Pages

Friday, April 1, 2016

Hujan Air Batu - "April Fool"

Assalamualaikum,

Begitu cepat masa berlalu.  Tidak mampu kita mengejarnya.  Masa berlalu meninggalkan titik-titik kenangan dan sejarah.  Hari ini Jumaat sudah masuk hari pertama bulan April.  Beberapa hari lalu ahli kaji cuaca meramalkan suhu mulai ceria dan panas.  Namun ramalan mereka tidak menjadi kenyataan.  Segalanya adalah ketetapan dan ketentuan Allah SWT.  Bukannya "April Fool"!!!





Awal pagi ini dimulai dengan tiupan angin deras.  Segala pohon liang-liuk melentur mengikut arah dari tiaupan angin seperti menari-nari.  Tiang bendera yang tegap di hadapan rumah juga tidak  terkecuali, bergoyang kuat membuat bendera seperti mahu koyak rabak.  Matahari keluar pelahan-lahan disamping angin mengarak kepulan awan putih berbelakangkan langit biru amat deras.  Mak Long leka memerhatikan suasana.  Sedangkan Pak Long pula asyik melayani berita terkini dari I-padnya, secawan kopi panas di tangan.





 Secara tiba-tiba keadaan cuaca berubah serta merta.  Awan yang cerah menjadi gelap dan mendung.  Disambut pula guruh berdentun seperti sedang membedil musuh.  Terasa takut di hati juga ada.  Kini hujan pula membasahi bumi..lebat sekali.  Hari ini lain sekali bunyi hujan.  Tempiasnya memukul cermin tingkap seperti hendak pecah!  Mak Long lihat keluar..... hujan air batu!  Bertaburan memutih gugur melantun ke bumi.  Patutlah lain bunyinya...!    Suhu dari 60 degrees fahrenheit (15.5C) menurun mendadak lebih 20 degrees fahrenheit.  Sejuk!  Hujannya hampir-hampir setengah jam lamanya meninggalkan air batu bertimbun-timbun di sana sini seperti lunggukan salji.  Longkang juga dipenuhi dengan air batu hingga ke petang.  Sepanjang hari ini suhu tidak lebih dari 59 degrees fahrenheit.





Terkenangkan cuaca di tanah air yang sedang dilanda kemarau teruk.  Rakyat mengeluh menahan keperitan panas.  Kami di benua sebelah sini pula kesejukan.  Itulah kuasa Allah menguji setiap hamba yang dicipta Nya.



















   

4 comments:

  1. assalamualaikum maklong
    itulah kan disini panas, disana pulak dengan hujan air batu lagi
    kuasa Allah kita sebagai hamba kena redo saja apa yg dah ditentukan

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah di Ampang hampir setiap hari hujan. Tak petang, malam...tak malam, sebelum subuh...sejuk sikit rasa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak lama juga kan Malaysia mengalami kemarau panjang dan panas terik. Jaga-jaga supaya tidak dapat "heat stroke" ye Uncle.

      Delete