Pages

Tuesday, January 26, 2016

Beef Steak

Assalamualaikum,

Hari ini Mak Long usahakan untuk masak beef steak untuk Pak Long.  Kesihan, sejuk-sejuk begini Pak Long teringat hendak makan steak.  Pak Long sudah lama pencen dari memasak steak!  Nanti kempunan pulak kalau tidak dibuat.  Ini semua Brenda jiran kami punya pasal!  Malam kemarin dia datang tumpang bakar/panggang beef steak guna grill kami.  Katanya grill dia gasnya bocor tidak berani guna.  Berat sedikit hendak masak steak kerana grill terletak di serambi belakang rumah, cuaca pula sejuk dengan tiupan angin utara menular ke tulang sum-sum sejuknya.   Pagi-pagi lagi Mak Long cuci bersih grill tu.

Potongan daging lembu batang pinang (beef loin NY strip) dua ketul sudah sedia ada dalam peti beku sejak sebulan lalu.  Mak Long main agak makna beef loin dalam bahasa Melayu.  Malam tadi keluarkan dan masukkan ke dalam peti sejuk.  Pagi ini keluarkan dan biarkan suhu daging itu bersuhu bilik.  Tebal daging ialah kira-kira 1 1/2 inci tebalnya.  Sedang  eloklah senang hendak bakar.  Cuci cucur dengan air dan lap kering dan biarkan sementara sediakan sayur-sayuran yang hendak dibakar sama.  Eloklah sediakan makanan yang seimbangan mengandungi protin, kanji, vitamin C dan lain-lain.

Inilah hidangan makan tengahari hari ini....



Daging yang sudah dikeluarkan dari peti sejuk
  • Panaskan grill 450 - 500 degree fahrenheit (232 - 260 Celsius). 
  • Tabur garam kasar/halus dan lada hitam pada daging.  Letak atas grill panas, bakar selama 5-7 minit dan paling.  Masak lagi selama 5-7 minit.  Angkat dan letakkan dalam pinggan besar, biarkan 5 minit sebelum dipotong untuk dinikmati.  Daging yang baru dikeluarkan dari grill akan terus masak dalam masa itu.  Steak ini dimasak "medium" iaitu sedikit warna pink di dalamnya.



Bahan sayur untuk dibakar bersama steak
  • Sayur kobis dipotong setebal lebih kurang 1 inci, sapu minyak zaitun, garam dan lada hitam. Sedikit ketulan butter untuk perisa biar lagi sedap.
  • Kacang boncis gaul dengan minyak zaitun, garam dan lada hitam
  • Tomato (elok kalau guna tomato besar) dipotong dua.  Korek dan keluarkan isinya, kemudian dicincang kecil dan campur dengan cheese parut, sedikit garam, lada hitam dan daun basil.  Masukkan semula dalam tomato tadi.



Steak dan sayur sedang dibakar/panggang



Makanan sudah siap

Alhamdulilah, inilah hasilnya.... ok juga rasanya... Hahahaha puji diri ...masuk bakul angkat sendiri!!!!

Nota:  Dulu Mak Long pernah buat entri berkenaan Beef Steak di Di sini















12 comments:

  1. Assalamualaikum Mak Long...

    Nampak sangat menyelerakan steak itu. Tak perlu sos ya?

    Nyum nyum...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Kakcik,

      Bolehlah tahan rasanya hehehe...
      Tak tarok sos bila makan steak ni. Orang sini biasanya makan steak tidak tarok sos. Kalau BBQ seperti brisket barulah tarok sos. Brisket ialah daging lembu yang dibakar tertutup dalam grill dengan api kecil dan dibakar lama hingga daging lembut dan lerai.

      Delete
  2. Mak Long...sedapnya nampak. Saya belum berani lagi buat steak. Setakat ni hanya salmon grill jer yg saya lulus. Sedap agaknya makan dgn tenang dlm cuaca sejuk tu yer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah Aziela... makan sendiri. Cubalah masak steak, belum cuba belum tau hasilnya...

      Delete
  3. Mak Long...............jiwa saya tersiksa melihat steak yang sedap tu...medium for me will be just nice....letakkan pulak herb butter biar dia cair dan meleleh di steak tu....phew!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak Long masak medium ada pink kat tengah. Hishh tu letak butter cair dah dan memang dah pasti sedap.

      Delete
  4. Mak Long..
    Nampak dah sedap
    Belum rasa..
    Kalau rasa tak cukup sekeping tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha Ibu n Abah. Sekeping tu lebih dari cukup. Nampak kecil..berat sekeping dah lebih dari setengah paun.

      Delete
  5. maklong..daging tu tak letak halia dan bawang putih..tak hanyir ke
    ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak letak halia dan bawang. Mak Long bakar hanya ditabur garam dan lada hitam sahaja. Bila dah masak letak butter cair + bawang putih cincang halus dan daun sadri. Tak hanyir kalau dibakar.

      Ada orang suka perap dahulu daging tu dengan apa juga kesukaan pemakan. Mak Long malas nak perap-perap, nak cepat jer hihihi

      Delete
  6. Assalamualaikum..Salam perkenalan. Interesting blog you have here. Steak ni pun nampak sedap :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Kasih Ilmar,

      Terima kasih singgah ke blog Mak Long yang tak sepertinya ini. Salam perkenalan dari Mak Long juga.

      Delete