaloi juga.
|
Key West |
Dua hari sebelum kami ke sana Pak Long menempah sebuah bilik yang menawarkan bilik berhadapan dengan permukaan air. Berangan besar kami hendak berjalan menyusur pantai kononnya. Macamlah kami tidak pernah menyusur pantai. Selama 12 tahun kami tinggal di Freeport, Texas berhampiran sangat tepi pantai Telok Mexico; boleh dibilang berapa kali kami berjalan-jalan di pantai. Kami tinggal di The Pirate Cove Hotel. Rupanya kami silap, permukaan air bukan permukaan pantai! Ada bezanya.. Hotel ini seperti chalet dikelilingi pasir putih dilengkapi dengan alat modenlah. Tiada pantai! Tetapi di tepi perairan yang dipenuhi dengan pokok-pokok kecil. Suasana chalet memuaskan dan selesa.
|
Pantai di Key West |
Clayton suami Dik Mas memberitahu kami sekiranya ke Key West kami mesti singgah dan cuba key lime pie di Kermit's Key Lime Shoppe yang amat popular di sana. Pada hari itu cuaca panas, berpeluh-peluk kami berjalan kaki tetapi menyeronokkan. Kami singgah di tempat yang disyorkan. Memang sedap pienya begitu juga harganya pun sedap menyapu poket. Kami beli dua biji berukuran 8 inci bulat. Sudah licin makan pie baharu teringat ambil gambarnya. Sudah terlambat! Kecil sahaja bangunan Kermit's Key Lime itu tetapi ia istimewa kerana warna hijau muda pucuk pisang bangunannya. Ada berbagai cenderamata dijual di situ.
|
Kermit's Key Lime Shoppe |
|
Basikal penghantaran key lime pie kepada pelanggan |
Di bahagian bandar barunya terdapat pelabuhan di mana banyak kapal-kapal cruise untuk pelancung dan kapal mewah di situ.
|
Pelabuhan kapal cruise |
Dikatakan bahawa "buoy" atau boya atau pelampung dalam gambar di bawah dibina sebagai tanda tempat yang paling selatan sekali di Florida. Tanda itu sering hilang dicuri. Oleh sebab itu Bandaraya Key West telah menletakkan satu boya dalam tahun 1983. Menurut keterangan lagi boya tersebut sebenarnya tanda pembetung lama yang digali dalam kawasan tersebut. Batu itu terlalu besar dan berat untuk dialih lalu ia ditetapkan di situ. Ia dicat menyerupai seperti sebuah boya. Kini ia menjadi tempat tarikan pelancungan yang kerap dikunjungi.
|
Hujung semenanjung di Key West |
|
Simbolik One Human Family |
ONE HUMAN FAMILY seperti gambar di atas adalah simbolik palsafah resmi moden bagi penduduk di Key West dan juga bagi seluruh kepulauan Florida keys; suatu motto kebahagian hidup berkasih yang ceria dari gulungan kumpulan manusia "gay dan lesbia" di mana ia dikongsi secara terbuka amnya... Hmmm..
|
Key West Musium |
Kawasan bahagian bandar tua terletaknya Key West Musium iaitu antara tempat-tempat yang menjadi kunjungan penting di Key West termasuklah juga Mallory Square, Duval Street, Truman Annex dan Fort Zachary Taylor. Banyak rumah-rumah banglo tua dan besar di situ khas untuk disewa.
|
Ayam di Key West |
|
Ayam dalam bandar Key West |
Satu dari keistimewaan yang pelik Mak Long perhatikan ialah banyak ayam berkeliaran dalam bandar di kedua-dua bahagian bandar lama dan bandar baru. Bersepah tahi ayam hahaha. Ayam bertelor bersepah, dan mereka mengutip makanan di merata tempat. Tidak ada siapa peduli atas kehadiran ayam.
|
Seven Mile Bridge (Jambatan Seven Mile) |
Seven Mile Bridge adalah sebuah jambatan tersohor di Florida Key. Jambatan ini terletak di daerah Monroe County, Florida. Jambatan ini penyambung Knight's Key ke Little Duck Key. Terdapat dua buah jambatan di kawasan ini. Di dalam gambar menunjukkan sebelah kiri adalah jambatan lama dan di sebelah kanan itu jambatan baru. Jambatan yang baru dibuka untuk semua kenderaan mana kala jambatan yang lama terbuka hanya dikhaskan untuk kegunaan perjalan kaki dan pengayoh basikal sahaja. Jambatan yang lama itu dipanggil Knights Key-Pigeon Key-Moser Channel-Pacet Channel Bridge. Amboi panjangnya nama berbelit-belit lidah hendak menyebutnya.
|
Pemandangan indah dari Seven Mile Bridge |
Indah sungguh pemandangan dari Seven Mile Bridge. Tidak jemu mata memandang. Pemandangan nan indah itu seolah-olah kaki air dan kaki langit bertemu menampakan garisan halus dan nipis sekali.
|
Pemandangan dari Seven Mile Bridge |
|
Pemandangan dari Seven Mile Bridge |
Pada petang hari ke tiga kami bertolak menuju ke Miami seterusnya ke Jacksonville. Insya Allah akan Mak Long tulis tentang lawatan kami di sana nanti.
bestnya maklong jenjalan tempat orang, apa lagi maklong dah tinggal kat sana tentu seronok kann
ReplyDeleteAs Salam Mak Long,
ReplyDeleteFrom the map it appears to be a thin stretch of land surrounded all around and along the way by water. No wonder there seems to be many long bridges connecting them. Very interesting narration!
Hank
Mak Long, gambar menarik, cerita bagus...macam kelas Geography! Hahahahaha....hati-hati Mak Long nanti terpijak taik ayam!
ReplyDeleteMak Long...awan dengan air tu memang nampak macam rendah jer awan tu...cantik sangat...
ReplyDeleteBasikal hijau tu lagi menarik...